Thursday, December 31, 2009

korban dara






ya betul, kenapa anda tidak percaya malam ini adalah malam terakhir di tahun 2009
maka dengan ini makin bertambah la umur anda-anda sekalian, makin bertambah la azam sedangkan azam yang lama belum tertunai..muahaha.


jadi malam ini saksikan lah dunia


BERAPA BANYAK DARA YANG TERKORBAN


BERAPA BANYAK BOTOL ARAK TERJUAL


BERAPA BANYAK KONDOM TERPAKAI


BERAPA BANYAK SAMAN DIKELUARKAN


BERAPA BANYAK KAKI DIGADAIKAN MAT REMPIT


JIKA INI TIDAK CUKUP...MARILAH LIHAT HASILNYA PADA 9 BULAN AKAN DATANG


BERAPA BANYAK BAYI AKAN TERBUANG ???




mungkin ada yang menyambutnya secara berhemah dan mungkin ada menyambutnya dengan cara yang songsang.


sedarkah anda semua nya berlaku pada hari jumaat pada tahun ini iaitu 


RAYA HAJI....AWAL MUHARRAM...KRISMAS DAN TAHUN BARU


renung-renungkanlah !


p/s : teringat bahawa KIAMAT juga pada hari jumaat.





Saturday, December 26, 2009

sehari selepas kejadian itu...

seperti yang anda tahu, pada semalam harinya saya terlibat dalam satu kemalangan .
hari yang menyeksakan mula tiba iaitu bengkak-bengkak dan kesukaran untuk bergerak mula dirasakan lantas tindakan untuk berjumpa doktor diambil kerana risau terdapat keretakan pada tulang.kebetulan pada hari ini seluruh keluarga tiada di rumah kerana pulang ke kampung melawat nenek di sana dan ini merupakan satu peluang.kalau tak aku kena BEBEL wooo. muahaha..


yelah, sepanjang di rumah aku hanya berlagak seperti biasa dan suka membuat aksi berjoging membuktikan bahawa tiada apa-apa yang berlaku untuk mengelak kerisauan pada mereka.


semasa berjumpa doktor :







* D = doktor 
  A = aku


D = bila kena ni ?


A = semalam doktor.


D = sakit kat mana ?


A = satu badan saya sakit. dia check semua ok kira lega la.


D =  tiada apa-apa. kaki semua ok. 


kata doktor yang paling menyengat apabila dia tanya " kamu sembahyang cukup tak " ??
lalu aku pun hanya tersenyum manja di sisi doktor lalu beliau berkata
" itulah mungkin itu satu petanda untuk kita terus meningati dia "


A = hmmm....( lost )..segan dengan doktor.


saat itu aku rasakan bagai satu panahan yang menusuk ke dalam hati ku..bzzzzzztt..aahahaha..




kepada yang lain-lain, sila ambil pengajaran. bak kata orang tua-tua.


" sudah terantok baru ko nak mengadah "


ahaha..sekian.











Friday, December 25, 2009

timah patah riuk

timah siapakah timah


sila refer post [ INI ] ok. ahahaha, jadi hari ini mungkin sedikit gelap bukan kerana hujan tetapi aku telah kemalangan. motor ku si timah hancur terus memang sukar untuk diselamatkan dan kini sedang dirawat di klinik motor ah peng.
memang tidak dapat dinafikan agak berlaku kejadian dramatik sikit semasa kemalangan berlaku tetapi bak kata mereka yang mungkin warga tua ' malang tidak berbau '.memangla..betul 100 %, kalau boleh bau, kita mesti dah elak kan dari menghidu nya.ahaha.





ini hanyalah kerosakab belakang.spoiler moto yang keras itu pun mampu dipatahkan.





kerosakan depan tidak dapat diambil kerana aku tidak sanggup menatap muka hadapan timah.
sangat terkilan.ahaha. no plat motor ini terpaksa aku blurkan sebab takut kalau-kalau ianya menjadi satu bahan tikaman bagi mereka yang kaki ekor di kawasan gombak ini.


mungkin kejadian ini berpunca juga badi membawa moto laju yang aku baca di blog  [ REMY ] tentang awek dan skuter . ahahaha, remy jangan marah.aku gurau saje ok !


p/s : aku trauma bawa motor lepas ini.
p/ss : terpaksa beli myvi sebiji lepas ni.ahaha..

Wednesday, December 23, 2009

mengapa indah hanya sementara sedangkan pahit selamanya

mungkin jika hendak dibicarakan tentang perkara indah dalam hidup yang telah kita lalui terlalu banyak untuk dikongsi. anda percaya atau tidak ??


buktinya, andaikan seseorang datang dan bertanya kepada anda apakah perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidup anda ? . untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kebiasaan nya kita akan berfikir dan mencari-cari apakah perkara terindah dalam hidup ini dan setelah beberapa ketika barulah muncul jawapan dari mulut kita setelah otak ligat bekerja untuk mengingati saat-saat manis tersebut.


baiklah..apa kata kita tukar persoalan pula dalam situasi yang sama jika seseorang datang dan bertanya, apakah perkara hitam yang pernah berlaku kepada anda ??


saya percaya..walaupun sukar untukk kita meluahkanya..tetapi dengan lajunyaterbayang di minda kita akan perkara-perkara buruk yang pernah mungkin suatu hari dulu menghantui hidup kita.


jadi...mengapa ? mengapa terjadi perkara sedemikian bahawa perkara manis yang pernah menggembirakan hati dan hidup kita sukar untuk diingati berbanding pahit yang menghantui ?
tentulah kerana perkara manis terlalu banyak berlaku bukan.


tetapi sebagai manusia seperti saya dan juga anda,mengapa selalu lebih suka mengingati perkara hitam daripada perkara yang manis lantas membuatkan diri menjadi trauma dan mungkin sesekali membuatkan kita berasa sedikit murung tentang perkara tersebut.


tujuan saya menulis bukanlah untuk menyalahkan anda tentang sifat kita sebagai manusia yang lebih cenderung mengingati perkara hitam. adakalnya mungkin dari kesilapan tersebut dapat dijadikan pengalaman untuk meneruskan layar  hidup di pentas dunia ini.


ketika menulis artikel ini membuatkan saya teringat tentang 1000 kebaikan yang kita buat dengan mudahnya dilupakan hanya dengan 1 kesalahan. aduhai..sayang seribu kali sayang sedangkan sebagai manusia kita sememangnya tidak terlepas dari membuat kesilapan.


semoga dengan sedikit kata-kata dapat membuatkan hati kita terbuka.


p/s : mood tacing..ahaha..


p/ss : sekiranya terdapat kesalahan sila berikan tunjuk ajar kerana saya tidak memerlukan tindakan kurang hajar..ahaha..bubuye !!

Monday, December 21, 2009

isu lama otai membuatkan aku teringat kata NELSON MANDELA










kembali semula
ahaha..NELSON MANDELA..sapo ni jang ??


baiklah..aku mulakan ceritanya begini..baru sebentar tadi aku melawat blog-blog yang ada di geng blogger
memang menarik blogger-blogger malaysia masa kini.
banyak juga info yang aku dapat dari sini


antara kegiatan penipuan nuffnang dapat ditumpaskan. berita selanjutnya di blog INI
aku juga terjumpa blog-blog dan link rakannya dan mungkin ini yang dikatakan blogger otai yang mana mengata tentang blogger newbie
yang di mana suatu masa lalu kita digemparkan dengan berita ini.


memang aku tak nafikan. semasa membaca blog-blog mereka sedikit sebanyak menimbulkan rasa salah faham.
muahaha..tapi tidak mengapa kerana itu adalah hak mereka.
tidak ada pun niat ingin menaikkan semula isu ini dan mencari gaduh.


pada pendapat aku yang tidak seberapa ini,seharusnya perkara ini tidak harus dan tidak patut berlaku kerana mereka menganggap blogger-blogger yang newbie menulis tentang artikel sampah.
kenapa isu ini ditimbulkan dengan sedangkan konsep blog amat mudah


BLOG ----> TULIS ---> POST


dan terpulang kepada tuan blog nak tulis tentang apa..ada sesetengah blogger yang gemar menulis catatan harian mereka dan menanggap blog ini sebagai satu medium untuk meluahkan perasaan dan seharusnya mereka yang menjumpai blog ini tidak patut menggelarkan ia sebagai blogger sampah dan mengutuk blogger tersebut. jika tidak suka, keluar sahaja dari blog itu dan kalu berminat bertindaklah menjadi follower mereka.


dan kerana perkara ini membuatkan aku teringat kata-kata NELSON MANDELA dan menjadikan hati yang marah tersenyum semula.




***********


kisah NELSON MANDELA bermula dengan....errr..sebenarnya aku pun tak berapa nak ingat..jadi biarlah aku bercerita secara ringkas.


beliau pernah dipenjarakan dan kalau tidak silap bukan atas kesalahanya dan kalau tidak silap kerana difitnah.
apabila beliau telah dibuktikan tidak bersalah dan bebas daripada penjara..seseorang telah bertanya kepada beliau..."..tidak mahukah mencari dan menghukum mereka kerana memfitnah dahulu.."


dengan tenangnya beliau menjawab "..BANYAK LAGI PERKARA LAIN YANG PERLU SAYA LAKUKAN DARI MENCARI MEREKA DAN MENGHUKUM.."


dalam konsep ini boleh kita katakan sikap beliau yang orang kata " take easy "




*****************


seperti mana yang aku katakan sebelum ini. blog sangat mudah dan terpulang kepada anda hendak mencorakkan ia bagaimana. dan sehingga kini aku cuba mengamalkan kata-kata NELSON MANDELA dengan memikirkan bahawa perkara yg mudah jangan dirumitkan


kerana apa ??


kerana ia hanya akan membuat jiwa kita kacau dan kusut.




tapi hakikatnya aku snediri pening dengan apa yang ada pada blog INI dan INI kerana yang seorang macam marah tetapi dalam blog yang dikutuk ada banner blog beliau sekali..ahahaha..lantaklah..tak yah susah-susah kan diri memikirkan.


BANYAK BENDA LAIN AKU NAK WAT LAGI KAN.


p/s : kalau ada kesalahan tolong betulkan kerana saya memerlukan tunjuk ajar bukanya kurang hajar..orait !!



Friday, December 18, 2009

perasaan emosional harus di DISKRIMINASI kan






diskriminasi ? apa itu diskriminasi ?
jelaslah bahawa diskriminasi dapat memberikan kesan dan sedikit perubahan kepada seseorang individu.

diskriminasi dapat dikelaskan kepada beberapa cabang seperti diskriminasi umur, jantina dan agama. kebiasaan nya lebih dikenali dengan perkataan seumpamanya iaitu BERAT SEBELAH.

saya terpanggil untuk menulis tentang diskriminasi terhadap perasaan emosional kerana mengikut pandangan mata hati saya. saya telah melihat terdapat sebilangan rakan-rakan yang sedang  mengalami perasaan emosional @ sedih ataupun lebih dikenali bahasa remaja kini EMO pada masa ini,.

baiklah....mari teruskan kepada topik utama yang ingin saya ketengahkan apa itu maksud saya "..perasaan emosional harus didiskriminasikan.."

saya percaya hampir setiap umat manusia di dunia ini pernah mengalami perasaan emosional @ sedih keterlaluan dan sudah menjadi kebiasaan diri umtuk terus melayan perasaan ini lalu menyebabkan luruhnya titis-titis permata ke bumi. lalu terjadilah perkara-perkara yang mungkin tidak sepatutnya berlaku contohnya

1) orang yang putus cinta terlalu melayan perasaan sedih sehingga menjadikan diri tidak terurus.
2) gagal dalam sesuatu perkara lalu pasrah dan percaya bahawa diri tidak berguna lagi.

MENGAPA ?

sedangkan kita sebagai manusia telah dianugerahkan akal fikiran untuk menilai dan berfikir tentang sesuatu perkara yang terjadi dan menkaji hikmah di sebalik. bukankah lebih baik begitu dari terus melayan perasaan kekecewaan dan kesedihan.

jadi disini saya terdetik untuk menyatakan perasaan ini harus didiskriminasi. seperti mana juga saya tidak pernah terlepas dari melalui saat-saat begini iaitu sedih.
salah satu kelemahan yang ada pada diri saya adalah saya kerap melayan perasaan sedih saya dan menjadikan diri murung,tidak ceria dan tidak bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian walhal terdapat perkara yang lebih penting dalam hidup kita dari bersifat muram dan berduka.

akhirnya setelah saya sedar keburukan nya. saya cuba perbaiki sedikit demi sedikit kelemahan saya ini bermula dengan menganggap perasaan sedih dan gembira adalah seperti satu warna dalam hidup saya.

jadi saya gelarkan

warna biru ---> untuk perasaan gembira.

warna hitam --->; umtuk perasaan sedih.

disebabkan saya sering menanggap perasaan sedih dan gembira sebagai suatu warna jadi mudah untuk saya mengatasi perasaan sedih yang melanda.

contohnya warna kegemaran saya adalah warna biru...jadi dalam setiap alatan atupun perkakas kegunaan saya warna biru akan menjadi keutamaan manakala warna hitam akan saya diskriminasikan dalam pemilihan barang-barang kegunaan saya.

seperti mana juga perasaan hitam ( sedih ). seringkali saya mengdiskriminasikan beliau dalam hidup saya sehingga saya sering melupakan warna hitam dan mencari warna biru ( gembira ) dan seringkali beliau menjadi warna keutamaan dalam hidup saya.

pada mulanya agak sukar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian tetapi lama kelamaan ia akan menjadi mudah sekiranya kita berfikiran ke hadapan dan selalu positif sehingga tatkala berseorangan saya akan cuba meningati perkara-perkara indah dan berwarna-warni dalam hidup saya untuk mengelakkan warna hitam menguasai pemikiran saya.

alahamdulilah..sehingga kini saya berjaya MENGDISKRIMINASIKAN wana hitam dalam hidup saya.

apa yang penting adalah diri sendiri yang cuba untuk mengatasi dan bukan untuk melarikan diri.

ini kerana kita perlu sedar bahawa minda bwah sedar kita ( sub-concius mind ) merupakan senjata paling hebat dalam membentuk diri dan menjadikan kita insan yang sejati.




Wednesday, December 16, 2009

otak tersangkut

sejak akhir-akhir semakin terasa erti kemalasan untuk mengupdate blog yang sememeh ini..mungkin kerana faktor-faktor kesibukan yang melampaui paranormal dan kekurangan idea dan tenaga kerana hidupku tidak ditaja oleh brands seperti pelajar-pelajar akademi fantasia.

jadi semakin tipis la harapan nak jadi blogger yang kaya rabak..hahak..
semakin tipis la nak tekenal ala-ala mr smith

jadi..memang aku takde nak tulis apa-apa..hahak..

jadi....


dah la..

itu je..

takde ape da...

Saturday, December 12, 2009

.entri suara hati mendayu tinggi.

selamat..selamat dan selamat bertemu
setelah agak berkurun dan mungkin berabad lamanya tidak berupdate blog ini
akhirnya malam ini merupakan malam yg juling2 julung-julung kalinya aku dapat menulis entri yang baru
mungkin malam-malam sebelum ini penat melayan redtube rakan-rakan melepak dan sekaligus membantutkan idea untuk mengupdate blog ini lalu menyebabkan blog ini tidak berupdate...haha..kisah pendek yang cuba aku panjangkan...


bila kisah pendek aku cuba panjangkan..teringat zaman di kala masih bersekolah. bila tiba je masa membuat karangan, lepas tu tiba-tiba kekurangan idea lalu cerita pendek dijadikan panjang dengan tambahan-tambahan yang langsung tidak memberi ruang untuk para cikgu yang bermisai mahupun cikgu yang bertudung ala waheeda memberikan markah..haha..tapi entri kali ini bukan lah nak cerita pasal cikgu-cikgu zaman sekolah aku dulu. diorang bukan sayang kat murid diorang sorang ni. haha..


baiklah..tanpa membuang masa..mari kita ke sri pentas dengan berita utama malam ini.


sepanjang minggu yang agak nasty bak kata [ anas ]..dalam aku sibuk melepak dan mencari sedikit erti kedamaian..cewahh...haha..tetiba telepak sekali dengan kekasih lama..fuhhh..jadi biala aku gelarkan farah sahaje..ini bukan yang versi brep-brep tapi farah ] je..hookay la..ayuh teruskan cerita...


mula-mula ingat memang tiada la sebarang anasir-anasir yang akan menggangu jiwa aku..tapi sebenarnya memang penuh dengan dugaan. ini kerana sedikit sebanyak membuatkan aku teringat kisah-kisah silam dan keburukan masa lalu yang mana hanya kini diambil sebagai pengajaran.


mungkin teringatkan kesalahan-kesalahan masa lalu diri ku kepadanya kerana pergi tanpa khabar berita. mungkin dia menanggap aku adalah manusia kejam dan hina dan mugkin pentipu. tapi jauh di sudut hati ada sebab yang mungkin mengambil masa dan ketenangan untuk dirungkaikan dari aku kepadanya.


dalam beberapa hari aku macam dilanda satu perasaaan..tapi bukan perasaan cinta la....mungkin perasaan bersalah..dan semasa entri ini ditulis..irama-irama cinta nan sedih berkumandang di radio menambahkan lagi kehangatan malam ini dan semasa entri ini ditulis juga si dia tiba-tiba menghantar SMS seolah-olah dapat menghidu yang diriku sedang menulis tentang dirinya.




memang tak sangka aku bejumpa balik dengan fara. itu pun areeb yang kebetulan baik dengan dia bawak dia lepak sekali




mungkin diriku dirundung rasa besalah kerana membiarkan dirinya melalui waktu-waktu sukar seorang diri tetapi lucky she's find sumone better than me..that is AIRIL.
now..dia pun aku tengok bahagia dengan hidup nya dan bahagia besama airil.
so..thaks to airil...padahal aku xkenal pun..hahak..
then sekarang pun masing-masing dah ada haluan sendiri
aku dengan diriku
dan dia dengan dirinya..dan masing-masing mendoakan kebahgian masing-masing.
tiada pun niat di hati ingin menyambung kembali hubungan yang lama dulu.
( apa punya banyak masing la aku tulis ..haha )


so..alhamdulilah..syukuir ke hadrat illahi..segalanya sudah diselesaikan. tiada dendam di dalam hati. tiada lagi rasa sangsi dan benci.
kami kini berkawan seperti biasa dan menjalani hidup sebagai rakan biasa.

Sunday, December 6, 2009

.berukband cam OTAIK PENGECUT.





 sekarang belambak-lambak iklan pasal broadband. masing-masing sibuk nak tunjuk pada dunia mereka lah yang terhebat, service mereka lah yang terbagus di rantau dan era ini.

setakat promosi macam gila babi tapi kesan setakat melekat habuk di kaki. baik lu orang pegi mati la.

"..wei..kalau lah syarikat-syarikat yang buat service broadband baca blog aku..lu orang dengar sini..

KALO BAGUS SGT SERVICE KAU..X PAYAH BISING2..KALO BGOS ORANG SENDIRI PERGI CARI KAU NANTI !!

ni tidak. setakat cakap lebih. harga nak mahal, tapi service cam HAREM !!

macam mana lah malaysia nak maju.
dengan politik yang tak habis-habis nak rebut sini-sana. 
dengan P1 nak berebut dgn streamyx.
maxis nak berebut dengan celcom la..digi la.

aku rasa macam nak hantok je kepala sorang-sorang.

mulut lagi banyak gerak dari kerja. negara lain sibuk nak bangun kan tempat masing-masing. cari jalan majukan bangsa. tapi kat malaysia,  sibuk nak cari nama dengan jasa yang x seberapa cuma sebesa taik anjing, tapi masing-masing nak tunjuk pandai.

even dalam dunia blogging pun ada yang mengaku otai  la. ala, lu kecoh ape ??? kalau agak-agak bagus lu tak nak kongsi ilmu yang ada. pegi mati la ! kitorang blogger-blogger yang laen tak mati la takde orang mcm ko. ada beza ke lu orang baru ke orang lama. RED MUMMY yang da tahap blogger idola aku xpenah kecoh pon. seap bagi tips2 lagi nak jadi blogger berjaya.

ni pesanan aku utk mereka yg mengaku amende tu..OTAI ??
 OTAIK lagi bagus  ( sumber klik ---->  hbz )

"..kalau kau nak tahu..rahsia kejayaan adalah bekongsi..kalau kau tak nak bekongsi..kau nak bagus sorang-sorang..lu pergi mati la..tak payah sibuk-sibuk nak condemn orang lain..kenapa ?? kau takut ke orang lain lagi bagus dari ko ??..

lagi bagus semua orang panggil ko OTAIK PENGECUT.

p/s : sedang bengang pasal berukband yang lembab macam siput sedut dan teringat kisah OTAIK !!

Saturday, December 5, 2009

.agak down la.

semenjak dua menjak ni. kepala aku makin 'jem' ditambah lagi lagi dengan perisa kari kepala ikan. da macam biol je rasa.

semenjak dua menjak ni juga. aku terasa macam kering idea nak update blog. macam- macam difikirkan tapi tak terluah bak kata orang dahulu kala. mungkin kerana rewsult yang agk menjunam ditambah pula dengan masalah-masalah yang tidak diundang seperti harga rokok semakin naik dan sebagainya. jadi banyak benda menghalang perjalanan hidup aku.



yang aku tambah bengang asal elektronik aku die bagi D+. kau nak salahkan aku ??. ko tu yang ajar cam tak nak ajar.  kelas pun macam ade dengan takde je.

dah la nama pun paper elektronik. tapi soalan pengiraan sikit pun takde. semua soalan teori. gila apa ??

da la. sebenarnya aku tak tahu pun ape nak cerita pada korang2 semua.
sebab tengah out of mood yang treamat.

p/s : nak hulur sikit la kat lecturer pasni.dapat A.

Friday, December 4, 2009

.benda biasa saja.




gambar ini diambil semasa dalam perjalanan ke kelantan.kebetulan macam best je ambil gambar signboard ni.
masa on the way balik  memang jem tahap gaban. biasala, masing2 sibuk menyambut raya haji.
sebenarnya aku just nk share tentang gambar ni. aku tangkap masa dalam kereta.




lori yang penuh dengan muatan lalu membahayakan pengguna lain.

inilah manusia yang hanya tahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.

mengikut teori aku. contonhnya bangunan yang tinggi memerlukan tapak yang lebih besar untuk mencapai kestabilan.

bagi lori di atas. tapaknya iaitu tayar dan muatannya sama besar.jadi fikir2 lah sendiri ek.

Wednesday, December 2, 2009

terima kasih aloe vera..saya menang contest nizaa

setelah beberapa hari tidak berupdate blog ini. akhirnya dapat juga kembali menulis. FYI, beberapa hari lepas saya pulang ke kampung menyambut aidiladha di kelantan.

berita gembira selepas pulang. adalah saya memenangi CONTEST di blog NIZAA. perasaan yg amat teruja kini. haha..pertama kali kot masuk benda-benda ' cenggini '.

kata nizaa ---> apa ko kerja kat kedai printer ke aus ??

hahak...mana ada la..da kau suruh teka, tak kan la harga dia mahal pulak. mesti la murah. da la printer yg sgt2 complete. hehe

so. dengan kepulangan ku ini. saya akan kembali aktif mengklik nuffnang anda semua dan update link-link baru nuffrangers.

kepada yg telah mengklik nuff saya..terima kasih dan saya akan mengklik nuff korang gk
ok !

Anda Mungkin Meminati Juga