Friday, March 5, 2010

Isu | Blog Bukan Seperti Itu




Selamat datang . Kenapa dikatakan blog adalah platform terbaik melatih diri . Dari segi apa ia melatih diri kita ? Dari aspek apa yang boleh dimanfaatkan dari blog yang kita miliki . Secara tidak sedar semasa berblog anda sedikit sebanyak telah melatih diri untuk berfikir dan lebih peka kepada isu semasa dan hal - hal yang berlaku di sekeliling anda .




Seorang blogger kebiasaanya lebih peka dalam meneliti sesuatu perkara . Jika ternampak atau  mengetahui tentang sesuatu perkara pasti akan cuba diolah satu persatu idea yang ada agar ia boleh dikarang menjadi satu cerita . Di sini secara anda tidak sedari sebenarnya telah melatih diri agar kita lebih berfikir tentang suatu perkara .

Kebiasaanya , apabila sesuatu idea yang telah diolah dan cerita mula dirangkakan , kita sering cuba mencari - cari cara pertuturan yang sempurna agar pembaca yang hadir tidak bosan dan mungkin tidak terasa hati dengan tutur bicara dan penulisan kita .

Aku berkata kerana ada yang berkata blog sekadar membuang masa dan aku sama sekali akan bertindak mempertahankan jika ia bukan satu kebenaran . Jika aku silap , aku tidak malu untuk mengaku tetapi aku mengaku kerana cuba memperbetulkan dan bukan untuk menyerah .

Kalau ada pembaca yag di luar sana yang menjumpai penulisan ini . Aku harap anda sedar dan cuba mencari apa makna kata - kata anda . Jika mahu berdebat , silakan . Tapi biar berlandaskan fakta dan bukti . Aku tidak suka berdebat secara emosional dan mengikut kata hati kerana manusia sememangnya manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir secara rasionalnya sesuatu perkara .

sekian dari blogger picisan .


P/s : Ada siapa - siapa mahu sokong ?

23 comments:

  1. bace sat ;P

    ReplyDelete
  2. btol,aku pon terase cam iq aku semakin tinggi lepas ade blog nie...hehehe

    ReplyDelete
  3. saba lah weh aku nak bace dulu!

    ReplyDelete
  4. blog ni ade yg wat tmpt melunaskan dendam hehhee

    ReplyDelete
  5. sekarang aku nak kumen.

    ye. aku sokong, kita akan peka lepas jadi blogger ni. kita akan tgk suatu benda lebih details. kadang2 ayat dr mulut org pun pun kita dgr elok2 supaya bleh kopi paste kat blog.

    ReplyDelete
  6. yob ni lambat la baca..haha

    aku tak argue pendapat ko. ~huhu~
    aku selalu improve cara berblog dengan membaca teguran-teguran membina. ~ blog ikut suka--> bape kerat yang akan tertarik nak baca. kan.

    ReplyDelete


  7. @ Yob

    tol gak , aku selalu dgr btl2 skang..
    xnk salah fakta

    ReplyDelete


  8. @ deqya

    Em , maknenye salah guna tu..haha

    ReplyDelete


  9. @ nursarah

    yup , masing2 blh bg pendapat
    Kalau ikut suka boleh gak , but kena pikir siapa yg bace..haha..thanx

    ReplyDelete
  10. guwe sangat menyokong!
    setiap hari minda kite memberontak untuk keluarkan satu idea khas untuk dipertontonkan oleh readers..

    aku juge blogger picisan..:)

    ReplyDelete
  11. pada aku,org yang blogging ni ialah org yang berfikir dan dia berani meluahkan pada semua apa yang dia fikir..

    tu je ah pada aku.

    ReplyDelete
  12. ak bile aus serius neh? =.="

    ReplyDelete
  13. ya aus..blog melatih kita bercakap dengan komputer:P opsss~

    ReplyDelete
  14. skemaaaaaaaaaaanya !

    cam jawab exam kat BP UM je lalalala xpom kat DTC ! kehkehkeh.

    ReplyDelete
  15. blog ley wat aku release tension...:)

    ReplyDelete


  16. @ makcik dan pakcik semue

    hahahak , bhse mmg skema..keke...
    aku tengah belatih tulis resume la..hahahk...

    ReplyDelete
  17. atleast bagi aku blogging lebih berfaedah daripada dok buang masa lepak2.. ngahahha

    ReplyDelete
  18. blogging mendedahkan "the dark side" diri ku hahahhaha

    ReplyDelete
  19. blogging ni satu cabang seni yg harus diceburi. mana la tau kita ada bakat terpendam dalam seni penulisan

    ReplyDelete
  20. iklan kt hot fm cakap ; blog boleh bagi kita duit-> pendapatan pasif :)
    so, ia berguna!

    ReplyDelete