Tuesday, March 9, 2010

Tips | Edisi Jalan Raya

Selamat datang sayang . Setelah hampir dua hari aku tidak mengupdate blog hari aku muncul dengan sedikit tips yang mungkin secara tidak sedar membantu kau orang apabila berada di atas jalan raya . Entri ini muncul kerana hampir dua hari aku membuat kajian di jalanan dan kini aku mengerti kenapa setiap hari akan terdapat seakan - akan satu rombangan meminang ( kesesakan ) di jalanan .




1 . Pandu Melebihi Had Laju 

Ya , apabila berada di jalan , jangan sesekali pandu perlahan . Pandu secara melulu dan laju kalau boleh bbiar bacaan meter sampai tidak mengeluarkan sebarang bacaan iaitu 0 km/h . Semasa dalam keadaan ini anda digalakkan berada di lorong kanan sekali dan memandu sambil menikmati pemandangan sekeliling dengan aman .

Biarkan saja kereta belakang yang bengang . Peduli apa , anda sudah membayar cukai maka anda berhak memandu sambil lewa .


2 . Elak Menggunakan ' Signal ' .

Kalau boleh patahkan saja tempat signal tu . Jangan pakai lagi . Ini membantu anda untuk masuk ke lorong lain sesuka hati . Tidak perlu memberikan sebarang isyarat kerana itu kereta anda maka hak anda untuk memberikan signal atau tidak .


Dengan sedemikian , penunggang motor seperti aku akan merasa impak kekejutan dan efek membrek secara rapat dan padat dapat dipraktikkan . Baru terasa nikmat pakai disc brake depan belakang kan . Inilah masanya untuk merasai sedikit manfaat .


3 . Depakan tangan seadanya .

Ini khas bagi yang merokok . Kalau boleh semasa memandu , keluarkan tangan sepanjang mungkin ke luar . baru dapat menghalang laluan motor yang ada sekaligus bertindak memperlahankan kelajuan mereka . 


Kalau boleh , dekat - dekat nak habis sedut tu . Puntung tu buang semasa ada kenderaan lain seperti motor di belakang anda . Hah , seronok bukan . Aku sudah merasa . Anda bila lagi .


4 . Mesra Jalan Raya .


Ok , tips ni sesuai untuk semua . Makna mesra jalan raya di sini bermaksud sila gunakan ruang jalan raya seadanya . pembaziran tidak digalakkan . Kalau hanya satu kereta sahaja yang ada pastikan jalan yang mempunyai dua lorong dikuasai sepenuhnya oleh anda . Lagi bermakna sekiranya kenderaan anda berbentuk besar seperti bas dan lori . Biar semua beratur panjang di belakang anda . 



Sekian tips dari aku .  Semoga kita sama - sama dapat mempraktikkan agar kesesakan jalan raya bertambah dan pertengkaran kecik di jalanraya dapat ditambah .



Sekian , dari Aus Walia untuk Suara Jalan Raya .





43 comments:

  1. haha..
    tips yang bagus2 belaka nih..

    ReplyDelete
  2. terima kasih Aus Walia di atas info ini^^

    haha

    ReplyDelete
  3. Yup, tips yg bagus, jgn ikut hahahar

    ~x ska menghon dan dihon~

    ReplyDelete
  4. mmbr aku yg stok celaka, kalau bawak kereta saing, mesti petik kasi puntung kena dekat windshield.

    nasib baik aku hati mulia, kalau tak dah lama makan kaki. heh

    ReplyDelete
  5. aus walia? wakakakaka.. tips ko begong laa..

    ReplyDelete
  6. sila jangan ikut ajaran salah nih..bahayes!

    aus,if ade yang lurus bendul ikut tips ni camne?

    aiyyyokk!

    ReplyDelete
  7. akula tuh yg lurus bendolll.

    aus, sayew belomm belajauu drivingg. mau tunjuk ajar? wakakaka :P

    baru kelua umah dah eksiden. kekeke :P

    ReplyDelete
  8. ooo patutlah tak hapdet blog 2 hari, pi bertapa tepi jalan rupanya...
    sweetdarling79.com

    ReplyDelete
  9. memang sgt berguna tips kau niy. tapi malangnya, tips ni tak perlu ntk aku,sebab aku pemandu berhemah. pemandu kereta dlm mimpi. waa, aku tak amek lesen keta lgi weh !

    ReplyDelete
  10. wah sangat sinikal tips2 ini, hehe.

    ReplyDelete
  11. oh..walaupon aku pengguna setia kenderaan awam tp tips ko mmg besh!!

    oh.oh..lg satu!aku promote nama ko kt blog aku.ha!!lanje ak cepat! =P

    ReplyDelete
  12. AKU TAK ADA LESEN KETE OR MOTO.
    sO TAK PAYAH IKOT TIPS KO NEH.
    LALALALALA

    ReplyDelete
  13. tips??? musykil2..huhuhu:P

    ReplyDelete
  14. aku rase bwk je laju2 , kalau lorong lajuest penuh gak, kasi hamabt masuk lorong lambatest

    ReplyDelete
  15. erk.








    ausssss tipss nih mmg bengkakkkk siot ! hahahahaaa

    ReplyDelete
  16. bgus tips ko ni. amat berguna bg pelajar yg sedang wt ujian JPJ skng ni. mahu dpt 'cemerlang' yooo. xD

    ReplyDelete
  17. @siggplus

    gile mengaku hati mulia . hahahak .

    ReplyDelete
  18. @|| nemo mimosh ||

    kalau kurus..habislah aku kena saman..
    hahahak

    ReplyDelete
  19. senget betul.. aku ni dh la innocent. karang aku terikut plak ;p

    ecececeh..kajian ateh jalan raya eh? terasa plak aku yang sebenarnya ada kaitan ngan entri aku..*perasan* hahahah

    ReplyDelete
  20. aus dah tak kacak dah..tapi gila....hahaha.

    hang amalkan tk aus?

    ReplyDelete
  21. pasni klu ade lesen,
    boleh la ikut tips2 yg sgt "berguna" ni hehehhe

    ReplyDelete
  22. aus walia, pantun tarak ka?

    ReplyDelete
  23. tips2 nie lebih bbunyik pada aus yg saket ati ngn pguna jalan raya yg xde tamadun...haha!!

    tp besh...patut kuarkan kat paper nie...bia sedar diri sket masing2...hahaha!!

    ReplyDelete
  24. @Cik Norfa

    cik norfa..
    awat lak..
    ni bukan tips la..
    keke...

    ReplyDelete
  25. tetiba akak rasa awakla yg membuat jalanraya kat msia ni kucar kacir...
    *lu dapat lesen angin ke bai???ggrrrrr

    ReplyDelete
  26. satu entry yang bagus untuk meyindir golongan yang tak reti nak berhemah kat jalan raya! ;D

    ReplyDelete
  27. aus......tolong la..
    jgn ko ajar tios nie kat adik2 mu..
    matik la mummy nanti...
    muahahaha

    http://sumijelly.com

    ReplyDelete
  28. it's it true?? or just a joke??
    nice blog...

    cmoe visit me..thanks

    Iklan Kerja Kosong

    ReplyDelete
  29. nasib baik papa eny polis kat kedah..kalau tak..dah suruh saman aus siap2..hahaha :D

    thx 4 da vote!!!

    ReplyDelete
  30. Tips yang sangat -sangat bagus dari Aus WALIA yerrr.. :p BTW, aus 3rd year kah?? Takmo mam kat KPS..nak mam kat RumaH Universiti. Private sikit. Ahakz :p

    ReplyDelete
  31. hahaha tipd berguna dari aus!
    kalaq i rajen i pratikkan =p

    ReplyDelete
  32. warh !
    trimas !
    akn d praktikkan tip2 uh spnjg mse...
    hak3..

    ReplyDelete
  33. tips aus memang membunuh punya..hik3..patutla kl slalu jems..ramai pakai tips aus..

    ReplyDelete
  34. memang tips stok membunuh ni bro, haha..ko dah cuba sendiri ke blum ni?hahaha

    aku dah datang..mana biskutnye bro?kata nak hidang tuk aku.. :D

    ReplyDelete
  35. @FaTiN

    gatin , sila aplikasikan..hahahk

    ReplyDelete
  36. @myself0618

    blog kau kenapa kosong ??
    ke mmg ade prob ??
    aku konpius ni..

    ReplyDelete
  37. aku jugak pembawak motosikal. aku merasa apa yg ko rase

    ReplyDelete
  38. wah. aku mmg pemandu yg sgt2 berhemah. semua benda aku buat. haha

    ReplyDelete
  39. bile lak kau memandu..hahak

    ReplyDelete