Aduan Rakyat muncul dengan tema nya TV3 ambil berat . Semestinya satu rancangan yang menarik dan berinformasi dan seterusnya lebih bagus daripada rancangan realiti seperti Akademi Fantasia .
Baru sebentar tadi , mempertontonkan masalah lambakan warga asing dan pembiakan nyamuk aedes . Sungguh memeranjatkan dan sedikit - sebanyak mengundang kerisauan . Manakan tidak , lambakan warga asing seakan - akan muncul sebagai satu kaum majority di Malaysia .
Pembongkaran tempat pembiakan nyamuk aedes pula di kawasan setapak berhampiran Sekolah Sri Utama lagi memeranjatkan . Tapak pelupusan sampah yang tidak terurus ibarat " Lebah , mulut membawa madu , ekor membawa sengat " . Tempat pelupusan sampah adalah satu industri yang bagus kerana melupuskan sampah yang ada tetapi dalam masa yang sama mengundang kepada ancaman kesihatan iaitu denggi .
Masih ingatkah , apa punca kematian Allahyarham Din Beramboi kalau bukan kerana denggi berdarah ?
Apa Rakyat Perlu Buat ?
Sebagai rakyat , jadilah mata kepada mereka , laporkan aduan anda di website Aduan Rakyat ( klik ) . Mungkin kita ada kalanya rasa malas untuk bertindak tetapi tidak kah anda sedar , hanya membuat aduan yang tidak sampai 10 minit , satu masalah besar dapat diatasi hari ini .
Pihak berkuasa pula ?
Kepada pihak berkuasa , kembalikan kepercayaan kami . Bukan untuk menuding jari , tetapi pengalaman lampau di mana apabila aduan dibuat oleh rakyat , hanya pantauan yang diambil . Apabila selesai pantauan , tindakan susulan tidak diambil . Tetapi bukan semua begitu .
Semoga sama - sama kita menjadi warga prihatin .
Saya Prihatin , Anda Bagaimana ?
Sekian .

uit..aku rase, ko bley la jadi penulis part time..ko pandai bab2 tulis ni..hehee..
ReplyDeleteaku sokong pendapat nazatul. ko nyer style of writing menarik laa.. *puji terover ke neh? ehehe
ReplyDeletetapi ade jugak golongan minor yg cakap aduan rakyat ni bukan stakat tolong org awam tapi memalukan org awam jugak..haih aku pon taktau nak habaq camna dah..buat bnde baik pon ley jadi isuuu
ReplyDeleteaus walia!!
ReplyDeletegempak lah.. hahahaha
huhu. aus walia.
ReplyDeletengam tuh ganti melankolik.
hak2.
~bilet prihatin
Auswalia?
ReplyDeletecare ar..
nanti aku pun nak buat aduan jugak.byk ni..
wah..ko aus , ko ada ciri2 jadi YB ni..
ReplyDeletetang peribahasa tue memang besh....
ReplyDeleteaku mmg prihatin..
ReplyDeletegood 1
ReplyDeletekadang kiter ngadu..kerajaan buat tak endah..nyampahh
ReplyDeleteAus, aku tengok tadi. Ehem, tempat banyak sampah tu area dah dekat uma aku tu. haiiisyoo...
ReplyDeletetu sebab skrg ni byk penyakit..orang suka makan kat luar..sebab sedap..yang masak orang asing..dia letaklah entah apa-apa..tekak akak loya klu warga asing masak..kalau nak makan kena tenguk tempat jugak sekarang ni..
ReplyDeletekalau aku jadik pihak berkuasa, aku pun nak mengadu juge hahah member2 banyak makan duet kopi. opssss
ReplyDeletesesetengah org tu xde kesedaran langsung...
ReplyDeletetu yg suka buang smpah wlupn dh tulis besar2 kat situ "dilarang buang sampah, denda rm2000" tp tmpt yg ada papan tanda tu la yg tmpt org paling suka buang smpah... ;)
hurmmm ko boleh jadi aus walia tapi version zizan raja lawak... muahahhaha
ReplyDeletegila uh. mcm karam..haha
ReplyDeleteweh! kau leh geng ngan karam singh walia tu laaa..
ReplyDeletedia membebel, kau menulis. hehe
dah ada peribahasa ala2 karam kat entry tu. ok sangat la tu..hehe
mentaliti sesetengah pihak yang tunggu nyawa melayang baru nak bertindak ni la patut di buang..
ReplyDeleteSikap tak peduli rakyat dan pihak berkuasa mmg mengecewakan.
ReplyDeletecare 2 read my latest entry
Public Bank Gold Investment Account
pesanan kemasyarakatan ini dibawa khas oleh ausmelankolik.com.. :D
ReplyDeletebagus2. saya sokong tindakan anda! hahaha :P
ReplyDeletekalau nak jadi prihatin setakat buat aduan saja mmg tak berubahlah. diri sendiri pon kena berubah gak. sampah jgn buang merata-rata. puntung rokok jgn dicampak2 aje.
ReplyDeleteSalam perkenalan,saya dah add link awak so di harap awak juga dapat membalas kunjungan saya..jemput la ke "teratak" amy yea..
ReplyDeletenak tanyala...siapa yg patut kita panggil kalau ada kucing yg tersangkut kat bangunan tinkat empat yer???susahla...kucing tu dah dua hari duduk situ...tak makan dan minum macam mana??dah telefon pihak tertentu tapi diorg kata tak buat kerja2 tu..macam mana ni???
ReplyDelete