Thursday, April 1, 2010

Merancang Bajet Keluarga | Isteri Main Peranan




Selamat datang . Anda di blog picisan . Jangan risau , picisan ini bukan seperti picisan bawang yang memedihkan mata . Ianya selamat dan sempurna . Hahahak .


Tadi aku ada terbaca satu berita tentang bajet keluarga . Oh , sangat menarik . Katanya isteri adalah orang terpenting dalam merancang bajet keluarga . Aku pun tak pasti kenapa , mungkin sebab kalau sudah berkahwin isteri lagi  banyak duduk kat rumah , masak - masak , jaga anak jadi diorang lebih arif tentang keperluan belanja rumah agaknya .

Aku sendiri menjadi risau melihat keadaan ekonomi sekarang , nilai mata wang menjadi terlalu kecil . Kalau dulu , pergi ke pasaraya bawak RM 100 , sudah cukup untuk penuhkan satu troli . Kadang - kadang siap ada baki lagi untuk beli eskem Mcd . Hahahahak . Tapi sekarang , untuk satu troli kau orang belanja mungkin memerlukan hampir RM 250 berbanding dahulu . 


Sendra penah cakap , dengan duit RM 10 , apa kita boleh dapat . Aku pun macam terfikir , kalau dulu ada rm 10 , boleh simpan buat belanja sampai seminggu . Tapi , sekarang . Hari - hari aku belanja lebih dari RM 10 , makan saje hari - hari dah berapa . Owh , kadangkala agak runsing memikirkannya .


Tengok ek , katakan apabila aku habis belajar nanti . Keluar memegang degree dan mula berkerja dengan gaji RM 1900 .


PERBELANJAAN SEBULAN :


Duit Kereta : RM 495 / bulan .

Bil Air / Telefon / Elektrik / Internert : RM 30 + RM 80 + RM 30 + RM 100 .

Minyak Kereta : RM 200 / bulan .

Barang Dapur : RM 200 / bulan .


Total Sebulan = RM 1135 .


Jumlah kasar dalam tangan :  RM 1900 - RM 1135 = RM 865 .


Huih , asal aku rasa takut sangat ni . Macam mana belanja kahwin lagi , anak - anak nanti . Cukup ke nanti . Kalau sudah berkahwin betullah aku rasa isteri kena mainkan peranan dalam merancang bajet untuk anak - anak .


Isteri kena lah didik anak - anak supaya turut mengamalkan sikap berjimat - cermat sebab isteri meluangkan masa lebih lama di rumah . 


Ok . So , kau orang ada sebab lagi tak kenapa isteri perlu lebih main peranan dalam merancang bajet keluarga sebab aku juga masih berfikir kenapa ? . Jadi , mulai sekarang mari kita berjimat - cermat sayang . Hahahahak . Nilai duit semakin kecik .


Atau kau orang ada tips bijak belanja . Mari share . Aku tengah risau ni pasal duit belanja . Hahahahak , lambat la nak kahwin camni . Hahahahak .


Sekian .



p/ s : Suami nanti jangan lupa pulak bagi belanja kat isteri . Hahahak . Isteri , kurangkan pergi shoping ok !




22 comments:

  1. klu bagi duit kat isteri takut dia gi shopping lak ... kaum wanita lebih sistematik dalam merancang kewangan . Dalam merancang jerlaaa sama ada amal atau tak itu part lain.

    ReplyDelete
  2. huhuh.. itu xpastilah kan kenapa..
    padahal pompuan byk shopin..
    btw Aus dah ready ker?
    Pojie menanti kad jemputan mu ;p
    heheh..

    ReplyDelete
  3. mungkin sbb perempuan lagi teratur kot.

    lg lelaki slalo berbelanja ke arah yg tak nampak. mcm makan, pergi jalan.

    perempuan belanja pon, benda tu nampak cth baju pe semua.

    ReplyDelete
  4. kau dah gatal nak kahwin ek Aus..ngan sape weyy?? haha :p

    ReplyDelete
  5. the best tips..dua-dua kena mainkan peranan berjimat..kalo istri je saving byk, tp laki abeskan duit kt kete, itu masalah..hehehe

    ReplyDelete
  6. susah nak jimat sekarang. beli barang dapur sikit pun dah RM300lebih. itu baru barang dapur, belum campur dgn barang lain. T___T

    ReplyDelete
  7. darling,
    k lily pi shopping dgn duit gaji sendiri okeh! mrbig bagi duit2 yg wajib je tau

    ReplyDelete
  8. kite berniage sendrik baru bleh kaye...hehehe

    ReplyDelete
  9. takpe.
    nuffnang ada. ekeke.

    ReplyDelete
  10. huh..tak bole aus..tak bole..duit suami, duit isteri..duit isteri, duit isteri jek...sila tanamkan di lapisan dada ke 8 ye..

    ReplyDelete
  11. pompuan ni pandai handle duet..

    beselah, bakat semula jadi..


    wakaka!

    ReplyDelete
  12. mak aku hebat gila lah kan...semua duit bapak aku dia pegang ..tapi tak guna. tabik sepering

    ReplyDelete
  13. aus....hahahahaha....

    oke berbalik pada topik kau ni kan...biar aku tolong jimatkan lagi ke...

    Bil Air/tepon/letrik/tenet : kurangkan penggunaan letrik air, pakai prepaid jer. guna internet rega murah sket la. ko bukan nak watpe pun, updet blog updet gambar.hahaha...

    tapi bila kau dah kawen, ade anak...janganlah risau. gerenti ader rezeki utk korang anak beranak...yang penting jangan kau bagi anak ko kat orang lain sudah! hahaha...

    aus...hahahaha....

    ReplyDelete
  14. takpe,lepas kawen...kerah si isteri bekerja..huhu~

    ReplyDelete
  15. WOOO~ kalau pilih aku jadi bini, mesti jimat! kaya kau!

    aku x reti nak shopping macam2..lalala~

    ReplyDelete
  16. betul tu...sebagai orang dah kahwin,aku bertuah kerana ada isteri yang pandai budget..hak3..namanya akuni ada degree acc n finance tapi bak2 budget sendiri kadang2 pun tak brapa teratur..mujur ada isteri yang terror bak2 ni..

    ReplyDelete
  17. aus, ada masa aku buat entry investing untuk student u seperti aus.
    pastu entry bijak belanja mcm mana nk buat budget

    ReplyDelete
  18. aku kena menuntut ilmu ni!

    ReplyDelete
  19. erkkk pengiraan belanja bulanan aus tuh blom tolak lg ngan kwsp etc etc tuh. silap² jumlah kasar dlm tgn tinggal x smpi rm500 pun. adehhh...

    ReplyDelete
  20. alaa wife pun nak shopping jugak sekali-sekala...ehee!!

    ReplyDelete
  21. Setuju la tu.. biasa istri lebih pintar dalam hal budgeting dibanding suami :p Peranan suami hanyalah kerja mencari duit dan mengunakan duit lol.. Jawatan kosong

    ReplyDelete