Friday, April 16, 2010

Tazkirah Jumaat | 15 Maksiat Yang Disegerakan Balasanya .



Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda : 


" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :



1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .

2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan . 

3 . Zakat dijadikan hutang .

4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .

5 . Anak derhaka terhadap ibunya .

6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya . 

7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya . 

8 . Suara ditinggikan di dalam masjid . 

9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .

10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya .

11 . Arak diminum di merata tempat .

12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki . 

13 . Para artis disanjung - sanjung . 

14 . Muzik banyak dimainkan . 

15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) . Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di roboh menjadi makhluk lain . 


H.R TIRMIZI . 



Sekadar renungan di pagi jumaat . Mungkin ada yang berkata , aku pun bukan lah di kalangan yang terbaik untuk mengingatkan pada semua , tetapi sekadar berkongsi tidak lah mendatangkan apa - apa kerugian . 


Semoga pagi jumaat ini sama - sama  kita kekal hidup di atas bumi ini dengan rahmat dari - NYA . 


Sekian .


24 comments:

  1. cpatnya ari jumaat.....hehe

    ReplyDelete
  2. Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan2 tu. Amiin.

    ReplyDelete
  3. erk kene muhasabah diri nih....

    ReplyDelete
  4. beringat lah kita..
    thanks sebab ingtkn aku..;D

    ReplyDelete
  5. salam Jumaat
    semua 15 perkara itu sudah berlaku di malaysia, hatta seluruh dunia
    maari lah kita sama2, terhindar dari malapetaka yang di turunkan kepada mereka yang lalai kepada nya.
    banyakkan berbuat ibadat. banyakkan membaca Quran.

    ReplyDelete
  6. mintak2 aku dijauhkan dari perbuatan macam tuh..almaklumlah..kita tak terlepas dari membuat kesalahan..

    ReplyDelete
  7. mostly semua tu dah terjadi. petanda akhir zaman gak ni.

    ReplyDelete
  8. abis aku pakai sutera kat blog macam mana aus?

    ReplyDelete
  9. assamualaikum....(dan dan)

    ReplyDelete
  10. bgusla..insaf juga akhirnye ko aus

    ReplyDelete
  11. kena muhasabah jugak nie huhuu~

    ReplyDelete
  12. sama-sama lah kita beringat kan?? ;)

    ReplyDelete
  13. contoh suami yang baik :)

    ReplyDelete
  14. TGI Friday :D

    ReplyDelete
  15. kebanyakkan yag tertulis suma dah terjadi pon..

    ReplyDelete
  16. thanks sbb ingatkan saya yg mudah lupa ini.

    ReplyDelete
  17. alhamdulilah.......ada ciri2 makmum yg terpuji....sejuk perut makannasi tadi..huhuhuhu

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  18. kita lalai. semua ni dah berlaku. hurm.. T__T

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah, ko dah berubah aus..baik punya info.. :)

    ReplyDelete
  20. bagusnya ada tazkirah pulak..

    ReplyDelete
  21. semoga kita perbaiki amalan kita

    ReplyDelete
  22. Obtain and pick some good things from you and it aids me to solve a problem, thanks.

    - Henry

    ReplyDelete