Sunday, May 30, 2010

Isu Panas , Komen pun Panas . Kah !! Kah !! Kah !!

* Entri ini telah ditapis sebanyak 6 kali , siapa yang sempat baca ok la kan , hihihik .



Selamat datang . 


Sebelum itu aku rasa nak gelak dan hari ini  kita tukar cara kita bergelak kah !! kah !! kah !! . Sebab dia , aku rasa macam lagi gembira kalau gelak macam ni . 


*************

Kembali serius . Seperti yang kau orang tahu , semalam aku ada keluarkan post berkaitan Crocs | Pijak Kalimah atau Gambar dan macam - macam pandangan aku terima . Macam ni la , kalau jenis macam aku , aku tak suka beritahu sesuatu secara terus terang dan aku telah berazam , entri - entri yang aku keluarkan pada akan datang aku ingin membuat dan melatih pembaca berfikir dan bukan terima secara bulat - bulat mahupun petak , kah !! kah !! kah !!


Saturday, May 29, 2010

Crocs | Pijak Kalimah atau Gambar ?

Selamat datang . 


Rasa lama tak update blog atas sebab - sebab kesibukan yang melanda dan pada pagi ini atas sebab - sebab tertentu dan isu semasa aku gagahkan juga atas sebab ingin memberikan pandangan aku yang tersendiri . Isu yang melanda sekarang tak lain tak bukan adalah Kalimah Allah pada Kasut Crocs .


Pandangan Aku


Kalimah - Sesuatu berbentuk perkataan


  
Gambar - Sesuatu corak atau imej 





Monday, May 24, 2010

Contest Nota Cinta dari Coffee Mate

Selamat datang . 


Kalau kau orang perasan , hari ini ada iklan baru dari Nestle iaitu Peraduan Nota Cinta dari Coffee Mate




Dalam contest ni , kau orang kena tengok video yang disediakan . Serius , video dia memang menarik dan seronok dan tiba - tiba aku rasa teruja gila bila tengok , hahahak . Pelakon wanita dia pun cantik dan tertarik , hahahak .


Caranya mudah , 

1 . Tonton mana - mana episod video .
2 . Tuliskan nota cinta versi kau orang sendiri .
3 . Isi borang pendaftaran.
4 . Share video tersebut dengan 3 orang rakan kau orang .


Hadiah yang disediakan juga menarik , sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu secara romantik . 



Hadiah Utama 

Pakej Percutian ke Bali untuk 2 Orang !!! 


Lupa nak bagitahu , Cerita Episode 1 dia memang menarik , serius kau orang akan teruja lepas tengok lepastu mesti kau orang rasa tak sabar nak tengok episod ke - 2 . Hahahahk .

Jadi , ape tunggu lagi , cepat pergi tengok lepas tu bikin kau orang punya slogan . 














Contest | Slogan untuk Abang Eq

Selamat datang . 


Hari ini simple sebab aku nak try join contest yang paling simple iaitu Slogan untuk Abang Eq 






SLOGAN AKU , 

Saturday, May 22, 2010

Berkat Bukan Kerja Kita




 Selamat datang . 


Kebelakangan ini aku tengok ramai yang mempersoalkan tentang keberkatan kita berblog . Aku ambil contoh mudah dengan berblog la sebab rata - rata yang mengunjungi ke sini semua nya mempunyai blog dan aktif bersama nuffnang . Macam ni la , ada yang kata apabila kita buat sesuatu contohnya seperti memburukkan orang ke atau kita menulis dengan penuh caci maki maka rezeki yang kita dapat hasil daripada berblog tidak berkat kerana kita dikira berniat buruk dan busuk hati . 


Maka , kat sini aku mempersoalkan . 

Friday, May 21, 2010

Tazkirah Jumaat | Baik Belum Tentu Baik dan Jahat Belum Tentu Jahat

Salam pagi jumaat . 


Seperti biasa , Sesi Tazkirah Jumaat diteruskan seperti jumaat yang lain cukuplah sekurang - kurangnya amal yang terkumpul sedikit demi sedikit diberkati Allah s.w.t . Hari ini , tazkirah yang aku ingin beri atau lebih tepat sedikit muhasabah diri khusus untuk golongan - golongan bawahan seperti aku dan rasanya pada mereka yang telah cukup ilmu di dada tidak perlulah meneruskan pembacaan . Tapi tidak ada salahnya , jika turut ingin memberikan tunjuk ajar kalau - kalau aku ada yang tersilap . 


Yang Baik Belum Tentu Baik dan Yang Jahat Belum Tentu Jahat , Mengapa ? 

Kisah Afra Yuri

Selamat datang . 


Hari ni bercerita kisah Afra Yuri . Sebenarnya aku bukanlah kenal dengan Cik Afra tetapi boleh lah sekadar kenal blog beliau . Saja hari ni bercerita tentang Cik Afra sebab dia merupakan pemenang contest Kancil Biru di mana beliau telah memenangi hadiah casing untuk laptop di mana mempunyai sedikit iras - iras nama aku , hahahak . 




Tadaa , itu hadiahnya . Jeles jugak sebab aku ingat dengan buat entri bodek nizaa si kancil biru boleh membuatkan aku menang hadiah yang disediakan , tetapi harapan tetap tinggal harapan , hahahak . Mungkin entri khas yang aku buat untuk Cik Afra ini boleh mengipas beliau pula , mana tahu tak dapat hadiah tetapi Pizza pula yang dibelanjanya . Hahahak . 

Wednesday, May 19, 2010

Puduraya La bukan Payudara



Selamat datang .


Sekarang aku ada satu penyakit sindrom tsekemia iaitu penyakit yang menyebabkan aku tidur seawal jam 11 malam dan bangun di kala jam menunjukkan 3 pagi . Aku tak tahu kenapa dan kalaulah benda ni aku amalkan sewaktu zaman belajar dulu komfem - komfem sekarang pngk aku mencecah 3.71 dengan cara bangun dan study . Hahahahak . 


Kisah nya bermula macam ni , berlaku agak lama juga . Masa tu , aku masih belajar di kedah dan kerap berulang - alik dari Kuala Lumpur dan Kulim , Kedah melalui Puduraya . Selalunya , aku akan mengambil inisiatif untuk pulang ke Kedah pada lewat malam sebab

Entri Ringan - Ringan | Kisah Pagi Hari dan Buffer Earnings

Selamat datang . 


Tajuk tak catchy langsung , marah nanti bean moreno . Hahahak . Hari ini macam biasa kita bangun awal dan biasaanya kalau dah mencapai klimaks kebosanan aku akan melakukan sesuatu yang ganjil iaitu menolong mak mengemas rumah dan sebagainya . 

Tuesday, May 18, 2010

Sehari Bersama Myfriends2u | Kelebihan dan Kekurangan

Selamat datang . 


Seperti yang kau orang semua tahu ahad yang lepas kalau tak silap , satu lagi laman sosial yang baru telah dilancarkan iaitu myfriends2u yang mana hasil kerja nya adalah 100 % buatan anak tempatan sendiri iaitu Malaysia . Jadi , sehari bersama myfriends2u mungkin ada sedikit sebanyak apa yang kita perlu kaji apa kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada laman sosial ini . 





Nah , siap buat nombor lagi untuk penerangan yang lebih jelas pada semua , hahahahak . 

Istimewa Hari Guru | Kisah Aku dan Mak Cik Dobi , Part 2

Ini adalah sambungan dari part 1 tentang kisah mak cik dobi pada post sebelum ini , [ click ]


Sekarang kita bercerita tentang bagaimana mak cik dobi berkongsi tips mencari pasangan hidup di atas dunia ini .Ini adalah antara part yang paling aku ingat ketika selalu menghabiskan masa bersama mak cik dobi sehingga berkongsi kisah hidup dan pandangan nya tentang gadis pilihan hati . 

Monday, May 17, 2010

Bawak I/C Kalau Nak Beli Gula



Selamat datang . 


Dengar macam kelakar sebab kena bawak I/C kalau nak beli sekilo gula , hahahak . Macam - macam kerenah zaman sekarang ni kalau kita tengok . Benda ni berlaku di terengganu di mana seorang wanita terpaksa menunjukkan kad nikah nya dan kad pengenalan hanya untuk membeli sekilo gula , hahahahak .




Alasan yang diberikan adalah kerana untuk mengelakkan sindiket jual gula . Hahahahak . 

Istimewa Hari Guru | Kisah Aku dan Mak Cik Dobi

Selamat datang .


Dulu - dulu , masa dekat matrikulasi . Kalau jenis - jenis yang pemalas basuh baju tu konfem familiar dengan dobi . Kalau nak ikut pada peraturan , isnin dan rabu masa untuk pelajar lelaki menghantar baju , selasa dan khamis masa untuk pelajar perempuan pulak yang hantar . Tapi , kalau mana - mana jenis yang degil tak makan saman , hari - hari ada saja muka dia hantar baju kat dobi . 


Sunday, May 16, 2010

Perlawanan Akhir Piala Thomas | Kemenangan Milik China



Selamat petang . 


Baru sahaja menonton perlawanan akhir Piala Thomas China menentang Indonesia .Kalau dilihat , memang satu perlawanan yang sengit sehingga mata kau orang mesti tak dapat berkedip . Sedangkan uintuk bergerak ke dapur mengambil air terasa sayang untuk meninggalkan permainan yang hebat ini walau seketika . 


Game single yang pertama dikuasai oleh Pemain China , Lin Dan .


Pada game beregu kedua . Kalau kita tengok , permainan memang dilihat sengit antara China dan Indonesia pada perlawanan akhir Piala Thomas . Kedua - dua pihak dilihat bermain bersungguh - sungguh dan permainan berlangsung terlalu pantas pada setiap pukulan yang dilakukan . 


Istimewa Hari Guru | Terima Kasih untuk Mereka di Kolej MARA Kulim

Selamat datang . 

Tanggal 16 Mei tiba lagi dan seperti kita tahu hari ini merupakan Hari Guru di seluruh Malaysia . Jadi kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru yang pernah mengajar aku dahulu . 


Dulu - dulu , kalau ada sambutan hari guru confirm rasa bosan sebab 2 -3 hari sebelum sambutan mesti murid - murid kena kerah buat kad ucapan untuk hari guru , ceh , masa tu la guru pendidikan seni ambil kesempatan . Kalau ada yang tak nak buat , confirm kena tolak markah , hahahak . 


Tapi , kalau dulu mungkin kita tak sedar betapa nilai nya titik peluh mereka sampai semuanya kita buat kerana terpaksa . Tapi , apabila sudah meningkat dewasa dan otak sudah mula berkembang barulah mula terasa hari guru seakan bermakna . Masa tu kalau buat salah pun , cikgu tak kan marah sebab bila jumpa semua ucap Selamat Hari Guru . Hahahak . Cikgu yang menerima apa lagi senyum melebar sampai ke telinga jawabnya , hahahahak . 


Di kesempatan yang ada , aku nak buat satu post mengenang kembali kenangan - kenangan bersama guru dulu - dulu , hahahak . Aku pilih semasa zaman aku di Matrikulasi , sebab masa tu baru start rapat dengan cikgu . Hahahak .



Ini cikgu Hayazi , merupakan bekas guru matematik aku dulu . Orangnya memang baik , setiap hari ada mengajar tips - tips berbelanja dan pengurusan hidup . Langsung tak pernah marah dekat kitorang , paling kurang kalau dia bengang , selalunya akan tarik nafas panjang - panjang . Memang tenang . 



Ini guru komputer aku dulu . Orangnya tenang dan paling buat aku sayang sebab dia percaya dengan kebolehan yang aku ada . Selalu memberi semangat untuk aku terus belajar di dalam kelas nya . Pernah jugak kena bebel dalam kelas sebab kantoi main game , tapi marah cuma sekejap . Hahahahak , lepas tu siap boleh join melawak dengan kitorang semua . Hahahahak .




Cikgu Mastura . Dua tahun dia mengajar aku fizik . Aku mengaku dia kuat membebel , setakat kena bebel dalam kelas memang dah biasa , sampai satu hari kalau dia tak bebel apa - apa kitorang semua rasa pelik . Hahahahak . Tapi dalam bebel - bebel dia semua yang dia cakap semua tepat menusuk hati , hahahahak . Kadang - kadang , dia merangkap macam ibu sementara untuk aku cerita apa - apa benda yang aku rasa mengganggu hati , hahahak . 




Cikgu Nisa . Bekas guru kimia aku . Sebenarnya aku sendiri tak tahu ini cikgu ke kawan ke kakak , hahahak . Sebab dalam masa dia mengajar kadang - kadang dah boleh sembang macam kawan sendiri . Kira dulu - dulu dia antara cikgu yang termuda la kat sana , hahahahak . Pernah sekali dia merajuk dalam kelas , tapi bila jumpa esok nya , siap boleh melawak lagi sama - sama . 



Miss Hairi . Bekas guru bahasa inggeris aku . Seorang yang tak pernah jemu bagi nasihat dan galakan setiap hari . Dulu - dulu , aku selalu ponteng kelas dia , tapi sikit pun dia tak pernah marah sampaikan ada suatu haru dia bertanya kenapa aku selalu ponteng ? Adakah kerana tidak suka dia mengajar ? . Saat itu , aku sendiri yang rasa malu dengan diri sendiri , seolah - olah dia yang bersalah . Tapi , antara semua , dia adalah seorang guru dan kakak kepada aku . sanggup mendengar masalah , berkongsi masalah dan menjadi kawan kepada kitorang semua . 



Selamat hari guru untuk semua yang bergelar pendidik dan terima kasih kepada semua guru dan maaf jika ada kata - kata yang pernah mengguris hati anda . 


Sekian .



Saturday, May 15, 2010

Santau | Antara Dendam dan Irihati



Selamat datang , tiba - tiba terdetik untuk membuat kisah yang berkaitan santau hari ini . Dengar sahaja santau pasti akan menimbulkan rasa gerun di kalangan kita kerana ia memang benar - benar berlaku dan kesannya amatlah membahayakan . Sebelum itu mari kita berkenalan dulu apa itu yang dinamakan santau . 



Apa Itu Santau ?

Friday, May 14, 2010

Gatsby Deodorant Street Fair | Kami Bakal Menerima Sijil Malaysia Book of Records !




Selamat datang , sambil - sambil melawat blog rakan - rakan lain sempat lagi melihat update dari nuffnang . Rasa gembira di hati kerana nuffnang bakal memberikan sijil penyertaan kepada setiap blogger yang datang memeriahkan acara pada hari tersebut . 




Tazkirah Jumaat | Penyakit " Wahan "





Assalamualaikum dan salam jumaat buat semua . 


Daripada Tsauban r.a berkata : 

Rasullah s.a.w bersabda ; 




" Hampir tiba suatu masa di mana bangsa - bangsa dari seluruh dunia akan datang menggerumuni talam hidangan mereka " . Maka salah seorang sahabat bertanya , " Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu ? " Nabi s.a.w menjawab , " Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali , tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh - musuh dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit " wahan " . Seorang sahabat bertanya : " Apakah wahan itu hai Rasullah ? " Nabi menjawab : " Cinta pada dunia dan takut pada mati " .


Thursday, May 13, 2010

Penunggu Gunung Raya | Antara Realiti dan Fantasi


Selamat datang sayang . 

Baru sahaja selesai menonton cerita Penunggu Gunung Raya di Tv3 . Boleh dikatakan cerita ini kadang - kadang membuatkan aku terfikir adakah logik apa yang ditayangkan ? Betul ke benda ni boleh terjadi ? Hahahahak . Nak cakap seram cerita ni , mungkin tidak berapa seram agaknya setelah berfikir secara logik nya . 

Cara Hasilkan Entri Tidak Bermutu

Selamat datang , hari ini aku akan mengajar kau orang semua hasilkan entri tidak bermutu . Hahahahak .

Ini mengikut pengalaman aku sendiri , benda ni biasa aku buat jugak bila menghadapi masalah keboringan melampaui batas . Tadi , aku rasa tak tahu nak buat apa , jadi aku berjalan - jalan ke blog orang - orang lain baca entri terbaru diorang lepas tu komen la sikit - sikit .


Hari ni aku bangun lambat gila , tiba - tiba hati jadi gelisah , tengok beg dompet yang semakin menipis kepala mula pening . Aku nak sedapkan hati aku check earnings nuffnang , lega sikit rasanya , sekurang - kurangnya ada sedikit simpanan , hahahahak .


Lepas puas melawat beberapa blog secara rambang dan rawak , aku tekan New Post , aku taip - taip lepas tu berhenti , aku tengok berita online pulak . Habis tengok berita online aku taip balik entri tadi yang aku tertunggak tadi . Tiba - tiba rasa malas , aku berhenti kejap , sambung edit gambar . Biasala , baru - baru je belajar guna adobe , sepatah haram aku tak reti function dia , aku bedal saja , janji siap , hahahak .


Habis edit gambar , aku tekan balik tab draft , sambung taip entri tadi , baru beberapa perenggan aku rasa nak stop menaip , kepala rasa macam berat gila . 


Nah , hasilnya , tadaa , inilah apa yang kau orang baca . 


Sekian .

Wednesday, May 12, 2010

Pre-Event DiGi Break Free | Why Smartphones can be Dumbphones



Selamat datang . 

Kali ini Digi kembali lagi membawakan anda satu acara istimewa dinamakan Break Free with DiGi . Sebuah acara parti yang gilang - gemilang anjuran Digi . The DiGi Break Free Party akan diadakan 


Tarikh : 29 May 2010 

Tempat : Ecoba, Lot No. B-G-02, Level 1 Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8a Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya

Masa : 6 pm - 10 pm

Hari Belia Negara 2010 | Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara



Selamat datang . Artikel khas untuk para belia sebagai mempromosikan Hari Belia Negara 2010 dengan temanya Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara . Jadi , inilah masa yang sesuai untuk para belia semua  mengisi masa terluang dari melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak , merempit dan sebagainya . 


Hari belia diadakan pada , 

Tarikh : 14 - 16 Mei 2010 .

Tempat : Putrajaya .


Monday, May 10, 2010

Sesi Pulih Semangat Blogging




Selamat datang , tak perlu cakap dan tanya ke mana aku pergi , kerana tok sudah tahu soalan sama akan ditanya . Hahahak . Hampir 3 minggu blog aku terabai , tapi tak mengapa sebab 3 minggu yang menyeksakan sudah pun berlalu , bak kata pepatah melayu , " Usah dibiar sang gantang melukut di sisinya " . 

Thursday, May 6, 2010

Dilema | Antara Duit Dan Pelajaran , Mana Lagi Berharga ?






Salam dan selamat datang . Malam ni mata seakan tidak mahu terlena dan terus tidur dibuai mimpi indah . Jadi aku mengambil idea untuk megupdate sedikit entri yang bermain di fikiran ketika ini . Mungkin ketika kau orang membaca post ini , aku tengah gigih menjawab paper final matematik dan gelombang , hahahahak .

Monday, May 3, 2010

Untuk Komen Sahaja , Jangan Baca

Assalammualaikum dan selamat datang ke  blog picisan . Buat julung - julung kalinya , rasanya ini pertama kali aku memberikan salam dalam permulaan sesuatu entri . 



Ini update pantas kerana aku sekarang berada di luar kawasan , tidak berada di rumah lagi dan kerana itu sesi skodeng tidak dapat disiarkan semalam . Mungkin aku akan keluarkan malam ini ataupun malam esok , itupun kalau kau orang sudi menerima . MIntak maaf naa . Cek tak sengaja . Hahahahak .


Akhir kata , minta maaf atas kesalahan aku dan doakan aku dipermudahkan menjawab peperiksaan akhir pada esok hari . Sekian update pantas .



Anda Mungkin Meminati Juga