Tuesday, May 18, 2010

Sehari Bersama Myfriends2u | Kelebihan dan Kekurangan

Selamat datang . 


Seperti yang kau orang semua tahu ahad yang lepas kalau tak silap , satu lagi laman sosial yang baru telah dilancarkan iaitu myfriends2u yang mana hasil kerja nya adalah 100 % buatan anak tempatan sendiri iaitu Malaysia . Jadi , sehari bersama myfriends2u mungkin ada sedikit sebanyak apa yang kita perlu kaji apa kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada laman sosial ini . 





Nah , siap buat nombor lagi untuk penerangan yang lebih jelas pada semua , hahahahak . 


1 . Domain 


Mungkin ada yang kata namanya terlalu panjang dan mungkin boleh menyebabkan kita tersalah taip nanti . Tetapi aku rasa , itu tidak menjadi masalah kerana selalunya browser yang kita pakai menyimpan history URL yang kita pernah masuk . Contohnya , apabila menggunakan Google Chrome , dengan hanya menekan huruf ' M ' , URL myfriends2u akan tersenarai dengan sendiri nya . 


2 . Header


Betul ke yang tu header ? Hahahak . Tak kisah la asalkan anda semua faham apa yang aku cuba maksudkan . Pada aku , header nya terlalu besar dan mengganggu pemandangan . Tetapi tidak mengapa kerana mungkin itu satu kelainan yang cuba ingin diketengahkan kerana kebiasaanya laman sosial seperti facebook dan friendster sebelum ini hanya mempunyai header yang kecil sahaja . 


3 . Status Update 


Aku rasa , ini masih menjadi masalah kerana untuk mengupdate status selalunya mengambil masa yang panjang untuk loading . Aku tidak pasti sama ada terjadi pada aku atau orang lain sekali . Mungkin nanti pihak admin dapat menyelesaikanya .


4 . Peluang Kerja 


Bagus untuk seluruh rakyat malaysia kerana mungkin ada yang menggunakan laman sosial untuk mengintai pelunag pekerjaaan dan di myfriends2u telah disediakan satu laman khas . Walaupun kadangkala ada yang sedikit merepek seperti iklan Infinity Downline apa semua itu lah kan , tapi mungkin di dalam di antara batu terdapat permatanya . 


5 . Ruangan Store 


Ini aku tidak berapa pasti kerana masih kurang faham tentang fungsinya . Tetapi dari segi apa yang aku lihat ianya seperti tempat berurus niaga mungkin , hahahak . Kau orang boleh la kaji sendiri nanti . 



Keseluruhanya , sebagai seorang yang bersifat cintakan negara sememangnya aku menyokong pembinaan laman seperti ini dan kerana itu kalau kau orang lihat ramai blogger yang membuat post untuk komen tentang pembinaan website ni , mengapa ?? 


Itu tandanya kita cinta akan hasil kerja anak tempatan dan bersedia memberikan sokongan 100 % dan segala komen adalah demi kebaikan masa depan . 



Sekian . 




42 comments:

  1. saya sudah join.. add saya.. Ernie Syafika :)

    ReplyDelete
  2. saya sudah join.. add saya.. Sendra D. Andras :)

    ReplyDelete
  3. AnonymousMay 18, 2010

    saya belum join.. jangan add saya.. Maisyara Jamaluddin xD

    ReplyDelete
  4. errrr...saya....saya belum terfikir mahu join ataupun tidak. 0_o

    ngahaha apadaaa tak support barangan tempatan...sikit hri lg nk join...:)

    ReplyDelete
  5. nurul pun tak join lagik. ada masa baru join.

    tp nurul bukan aktif sgt pun. join fb pun sbb nak bercucuk tanam saja! well, bakal bisneswoman yg berjaya kan. hehehe ;p

    ReplyDelete
  6. aku pn nk join sbb bru thu dgn details dari blog aus..hik3

    ReplyDelete
  7. nanti saye join lah

    bila rajinn

    ke aus nak tlg registerkan

    ahaha

    ReplyDelete
  8. dah join gak
    add aku
    Ery Farieha Misri
    hehehehe
    tp x aktif sgt sbb macam FB sgt
    huhuh~

    ReplyDelete
  9. AnonymousMay 18, 2010

    uihhh..macam2..hehe.penat aku nak join.nanti aku dpt mimpi, baru aku bertindak..lalala~

    ReplyDelete
  10. aku sudah menjoinkan diri~

    ReplyDelete
  11. bangga admin dia org melayu gak
    tp knapa kaler biru jgak
    macam ala ala facebook jer
    =[

    ReplyDelete
  12. akuu...hmm...
    aku cuma nak komen..mcm maybank2u plak...hehehe....

    pahtu..hhmmm....nak komen ayat kau je..

    "tapi mungkin di dalam di antara batu terdapat permatanya ."

    sekian. terima kasih. sama-sama.

    ReplyDelete
  13. huhu, malas ah join. takde masa. wakaka

    ReplyDelete
  14. aku dah join haritu tapi lupa lak aku register atas nama apa..huhu...lupa la dah tua katakan..

    ReplyDelete
  15. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    aku xmo dah tmbh site laman sosial lg dh

    ckup2 la kot
    nnt aku xde life dh asik ngadap pc je

    ReplyDelete
  16. kalo ramai member2 aku join nt..baru aku join jgk..hehe

    ReplyDelete
  17. erm dtg blog ko baru aku tau pasal kewujudan Myfriends2u ni... thanks bro ..xsesia ko perli aku..haha

    ReplyDelete
  18. aku rasa kalau aku join purpose aku utk cari kerja je. senang.

    ReplyDelete
  19. bestke? hari tu dah bukak, tapi x terasa nak sign up. hohho~

    ReplyDelete
  20. AnonymousMay 18, 2010

    perghh detail gila...gua boring ngan social network yang satu nie...adakah kerana gua tak add sesapa?

    meh aku nak add sapa yang komen kat sini :P...awek cun memang dicari...hahaha

    ReplyDelete
  21. auwwwwwwww.. ada peluang kerjaya?? wawaooo.. good good. nanti nak join. aku booking nama dulu.try la add mana tau da masuk k.. anastasia ann. :))

    ReplyDelete
  22. sebijik cam fb jer...asal x buat kaler purple ke...kuning ke..maybe baru la nampak power..aishh..cakap mcm kau lak yang buat benda ni kan...heee

    ReplyDelete
  23. wow. laman sosial baru ke? em macam fb je lebih kurang yek. biasala kekurangan tu time mula2 kan. boleh diperbaiki lagi.. :D

    ReplyDelete
  24. mcm fb ke? blom join lg la..fb pn msih lmbap lg..hehe

    ReplyDelete
  25. tak ramai lagi wat...nanti kalau dah ramai wat baru aku wat

    ko bila nak berformspring aus?

    ReplyDelete
  26. AnonymousMay 19, 2010

    wow. sekali tengok macam facebook
    macam best !

    ReplyDelete
  27. aku xjoin lagi
    malas sikit aku nih

    ReplyDelete
  28. xjoint lg sbb mls heheheh

    ReplyDelete
  29. baru tau pasal kewujudannya

    ReplyDelete
  30. haha, student lepas exam byk masa ekkk

    ReplyDelete
  31. ooo-bende ni lah nak beat FB ni..
    patot ar aus da deactive FB..huhu ;D

    ReplyDelete
  32. blom join agi..nk mcm fb je neh.. haih~ mls nye nk reg. tngk lh lau de mood. huk2

    ReplyDelete
  33. masih tak terbuka hati untuk join..mungkin sebab FB pun tak terjaga..ini kan pulak benda baru ni..heh


    - - -
    Nasihat Untuk Lelaki Dan Hakikat Perempuan [Versi Fitrihadi] Part 1

    ReplyDelete
  34. suri belum joint lagi..sebab dah ada muka buku rasa macam banyk sangatlah privasi..huuhuu

    ReplyDelete
  35. add shaye !

    errapazira86


    macam fesbuk je?

    ReplyDelete
  36. macam nak join tapi...tapi..byk sgt dah laman sosial ni..nanti terlebih sosial,susah plak...
    cmner?
    papepn, i support Malaysia =)

    ReplyDelete
  37. This is a good blog, it is encouraging to see people giving value
    through great post.Thanks

    ReplyDelete
  38. infinity downline business
    infinity downline business
    infinity downline business
    infinity downline business
    infinity downline business
    infinity downline business

    ReplyDelete
  39. Masih wujud x myfriends2u ni? Asal x jumpa dah?

    ReplyDelete