Wednesday, June 30, 2010

Moral 1 | Grass Jelly is Cincau


Selamat datang . 



Haish , makin lama makin suram blog eden  . Lama tak menaip kat sini sampai nak tekan keyboard pun kena  tengok huruf satu - satu  dengan anggaran masa 3.43 saat untuk satu perkataan dan tekan button space . Hari ni bercuti jadi bila dah ada sedikit masa tidak salah rasanya untuk beri sedikit belaian manja pada blog , hahahahak . 


Aku harap bila lama aku tak update blog ni , jangan ada yang pikir bukan - bukan sampai mencetuskan kenduri tahlil mahupun bacaan yassin dengan ahli masjid , hahahahak . Hari - hari bekerja mencecah 14 jam boleh mendatangkan penat tahap membuat landasan keretapi maut seperti zaman jepun dahulu kala . 


Hari - hari melayan kerenah pelanggan yang datang kadang - kadang boleh menimbulkan sakit kepala yang terlampau . Manakan tidak , ada yang sudah berumur dan bekeluarga masih boleh bersikap kebudak - budakan seperti tidak lagi mampu berfikir sebaiknya . 


Macam biasa , bila customer datang aku akan cakap " welcome " , hantar menu dan kata " have a look first " then selang beberapa minit aku datang ambil order . Siap ambil order , aku ulang balik untuk kepastian dan hantar untuk pembikinan . Siap order , aku hantar dan  biasanya aku akan sebut apa jenis makanan dan minuman yang aku hantar . 


Strawberry , orange and one cincau . 

" Cincau ! , i mana ada order cincau " 

" u said that one grass jelly drink and grass jelly means cincau " 

Lol , lepas tu nak salahkan aku cakap salah ambil order . Bukan sekali aku kena macam ni , tapi banyak kali dan sejak dari tu , mana - mana yang nak bajet cakap mat salleh dengan aku , aku balas balik dengan bahasa melayu . Sebab 99 % yang buat perangai macam ni aku tak nak cakap siapa , kau orang faham - faham la sendiri , hahahak . 


Because , i'm not look stupid when i speak in malay , so what ? 


Yelah , aku sedar kerja kat kedai makan macam tu , mana ada kelas kan nak banding dengan customer yang datang pakai baju bergaya dan cantik menarik siap rantai berkelip - kelip . Tapi at least aku tahu grass jelly maknanya cincau dalam bahasa melayu . Hahahahak .


Lepas ni , agak - agak ada kes yang order grass jelly drink tapi terkejut sebab air cincau yang sampai mungkin aku kena tanya dia balik ,


" i'm sorry mam , maybe u have ordered something like lancau and we don't have it for the moment " Hahahahak . 





- Orang yang tidak tahu tapi bertanya cuma kelihatan bodoh untuk 5 minit sahaja , tetapi orang yang tidak tahu tetapi mendiamkan diri akan kelihatan bodoh selama - lamanya .




23 comments:

  1. hoiyt, kau kerja ape beb
    bole blanje shisha
    hakhak

    ReplyDelete
  2. hahaha.. statement las tuh best kot.. :D

    ReplyDelete
  3. weyyy kerja katne? ngeng la kau aku gelak je baca yang "" i'm sorry mam , maybe u have ordered something like lancau and we don't have it for the moment " siottt je. haha asal kau tak cakap camtu je awl2 kn sng.. haha

    ReplyDelete
  4. AnonymousJune 30, 2010

    oh! baru ku tau grass jelly itu cincau. ngee^^



    *ko keje kedai makan ke? kt mne? aku nak datang ni. :P

    ReplyDelete
  5. hahaha.. membara je aku dengar cite ko ni aus.. haha.. macam la tak penah makan sambal belacan depan tv..

    ReplyDelete
  6. AnonymousJune 30, 2010

    peh aus dah keja tuu
    keja la lelok
    keja paling mencabar dlm dunia ni bila kena berhadapan dengan customer.
    cust dah la macam2 ragam
    hadapi dgn tenang

    ReplyDelete
  7. AnonymousJune 30, 2010

    huhuhu >.<
    lahir celah perdu pisang, nk ckp omputih, bgus ayat last tu!

    ReplyDelete
  8. eh delifrance ade jual cincau ek? first time dengar lah

    ReplyDelete
  9. ehh
    oo ade org x tau ek?
    ngeh3~

    ReplyDelete
  10. weh, nak staff meal kau. cepat rojer aku nakkkkk! hahahaha. ayat kau mmg selalu tak bley bla

    ReplyDelete
  11. wahhh sangat lama aku tak jejak di blog kau aus. sungguh rendu baca kau meraban2 neh..hehe.

    sejak bile ko kerja jadi pelayan pelanggan =P

    hehe.

    ReplyDelete
  12. ooo...
    aus bz keje ka??
    nanti leh blanje miahahhaha

    ReplyDelete
  13. AnonymousJuly 01, 2010

    lancau???hahahah..

    ReplyDelete
  14. need to sensitive whatever someone speak , jgn hanya berdiam diri

    ReplyDelete
  15. perghh part time kedai makan. aku nak dtg makan n ngko serve

    ReplyDelete
  16. setuju la..
    lenkali cakap je air lancau tak de..

    ReplyDelete
  17. Salam ceria.
    Penulisan yang santai.
    Informasi menarik.
    Saya memilih untuk bodoh 5 minit. hehehe

    TQ

    ReplyDelete
  18. nak tau jugak... keja kat mana nih yg ada jual grass jelly nih??? selalu tmpt lain jual cincau nnt ai nak order grass jelly jugak ;)

    ps: ehhh TCRS ada grass jelly jugak... with soya lagik :D

    ReplyDelete
  19. Sky Juice please ....

    ReplyDelete
  20. sorry. i want cincau ok.. not lancau.. opzz.. hahah

    gile lu punya ayat la bro..!! haha
    lame tak lepak2 ngan ko nie.. bz manjang! =O

    ReplyDelete
  21. jangan2 customer tu tak tau kot grass jelly tu per..ingat jelly lain kot

    ReplyDelete
  22. hahahaha hamik ko lanc*u sedas...tu la kecik2 tak nak baca kamus..kan dah kena lanc...:P

    ReplyDelete
  23. ko cakap camtu ke kat dia? gengster gila!

    ReplyDelete