Selamat datang .
Jumaat , macam biasa . Aku ada kelas Bahasa Inggeris yang sangat menduga keimanan dan kesungguhan . Bukan calang - calang orang boleh melalui 3 jam yang berlalu tanpa mengeluarkan sebarang keluhan . Berkat dengan tunjuk ajar dan kesungguhan akhirnya 3 jam yang panjang dapat diatasi dengan mudah . hah .
Kata Puan Hapsah ,
" You as a a student must have a technique to read , make it DRY READING "
katanya sambil mengalunkan irama tegas berbau sindiran kepada para pelajar .
Ya , Dry Reading aku tahu iaitu Bacaan Kering .
Bermakna kamus hukum bacaan yang tersemat di dada aku harus ditambah selain hukum - hakam taranum mad asli , wajibul ghunnah dan idgham , bacaan kering juga perlu ditambah , baru update kata orang . Bacaan kering disini bukanlah bermaksud membaca di tempat yang kering dalam keadaan serba kering diikuti perasaan kering sambil menelaah subjek - subjek kegemaran .
Jadi , bagi membongkar Teknik ' Bacaan Kering ' , izinkan saya memetik kata - kata Puan Hapsah yang arif :
1 . Pastikan Tiada Telefon Bimbit di atas Meja .
Ya , bagi mendapatkan bacaan kering , pastikan telefon bimbit anda berada jauh dari anda sekurang - kurang nya 5 meter dari jarak anda study bagi mengelakkan gangguan . Anda hanya dibenarkan meletakkan telefon bimbit berhampiran hanya apabila ' Sim card ' anda dialihkan .
2 . Jauhkan Laptop
Pastikan juga , laptop yang anda guna untuk melayari facebook dan segala akses ke web - web terlarang diletakkan jauh dari meja . Ini bagi mengelakkan anda melihat notifications dan aktif membalas komen di facebook .
Apabila semua akta tersebut telah anda lakukan , mulakan pembacaan dengan hanya buku sahaja yang ada de depan anda dan itulah yang dinamakan ' Dry Reading ' iaitu membaca buku sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti lain . Seperti ' sambil menyelam DILARANG minum air ' .
Selamat mencuba teknik bacaan kering yang disarankan .
Sekian .