Wednesday, November 24, 2010

Filem Aku Tak Bodoh | The Best Review



Selamat datang . 


Semalam kami dijemput untuk menghadiri screening filem terbaru yang bakal ditayangkan 2 Disember 2010 iaitu Aku Tak Bodoh . Terima kasih kepada pihak Media Prima atas jemputan yang diberikan dan jutaan terima kasih kepada Cik Helena atas jemputan ini juga . 


Mungkin untuk menulis tentang sinopsis adalah tidak perlu kerana anda boleh mendapatkanya di website mereka iaitu klik Aku Tak Bodoh .


Kelebihan filem Aku tak Bodoh : 


1 . Jalan cerita nya memang simple dan rata - rata berkisar tentang hidup kekeluargaan dan ibu bapa yang terlalu pentingkan kerjaya dan mengharapkan kejayaan daripada anak mereka tetapi lupa untuk memberikan perhatian terhadapa mereka . 


2 . Filem ini turut menyelitkan konflik diri dalam remaja dan kanak - kanak dalam proses menuju ke arah dewasa dan betapa pentingnya keprihatinan ibu bapa .


3 . Menampilkan wajah - wajah baru dalam industri filem dan berbakat besar membuatkan anda tidak jemu dan cuba menilai bakat mereka . 



Antara pelakon filem Aku Tak Bodoh 



Barisan Pelakon Utama



Si kecil yang berbakat besar dan gadis yang comel .



Semasa di interview tentang filem Aku tak Bodoh


Bersama Dato' Jalaluddin Hassan


Kekuatan filem Aku tak Bodoh : 


1 . Filem yang simple dan adakalanya bersahaja tetapi gaya penceritaanya memang menarik dan banyak dibawa dalam bentuk humor dalam menyampaikan mesej yang jelas . 


2 . Sesuai dengan gaya dan jiwa masyarakat Malaysia iaitu nasihat berbentuk humor dan mudah difahami . 



Antara Babak Menarik dalam filem Aku tak Bodoh 








********************







Secara peribadinya , 


"..jalan ceritanya memang menarik dan penuh dengan mesej dan berjaya disampaikan dalam bentuk humor , adakalanya babak - babak yang menyentuh hati turut diselitkan dan nilai kekeluargaan turut digambarkan.."


Rating untuk filem ini wajar diberikan 9/10 atas kesungguhan dan jalan penceritaan yang bersahaja tetapi susunannya menarik dan sesuai dengan jiwa remaja , ibubapa dan semua genre umur .


p/s : teringin jumpa dengan Amy Mastura , bilakah masanya ? hahaha .










Friday, November 19, 2010

Filem 2 Alam | The Best Review

Selamat datang . 


Semalam hari yang paling indah sebab aku telah menjadi salah seorang penyumbang kepada 40 Juta Pecah Panggung . Mungkin tak ramai yang sudi menjadi penyelamat macam aku .





' Kelebihan '  Filem 2 alam :


1 . Mula - mula masuk wayang kau rasa macam berada dalam bilik besar yang lapang . Seat yang kosong tidak boleh dibilang berbanding seat yang penuh . 


2 . Rasanya memang semalam aku bayar duit tiket bukan untuk menonton 2 alam , tapi hanya untuk duduk di dalam panggung wayang . 


3 . Lepas keluar dari panggung , aku mula membandingkan duit yang digunakan kalau beli rokok , bakar dan tiket wayang macam sama je . 


4 . Jalan cerita memang ' menarik '  , sampai baru tgk satu scene kau dah boleh agak apa yang jadi seterusnya


5 . Lepas tengok filem ini , kau akan rasa nak duduk tengok lagi sampai pecah punggung baru puas menonton filem 2  alam , mana puas kalau tengok sekali . 


6 . Sambil kau tengok filem 2  alam , mata kau mesti asyik tengok ke arah jam tangan mrnghitung masa yang berlalu .


7 . Lepas keluar dari panggung , kau tak kan dengar orang mengeluh dan mencaci apa yang ditonton tadi . 




Mungkin filem ini sesuai untuk ditonton oleh bapok , pondan dan mak nyah . Kepada mereka mungkin mendatangkan keinsafan . Tapi babak yang berlangsung terlalu typical . 



Yang benar , 

- Ahli Pecah PUNGGUNG - 



P/s : Tak sabar nak tengok lagi , tengok berkali - kali sampai pecah punggung . 





Sunday, November 14, 2010

DiGi BlackBerry Torch | Hotter and Smarter

Selamat datang . 


DiGi terkenal dengan slogan dan temanya iaitu - Always The Smarter Choice . Sesuai dengan itu , kini DiGi memperkenalkan satu lagi evolusi bersama telefon pintar nya iaitu  Blackberry Torch 9800 . 

 

SEBAB UNTUK ANDA MEMILIH BLACKBERRY TORCH 9800 .

 






1 . Blackberry Torch dilengkapi dengan QWERTY Keypad dan skrin sesentuh . Dengan ini , memudahkan anda untuk terus melayari internet dan menaip dengan lebih mudah . 









2 . 5 MP Camera membolehkan anda untuk merakam gambar - gambar menarik dengan lebih jelas . Telefon ini juga dilenkapi dengan Flash yang memudahkan anda untuk mengambil gambar ketika waktu malam .







3 . Menggunakan Operasi Blackberry 6 membuatkan anda mudah untuk melayari beberapa  website dalam satu masa ( Multitask ) . 








4 . Bagi mereka yang gemar berhubung dengan rakan - rakan di laman sosial seperti facebook , ciri ini mungkin menyeronokkan anda iaitu baterinya yang boleh bertahan lama membolehkan anda terus melayari laman sosial tanpa perlu risau lagi atau sekiranya anda dalam perjalanan yang panjang . 






Bagaimana dengan penerangan ini ? Adakah mampu untuk menarik minat anda memiliki sebuah Blackberry Torch ? 




Jika YA , teruskan membaca untuk melengkap kan diri anda memilih cara terbaik dan pelan yang menarik sebagai pengguna Blackberry Torch iaitu pelan yang disediakan daripada DiGi . 



Kenapa anda harus memilih BlackBerry Torch daripada DiGi ? 










1 . Call Smart ( Pay As You Use ) - Dengan pelan DiGi , panggilan terendah akan dicaj kepada anda untuk berhubung dengan rangkaian lain dan ini membuktikan anda tidak dianaktirikan DiGi yang mengenakan kadar sama rata . 










2 . Save Smart - Bagi mereka yang menggunakan lebih daripada had yang ditetapkan , anda perlu membayar lebih , dengan DiGi anda perlu membayar lebih juga TETAPI terdapat rebat diskaun kepada anda .








3 . Mungkin ada daripada anda yang mempunyai rakan , keluarga mahupun orang tersayang . Kini anda boleh menghubungi mereka tanpa perlu risau lagi dengan caj yang akan dikenakan . 






PERBANDINGAN PELAN DiGI BLACKBERRY TORCH










 ANDA TENTUKAN !!






 



















Saturday, November 13, 2010

Review | Red Wok Restaurant

Selamat datang . 





Restoran Red Wok merupakan salah satu restoran menarik terletak di bangi . Temanya berkonsepkan makanan cina dan kedudukan nya cukup stategik . Terdapat juga hidangan steamboat bagi mereka yang gemarkanya .


Sebagai panduan kepada mereka yang gemar mencari dan berkunjung ke restoran - restoran menarik , aku akan memberikan pandangan dan sedikit penerangan tentang restoran ini . 


SUASANA 




Suasana yang menarik , luas dan meja yang disediakan khusus untuk satu keluarga atau lebih daripada 3 keluarga . 


MENU



Di restoran ini menyediakan berbagai hidangan masakan dan lauk pauk dan disediakan dengan berbagai jenis cara masakan . 


HARGA




 
Pink Guava - RM 3.50 
Ice Blended Chocolate - RM 4.50




Ayam Pandan - RM 8.00 ( 8 ketul ) 




Black Pepper Beaf - RM 12.00 




Sotong Masak Stim Limau - RM 12.00 




Satay - RM 0.70 secucuk . 




Nasi Putih - RM 1.20 







Jumlah keseluruhan untuk menu malam ini adalah RM 65.90


Pandangan :


1 ) Layanan yang diberikan amat memuaskan . Staff yang bekerja sangat mesra . 
2 ) Tempat adalah bersih dan selesa .
3 ) Ruang yang besar . 
4 ) Terdapat kemudahan seperti tandas dan surau . 
5 ) Servis yang pantas . 
6 ) Harga yang berpatutan 
7 ) Masakan juga adalah seda dan sangat berpuas hati .
8 ) Kemudahan parking yang cukup luas .



CARA UNTUK KE DESTINASI


Selepas susur keluar Tol Bangi , anda cuma perlu melalui 3 bulatan dan ketiga- tiga nya menuju ke jarum 12 ( terus ) . 
Selepas bulatan ke - 3 , Red Wok Restoran terletak di sebelah kanan anda .


Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550 , Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 , Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

03 - 8927 4100


Untuk maklumat lanjut boleh la berkunjung ke laman web Red Wok di klik RED WOK



Semoga anda dapat mencuba . Dengan ini saya memberikan rating 5/5 untuk Red Wok Restoran . 


Sekian .








Friday, November 12, 2010

YTL Communications | 4G Mobile Internet FREE for Students .




Selamat datang . 

Sedikit informasi tentang YTL Communications yang menyediakan internet percuma untuk para pelajar Institut Pengajian Awam ( IPTA ) iaitu 4G Mobile Internet . 


Pengenalan 




Program ini akan dilancarkan bermula 19 November 2010 dan sebagai permulaan ianya cuma menyediakan perkhidmatan ini kepada universiti - universiti tertentu iaitu 

1 ) Universiti Malaya ( UM )
2 ) Universiti Putra Malaysia ( UPM )
3 ) Universiti Tunku Abdul Rahman ( UTAR )
4 ) Universiti Teknologi Malaysia ( UTM )







Apa yang menarik perhatian tentang program ini adalah ianya menyediakan sambungan internet secara percuma selama 3 tahun dan 300MB setiap bulan . Jika dikira semula . 

3 x 12 x 300 = 10800 . 

Jadi , anda dapat menikmati sebanyak 10.8 Gb muat turun data dalam masa 3 tahun secara PERCUMA






Kelebihan 




1 . Kelajuan ( Speed ) 




2 . Menjimatkan 

Tanpa sebarang plan dan percuma untuk penggunaan 300MB .





3 . Tidak mengira tempat . 


Jika anda berada dalam kelajuan 120km/h anda masih boleh mengakses internet .








Untuk sebarang maklumat lebih lanjut anda boleh lah terus ke laman web YTL di 


Untuk maklumat tambahan tentang servis YTL boleh lah terus melayari 

Klik YES






Maklumat tambahan 


Untuk pelajar Universiti Malaya , anda boleh lah log masuk ke SiswaMail kerana ID dan Password untuk anda akses ke perkhidmatan YTL telah diberikan oleh pihak universiti . 


Kepada pelajar universiti lain , mungkin akan diberikan kemudian atau anda perlu untuk mendaftar sendiri . 



Sekian . 







Friday, November 5, 2010

11 Cara yang Mampu Membuat Wanita Tersenyum


Selamat datang . 


Sebagaimana yang kita tahu , Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam untuk dilindungi dan disayangi . Jadi , 11 cara atau sikap di bawah mungkin dapat membuat hawa yang bergelar wanita tersenyum dan rasa disayangi .


1 . Katakan yang mereka cantik , tidak sampai sesaat pasti senyuman terukir di wajahnya . 


2 . Genggam tanganya ketika melihat sesuatu yang indah atau ketika melalui saat - saat yang manis bersama .


3 . Tinggalkan pesanan ringkas untuk dibaca nya ketika bangun pagi , cukup sekadar mengucapkan " Morning " dan hari - harinya akan menjadi indah berseri .


4 . Kenalkan dirinya sebagai teman istimewa kepada rakan - rakan anda .


5 . Buat dirinya ketawa dan gembira ketika bersama anda . 


6 . Apabila dia marah , cuba untuk senyum dan memujuknya .


7 . Pandang matanya dan hadiahkan satu senyuman yang indah .


8 .Ingat pada harijadinya dan berikan sesuatu sebagai tanda peringatan . Tidak perlu yang mahal cukup sekadar satu ingatan . 


9 . Hantarkan SMS apabila ada masa terluang dan dia tahu bahawa anda sedang mengingatinya . 


10 . Jika anda sayangkanya , jangan malu untuk tunjukkanya . 


11 . Bersikap matang dalam melakukan segala perkara dan jangan terburu - buru . 



Wanita dijadikan dari tulang rusuk  yang bengkok . Untuk menjaganya bukan dengan cara meluruskan tulang tersebut kerana ia akan tetap seperti kejadian asalnya tetapi cuba menjaganya dengan cara bersabar dan bimbing dirinya menggunakan 9 akal yang ada  . Apabila tulang yang bengkok itu cuba diluruskan dan anda harap ianya berjaya maka anda sebenarnya berharap untuk mematahkanya .








P/s : Tips yang disediakan mungkin lebih sesuai sekiranya anda sudah berumahtangga . 



Penulis jemputan ,
Nor Atiqah Abbas , Sarjana Muda Pendidikan , Universiti Malaya .





Wednesday, November 3, 2010

Muka Cantik Tapi Keji






Selamat datang . 



Macam biasa , sekarang memang blog ini jarang diupdate . Hanya apabila terdapat sesuatu untuk diutarakan atau diselatankan baru aku akan menulis . Benda yang ingin aku persoalkan hari ini mungkin mengundang spekulasi liar dan mungkin sesetengah orang akan turut menafikanya . Tapi inilah hakikat di mana ianya sesuatu yang pahit tapi harus kita telan jua .


Seorang gadis . Perwatakan menarik , sekali pandang rasa macam tak percaya dia seorang yang horny


Kalau melihat pada status yang diupdate penuh dengan unsur - unsur keagamaan dan kalau kau sempat melawat ke blog nya , terdapat berbagai cerita yang penuh dengan penyesalan terhadap dosa - dosanya siap dengan sisipan hadis lagi . Kadang - kadang siap dengan avatarnya lagi berimej gadis bertudung labuh . 


Tapi , apa yang aku nak cakap , semua tu dasar lakonan semata - mata . Jenis - jenis gadis macam ni aku boleh kategorikan sebagai cabang dua iaitu depan lain , belakang lain . Jenis manusia bertopeng dua muka .


**************

Mungkin nanti ada yang cakap manusia memang begitu , asalkan dia tak ganggu hidup kau sudahlah . Tapi , kalau diberi peluang kau orang berhadapan denganya , apa yang kau rasa ? 


Aku menulis sebab aku merasa jelek dan meluat dengan perangai orang sebegini . Terus terang , aku tak kisah kalau ada manusia jenis yang macam mane pun , kaki botol , kaki bohsia , Minah GRO dan lain - lain lagi . Sekurang - kurangnya , orang dah tahu itu diri kau berbanding dengan jenis gadis seperti ini yang jenis pandai berlakon semata - mata . Senang cerita , hipokrit lah .



Kata orang , jangan pandang keburukan tapi lihat pada kebaikan . Ya , aku faham , tapi perasaan meluat dengan lakonan semata - mata macam mana ? 


Jadi , konklusi secara rawaknya . Rata - rata manusia tidak kisah akan peribadi seseorang itu tetapi jika peribadi yang ditunjukkan hanyalah lakonan semata - mata bersiap - sedialah kau untuk dikeji .








Anda Mungkin Meminati Juga