Friday, December 31, 2010

2010 | Setiap Tahun Ada Cabarannya





Sekejap bukan . 

Tahun demi tahun berlalu . Macam - macam perkara berlaku dan telah kita lalui sehingga kita mampu berdiri hingga ke saat ini . Ada yang manis dan ada juga yang pahit , tapi hidup memang begini , yang pahit mengajar dan yang manis penyegar , satukan semuanya dan jadikan sebagai pembakar .


Mungkin ada yang kata , apa guna memasang niat ketika melangkau ke tahun baru sedangkan niat dan azam yang lepas masih belum tertunai dan terlaksana . Jika anda berfikir begitu maka anda silap . Niat dan azam sebenarnya penting dalam diri setiap manusia kerana niat dan azam di dalam hati andalah yang akan membantu minda separuh sedar ( subconcius mind ) mencari segala jawapan dan menuju ke arah impian yang anda niatkan . 


Jika disimpulkan segala kejadian yang berlaku sepanjang 2010 ini , ternyata terlalu banyak untuk diceritakan , jadi simpan dan jadikan ia satu kenangan yang bakal memandu diri anda ke tahun hadapan . Sepanjang tahun ini ( 2010 ) cuba imbas kembali , 


1 . Berapa banyak azam anda telah terlaksana ?

2 . Berapa banyak peningkatan dalam diri anda ? baik ? buruk ?

3 . Berapa banyak kesilapan yang telah dilakukan ?

4. Berapa banyak keputusan yang telah diputuskan ? 


dan yang terakhir , 


5 . Berapa kali anda telah menipu diri anda sendiri ? 


Oh ya , 2010 tahun yang mungkin sukar untuk dilupakan , syukur kerana di zaman teknologi sebegini terdapat blog yang boleh dikatakan diari maya dan membenarkan anda menulis persepsi , cerita dan memori anda di dalamnya . Mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi sebuah benda yang berguna dan diperlukan pada masa hadapan . 


**********


Hidup di atas dunia memang dikelilingi pelbagai ragam manusia dan mungkin ada diantaranya anda suka atau tidak . Semua orang pun pernah melalui saat begini . Kadangkala memang menimbulkan perasaan benci dan membuatkan anda ingin bersuara , tetapi tidak perlulah sampai teguran itu membuatkan seolah - olah anda ingin mereka jadi seperti anda dan berfikir cara anda . Jika begitu , hilanglah keunikan manusia . Apa yang perlu jika anda betul , teruskan dan jika mereka menyanggah buktikan pada mereka . 


Untuk penutup tirai 2010 ini , segala kesilapan mungkin masih belum sempat aku perbetulkan dan masih banyak perlu dibaiki dalam diri . Lambat atau cepat bukanlah menjadi kuncinya , tetapi usaha anda menjadi taruhanya . Semoga tahun baru yang akan datang menjadikan diri anda lebih baik dan menuju ke arah yan glebih dewasa . 


 " Sedalam mana pun anda jatuh tidak penting , tetapi setinggi mana anda bangkit perlu difikir 


Sekian dan selamat datang 2011 . 






Anda Mungkin Meminati Juga