Saturday, February 6, 2010

INI BLOG GANAS DAN KEJAM .

ok , tajuk memang sengaja direka . Malam ni rokok aku habis dan aku malas pergi kedai .


petang tadi melawat seorang kawan lama semasa di mrsm taiping dulu bersama si gadis . Jangan salah faham , beliau bukan salah seorang geng mamak yang mengganas . ini berikutan keberangkatan beliau ke australia untuk meneruskan pengajian . Ahahaha , sesungguhnya aku sangat tak puas hati ok sebab aku hanya belajar di sini . ahahaha . untuk kau dowl , all the best lah , dah kaya jangan lupa aku . 


moral nya disini :

secara jujurnya aku memang sudah lama tidak menghubungi beliau tetapi atas dasar persahabatan dan aku sentiasa berpegang pada satu etika , sekali berkawan selamanya berkawan dan kenapa ada sesetengah manusia yang selalu runsing jika rakan yang ada tidak menghubungi anda dan menganggap itu bukanlah rakan sejati, oh , come on la . kita hidup di atas dunia harus menjadi pelakon nya sendiri . Haruslah ada sifat berdikari . orait .






ok , saja aku tayang komen dari abang GTO kita berkaitan post aku semalam tentang isu lelaki merajuk . eh , aku tak kuat merajuk ok . ahahaha . jangan salah faham , itu berkaitan kisah kawan aku dan dia mintak aku buat sedikit ulasan . tapi bukan ulasan yang aku bagi tetapi lebih kepada bentuk kutukan . ahahaha .


jadi selamat berjumpa esok di the mines .


p/s : teringin nak berjalan ke overseas . ahahaha .


ISU | KAU LELAKI KUAT MERAJUK


ok , selamat datang sayang . Kau lelaki tapi kau kuat merajuk . ok , kau boleh terus baca kalau terkena tepat pada batang hidung kau sendiri . oh , lelaki kuat merajuk , patutkah ? 


merajuk banyak kategorinya . Ada merajuk manje dan merajuk mengada . ahahaha . Aku jenis yang merajuk manja , ahahaha . Ok , lupakan . Bukan mahu menceritakan kisah aku merajuk tetapi menyentuh isu lelaki kuat merajuk .


kalau kau orang jumpa jenis yang sebegini baik cepat - cepat lari sebab kau mungkin akan terasa serba sedikit annoying ok . aku ulang , baik cepat - cepat lari . selalu aku jumpa yang jenis merajuk sesama lelaki , w*** t** f*** ok . sama lelaki mahu merajuk , bukan kah geli . Kalau kau mahu terasa hati . Ok , aku faham , mungkin kau orang yang jenis yang cepat tersentuh hati. 







come on la , kau mahu jadi seperti saiful ke isu lelaki sama lelaki dan kau mahukan pujukan serta perhatian . even kalau cik zuhidayati merajuk sekali pun aku tidak akan pujuk ok , inikan insan bernama lelaki . Maaf cik zuhidayati , aku kehabisan ayat untuk memujuk kau . ahahaha .


secara jujur dari pandangan peribadi aku , kalau bernama lelaki tapi kau kuat merajuk tak usahlah menjadi lelaki . biarlah kau katakan hati kau berjiwa taman dan kumbang sebagainya , itu bukan alasan ok .


Mungkin kalau pada perempuan cara mereka bergurau senda cubit - mencubiti dan berlaga pipi sebagai tanda kemesraan diri tapi bagi lelaki setakat tumbuk dan berlaga kaki seakan satu cara perkenalan diri . Tapi tidak lah sampai membawa pergaduhan sesama sendiri ok . Perlukah lelaki juga berlaga pipi sesama sendiri ? oh , kalau kau mahu silakan . Tapi bukan dengan aku , kau carilah insan yang lebih mengerti.


Aku menulis kerana atas permintaan rakan aku mengulas tentang isu lelaki merajuk berdasarkan kisahnya . Ok , tutup dan cukup sampai di sini . Risau nanti orang kata aku minat pada lelaki . ahahaha , kepada para - para gadis yang membaca , aku masih lelaki sejati ok ,  kau orang boleh terus datang ke blog ini .


sebagai penutup entri, kalau kau lelaki , kau fikirlah sendiri ok . kalau kau perempuan baik kau cabut lari . ahahaha .


p/s : merajuk manja sesama kekasih hati dibenarkan disini , ahahaha .

Anda Mungkin Meminati Juga