Selamat datang .
Sebagaimana yang kita tahu , Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam untuk dilindungi dan disayangi . Jadi , 11 cara atau sikap di bawah mungkin dapat membuat hawa yang bergelar wanita tersenyum dan rasa disayangi .
1 . Katakan yang mereka cantik , tidak sampai sesaat pasti senyuman terukir di wajahnya .
2 . Genggam tanganya ketika melihat sesuatu yang indah atau ketika melalui saat - saat yang manis bersama .
3 . Tinggalkan pesanan ringkas untuk dibaca nya ketika bangun pagi , cukup sekadar mengucapkan " Morning " dan hari - harinya akan menjadi indah berseri .
4 . Kenalkan dirinya sebagai teman istimewa kepada rakan - rakan anda .
5 . Buat dirinya ketawa dan gembira ketika bersama anda .
6 . Apabila dia marah , cuba untuk senyum dan memujuknya .
7 . Pandang matanya dan hadiahkan satu senyuman yang indah .
8 .Ingat pada harijadinya dan berikan sesuatu sebagai tanda peringatan . Tidak perlu yang mahal cukup sekadar satu ingatan .
9 . Hantarkan SMS apabila ada masa terluang dan dia tahu bahawa anda sedang mengingatinya .
10 . Jika anda sayangkanya , jangan malu untuk tunjukkanya .
11 . Bersikap matang dalam melakukan segala perkara dan jangan terburu - buru .
Wanita dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok . Untuk menjaganya bukan dengan cara meluruskan tulang tersebut kerana ia akan tetap seperti kejadian asalnya tetapi cuba menjaganya dengan cara bersabar dan bimbing dirinya menggunakan 9 akal yang ada . Apabila tulang yang bengkok itu cuba diluruskan dan anda harap ianya berjaya maka anda sebenarnya berharap untuk mematahkanya .
P/s : Tips yang disediakan mungkin lebih sesuai sekiranya anda sudah berumahtangga .
Penulis jemputan ,
Nor Atiqah Abbas , Sarjana Muda Pendidikan , Universiti Malaya .

