Wednesday, February 10, 2010

INI ENTRI TERPANJANG TENTANG BLOGGER GATHERING , TIADA LAGI ENTRI SEPANJANG INI TENTANG BLOGGER GATHERING . ( EPISODE 1 )



ya, ini merupakan entri paling panjang dan aku tidak tahu sepanjang mana ia akan pergi kerana aku menaip menggunakan jari kaki . kepada yang mengenali yuna mari aku kenalkan dengan kau orang adik dia iaitu RINA . berketinggian 165cm dan gemar memakai shawl seperti kakak nya . Cantik bukan , tapi malang nya beliau sudah berpunya . Jadi blogger yang hadir terpaksa mengusha gadis - gadis lain yang berada di sekitar mereka . Jadi aktiviti pertama pada hari itu adalah bermain bowling secara berirama diketuai oleh BEAN selaku pengerusi majlis .




pemenang bowling pada hari itu tidak dikira atas mata jatuhan pin tetapi dikira atas markah gaya bebas semasa bermain bowling . ahahahaha . walaupun KAK LILY dan big boss nya tiba lewat tetapi saingan yang diberikan agak sengit kerana mereka bermain bowling secara duet berirama gandingan mesra achik dan nana .










FATEHA mengungguli permainan pada hari itu sekaligus menjadi beliau pemain harapan blogger pada perjumpaan hari itu dengan kadar golekan bola 0.2 sesaat per pin .Kata FATEHA , "..bola perlu diayun secara teliti dan ayunan perlu sekata dengan hasrat hati.." . mungkin itu antara rahsia beliau yang kini masih menjadi misteri pada kami .


baiklah , jangan terkejut dengan pendedahan ini , tiada lagi gambar seperti ini dapat anda jumpai . Iaitu acara gaya kaki berkembar semasa bergambar . 






gaya ini telah dicipta dan diautomasi oleh EYRIQAZZ dan MELZ dan telah mendapat hak cipta daripada warisan ketuanan blogger yang hadir pada hari itu , awas ! sebarang peniruan gaya boleh dikenakan tindakan tatatertib blogger ok ! ahahaha .


tidak kurang juga yang cuba untuk bertanya kan tips - tips dari blogger tersohor seperti MELZROMEO pada hari itu .








oh , statement JARD hanya sebagai provokasi sahaja kerana beliau baru bermain bowling pertama kali katanya . ahahaha .


okayh . habis sudah episode 1 . seterusnya akan bersambung lagi dengan wajah - wajah blogger baru sayang . seterusnya akan disambung dengan wajah - wajah baru seperti 
CIK HEL , DAYDECK , ENY , KAK TASHA , BABY HEL ,YAN dan BOB . okaih ! 






SEKIAN EPISODE 1





p/s : pendek je bukan..ahaha..tajuk provok lebih .

Tuesday, February 9, 2010

INI BLOGGER PUNYA GATHERING .


ok , kepada semua yang pergi the mines semalam sila tinggalkan link kau orang disini untuk aku update ok . sebab aku tiada link semua semalam .

sila hebahkan pada yang lain untuk mereka tinggalkan link sekaligus dapat naikkan traffic aku . ahahaha .

untuk peghantaran gambar melalui mana - mana sahaja tidak kira di mana anda berada , anda boleh memilih cara - cara untuk dihantar :

skype : add ausmelankolik
ym : add ausmelankolik

atau anda boleh tinggalkan 

email :
link blog : ( WAJIB )

ok , aku tak sempat update lagi sebab kesuntukan masa . ahahaha .maaf semua .
gambar selebihnya ada pada daydeck . sila desak beliau secara ganas dan kasarnya untuk mempercepatkan proses anda mendapat gambar . hoohhoo .

p/s : gambar banyak tak cantik sebab camera aku mengalami gegaran nusantara . 

sekian .

Anda Mungkin Meminati Juga