Hai korang !
Semalam selesai satu sesi Big Gathering . Jadi hari ini terpaksa update entri . Yelah nanti kang apa pula kata orang , melihat aku sebegini , cakap punya la rajin tapi nak taip entri malas nak mati . Air muka kena la jaga juga semenjak dah bergambar dengan Rina Salleh dan Cikepal .
Masa ni aku dah nak balik , tapi atas desakan Cikepal dan Rina Salleh untuk bergambar aku turutkan juga , yelah , nanti apa pula kata mereka berdua , first impression kena jaga . Dari gambar yang diambil , rasanya keserasian gaya antara aku dan Cikepal terserlah , jelas kelihatan disitu . Haha .
Semalam aku sampai lambat , rupanya diorang ada buat sesi bacaan doa , ucapan manifesto dan berbalas pantun pada mulanya . Tidak mengapa , muncul lambat baru misteri sikit . kah kah kah .
Macam biasa , target aku pergi gath adalah mencari jodoh . Semalam rambang mata jugak untuk memilih tapi tidak mengapa , aku tekun memerhati satu - persatu , takut kalau - kalau terlepas point penting memilih pasangan sehidup semati ni . Tengok saja gambar kat atas . Tapi yang kiri sekali tu Cik Hel , maaf aku dah reject awal - awal atas sebab sebab tertentu . kih kih kih .
Tak lupa juga gambar ni , dua - dua menggoda dan menghairahakan , nyumnyum !
Ini Phreak-id , aku syak dia sudah berbini tapi semalam cuba menegaskan bahawa dia masih bergerak solo .
Sedikit nota untuk Mrs.Phreak-id ,
" Akak , kalau akak baca post ni , semalam laki akak cuba kata yang beliau masih muda remaja kak , gadis - gadis ada yang hampir tergoda kak , saya cadangkan akak turut serta dalam gath yang akan datang bagi mengawal tingkah lakunya kak "
************
Aku harap tiada yang tertipu dengan gambar ini . Walaupun anda nampak chearm khusyuk membaca komik , tetapi hakikat sebenarnya beliau ada agenda sendiri . Berbekalkan sebuah komik dan cermin mata hitam , matanya melirik ke gadis di hadapan . Aku tak pasti siapa , tapi aku dapat agak siapa orangnya .
Haa , sekian dulu untuk hari ni , dah cakap BIG gathering , tak kan nak muat dalam satu entri je . kah kah kah





