Selamat datang . Hari ini ahad . Macam biasa kita bual mesra ataupun dikenali sebagai bebelan hari ahad . Di sini kami menyajikan anda bebelen percuma dan tidak ada di jual hatta di kedai cik salamah mahupun cik rogayah . Hanya di sini .
Tajuk bebelan kita hari ini adalah bermuka dua . Aku tak pasti bentuk nya macam mana , mungkin sebelah cerah dan sebelah gelap . Tapi itu bukan bermuka dua tetapi digelar muka dua warna . Hahahahahak .
Ok , tak usahlah mahu berpura - pura . Kalau kau jenis yang suka menerima tidak perlu mengatakan sebalik nya . Tidak perlu lah berlakon konon - konon kau jenis yang suka memberi segalanya semata - mata untuk kebaikan walhal kau jenis yang suka menerima pemberian untuk kesenangan . Tidak perlu berbual panjang membuang air liur dan menimbulkan sangsi , katakan sahaja dan tak perlu berdolak - dalik .
Kalau sudah biasa bersikap begitu , apa yang hendak sembunyikan lagi , kau bagitahu . Mudah saja kerja jadinya , tak perlu aku terus - terus memerah otak berfikir dari segala aspek untuk menilai kemampuan diri kau . Tak perlu kau berterusan memakai topeng menyembunyikan segalanya dan apabila terbongkar , topeng entah hilang ke mana , ke laut agaknya . Hahahahak .
Tapi biasalah , dalam dunia siapa yang mahu mengaku keburukan , macam contohnya . Sang wanita si pisau cukur takkan lah mahu mengaku pada lelaki yang cuba mendekatinya dan mengaku bahawa beliau gadis si pisau cukur dan lelaki pula megah mengaku pada wanita pilihan hati bahawa beliau sebenarnya hanya bercinta untuk sementara . Ada ke ? kalau ada aku mahu tengok serta . Hahahahak .
Biarlah macam mana terjadi , hidup di atas dunia ini kau kena pandai menilai diri seseorang bukan dari luaran dan percakapan tetapi daripada perbuatan . Ya , bukan wajah membuktikan segalanya dan bukan kata - kata penentu segalanya tetapi tindakan yang mencerminkan jiwa .
Ini 6 muka , bagus untuk kesihatan . Hahahahak .
Sekian .
28 comments:
aku mata duitan. Aku bermuke2 juga ke? oppps! =)
susah bha mo jadi jujur.
hahaks. tapi talam bilet
dua-dua putih..
susah nak recognize mana satu dpan mana satu belakang. hik2
berseri seri dowh muka tu.
ke bermuka muka jugak?
oloh comelnye!!!
cam kembar
(kuih talam muka pon spesis muka2 gak kew?)
ngahahahha
hemmm..skrg memang byk yang talam 2 muka..talam keladilah..talam keledek, talam ubi..ehhh sorry merepek meraban..
uihhh...apsal mesti topeng ilang ke laut?hehe. kat sungai pun boleh ;p
tak suka talam dua muka. tak suka orang tak tunai kan janji .
tak suka orang yang bajet bagus pastu mengata orang lain. HAHAHA.
aku muka kacak
camane lak tu aus
erk888
hm bukan senang nak kenal hati budi orang.
len lah kalau kat muka tu ade tulis aku si penipu besar! tahu makan duit org je.
takpon aku si perogol bersiri.
hah kan senang!
aus-betol ka under label ni???
kekdahnyew?haha
Labels: hipokrit, pisau cukur, polis penipu, talam dua muka
aku paling suke kuih talam dan seri muke...hehehe
kuih talam nenek aku buat sedap. ko nk order tak? hahahaa..
*woi! nama cik rogayah tu, buat aku terasa kejap. ko sebut nama mak aku. wahahaha! xD
apahal lu tetiba emo plak ni???hak3...lu bikin gua panas je la...hak3...
apekah enam muke? haha
talam dua muke yer, no komen. huhuuu
kdg2 ada org bertindak dgn cara lain tp hati nya berkata lain... ;)
ada org tu memeng spesies talam dua muka. ada jugak yg jadi macam tu utk jaga kedua belah pihak. EH ada ke?? ntah, aku pun x tahu HAHA
benci~
@aus - rileks, org talam 2 muka ni xleh pegi jauh
@cik epal - paling kanan adalah aus
dua muka?gerek syh!!hihi
kalu ada 2 muka mesti dah kayo aku nie hahaaa
ala..aus senang kenal..sebelah NARA tu..
ko kata 6..tp mummy nampak ada 7 muker.. salah kira ker?? muahaha...
dh g buka math balik......
Sumijelly.com
memakai topeng?
terasa dowh!
hakhahahaha :))
ehh..muka aku ada...dahla warna lain..sah yangtu paling hensem..hak3..
talam keladi..sedap gak mencekiknye
talam 3 muka x de ke, ble lawan kayu tiga.
semuanya blogger2 yg hebat ke dlm pic tu??
@cik EPAL
kanan sekali kot cik epal . hahahak
@deus X machina
cam lahanat la jawabnya . hahahak .
Post a Comment