Pertama , ini post yang ke - 100 kalinya . Izinkan aku berbicara tentang cinta . Aku juga mahu bermain hati sekali - sekala . Kalau sudi boleh baca , kalau tidak pun tidak mengapa kerana ini adalah entri personal agar aku cuba memperbaiki diri yang sedia ada .
5 tahun berlalu tidak terasa lama apabila bersama kerana masa yang ada diguna , dihabis dan dihitung seakan masa terbahagi kepada dua jiwa insan yang bercinta . Mungkin banyak onak dan cabaran telah dilalui semasa perjalanan menuju ke arah bahagia tetapi dengan sedikit kesabaran dan ketabahan segala onak dapat dipatahkan .
Lelaki dan wanita banyak bezanya tetapi perbezaan sering menjadi ungkitan antara dua jiwa , mengapa ? sedangkan perbezaanlah yang melengkapkan antara dua jiwa . Jika dua jiwa mempunyai isi yang sama apalah ertinya cinta . Tiada yang dapat memnuhi dan dipenuhi antara ruang - ruang yang ada .
Jika si lelaki mahukan begini , wanita pula mahukan begitu . Bukan kah lebih baik cuba menerima seadanya . Aku mengaku ia agak sukar dan aku sedang cuba mengapplikasikanya . Kalau satu jiwa saja yang berusaha maka hampa hasilnya tetapi jika dua jiwa yang bergabung dan cuba menyelami ternyata ia adalah sesuatu yang amat mudah untuk diadaptasi .
Sebenarnya , malang bagi wanita yang mendapatkan aku kerana aku sedikit pun tidak pandai untuk berkata - kata dan aku hanya pandai mentertawa , bergurau senda dan sedikit pun tidak pernah cuba menyelami hati dan jiwa mereka yang menghargai aku seadanya . Aku tidak pandai untuk bersikap serius , yang aku tahu aku hanya pandai tersenyum biar pun masalah yang melanda sebesar mana sekalipun .
Mungkin ciri - ciri di atas sedikit pun tidak dapat menarik perhatian si gadis yang ada , tapi aku mempunyai satu prinsip yang aku beri " bercinta biar sepenuh hati " . Kadangkala , satu kesalahan dilihat lebih besar dari 1000 kebaikan yang ada kerana apa ? kerana kesalahan se akan suatu kontra yang mana warnanya jelas kelihatan di antara permata . Aku mengerti dan aku fahami .
Kita sering tergoda dengan kecantikan dunia tetapi tidak sedar kecantikan yang lahir dari hati adalah sebaiknya . Kerana kecantikan hati ini tidak dapat dilihat secara mata kasar tetapi ianya perlu diselami dan perlu untuk kau fahami . Jika kau gagal dalam mencari , maka buruk yang akan kau temui .
Jika bercinta , kau tidak harus mempersoalkan apa yang si dia memberi tetapi kau harus tanyakan sejauh mana kau menerima sikapnya yang sedia ada . Jujurnya , aku tidak pandai berbicara , bukan romantik orangnya , bukan jenis yang menjaga hati tetapi aku sudi menerima . Aku menerima tanpa sebab . Jika menerima dengan sebab maka terdapatlah juga sebab untuk kau menolaknya . Akhir sekali , aku masih mencintai . sekian .
p/s : tiba - tiba macam jiwang gila . Hahahak .
44 comments:
warh !
wahhh.
speechless!!tapi dah tengok dlm facebook..
aus,,kalau ko tak cakap pon aku leh teke kau org yang macammane..n dats u r,
doakan yang baik2 untuk ko!haip!
hahahaa
tak pandai kata kata?...huuuu pengunaan ayat yang power tu
hehe.. patut ar ko nak kawen awal.. ku doakan moga panjang jodoh.. amin
wahh. aus ke ni?? haha
aku gelak besar masa baca entry ni
ko sangat jiwangggggggggg !
susahnya mau cari laki buat entri utk gf................. haishh. den jugak tenanti2
da lama eny perasan kat FB :D
sweet sgt :D
words of love~smg berbahagia..:)
.curang dgn eny ehh ;p
woooooooo.
=.=
phewit..ahaha=)
orang tak pandai cakap
dia pandai buat
i mean cinta tu dia tunjuk dengan perbuatan dan kesungguhan
bukan kata2
kata2 copy paste pun bolehhh
haha
fuh!bergenang air mata aku bace entri ni..jiwang gile aus!haahaha..
.same mcm hairi
.slalu maen3, x pena nk serius
.klu entry jiwang2 dlm blog die tu pun sbb kite majuk dgn die
.klu x, jgn harap lah =.="
.tp suke lah lelaki mcm korang
.jarang lafaz tp cinta tu masih ada
.tu yg best
.busan lah klu stiap hari ckp bnde yg same
.heee untung gf aus
.kem salam die, ckp die, die SGT CANTIK!
.tibe2 nk jd kan die idola kite sbb die pakai tudung cntik
.kite ni amatur lagi T____T
.eh pnjang plak komen
.hahaha
.nanyte~~
.bai! :)
.same mcm hairi
.slalu maen3, x pena nk serius
.klu entry jiwang2 dlm blog die tu pun sbb kite majuk dgn die
.klu x, jgn harap lah =.="
.tp suke lah lelaki mcm korang
.jarang lafaz tp cinta tu masih ada
.tu yg best
.busan lah klu stiap hari ckp bnde yg same
.heee untung gf aus
.kem salam die, ckp die, die SGT CANTIK!
.tibe2 nk jd kan die idola kite sbb die pakai tudung cntik
.kite ni amatur lagi T____T
.eh pnjang plak komen
.hahaha
.nanyte~~
.bai! :)
salam buat tuan umah...
memang entri kali betul-betul cintan abis...nada melankolik....tambah dengan unsur pesonafikasi...cair gitu
aus sgt romantik..mcm ni la adik i;D adik ipaq pon chumels;)
bila auss mulaa berjiwang.....lalalallala....
aus ajar aku letak lagu macam zack zukhairi pastu ajar aku berkata2 macam kau ni..siot tak nak ngaku..power mengayat padahal kau ni..aiyaa..hahhaha
PERGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHH
MY beP prenz..hahhahahaha
aku rase aku dah jatuh cintan lah ngn lu mat..gagaggagagagga..perghhhh
sejak biler kawan aku kembali jiwang seperti zaman sekolah menengah nie..hahhahaha ape2 pon all da best 4 u Firdaus N IDA
@ Cik Hel
mekasih lol .
@ Indra
hahahak , bila lak .
@ Jard
amin .
@ Eny
thnx
@ Laila
hahaha , kau la ek slalu buat , kantoi
@ shima
nak tisu ke ??
@ Intan
sukati kau la..haha , kau jgn asik merajuk
@ Pak long
haa,pak long cair ke ? habisla . hahahak
@ Sendra
cet , aku main bubuh je ayat2 tu
@ Areeb
terharu aku kau komen , hhahak .
x de salah pun nak berjiwang nak lepaskan rindu utk si dia heehe
inilah aus yang sebenarnya...korang semua dah nampakkan bukan aku yang saja2 berkata tapi bukti depan mata...chewaaaahhh berpantun pulak
tak pandai berkata2? booo.. kau hebat kot!! tipu gile. haha
aus,ko jgn sedeh ea,aku kan ade...hahaha
tangkap jiwang la pulak hehheh
ceh! x pandai berkata-kata la konon? tu ayat entri tu apa? melayang jiwa aku membaca nya hehhh.. :D
such a nice entry...nanti blh lah buat cerita berepisod plakk kan
pergh! hebat! (tepuk2 tgn kuat2)
tak sangke! sungguh jiwe nye beliau..dgn lagu yg romantika..hebat! :)
dik, gf kau comel :) suka entry ni, siap dgn background music. feeling!
kata tak pandai berkata-kata....pandai jer...hehe
Sertai Contest Aku & Kancilbiru
aus mmg jiwang la siot....~~~
weyh,dtg lepak upm weekend ni...
ak ade masum 7s kt sane..
tp ak tido ukm...
meh dtg blanje ak...
hahaha
jika dia untukmu, pasti suatu hari dia akan datang padamu
sabaq aus.
penantian memang suatu siksa
owh cinta~dimanakh cinta?
maseh ade cinta utku lagi kew?ak ttp akn bsabar~mnanti kehadiran cinta~hik3~da lm xbjiwang cmne~sejak bstatus single~hahahhaa
wahaha...Bahasa yg cantik, mcm baca sajak pulak
wow!sudah pandai bermain cinta, sudah pandai berkata2!..chewahh!haha :D
gilalah lu. macam dr cinta.
semuga berbahgia!
TO ALL
TERIMA KASIH KRN KOMEN .
AKU TERIMA SEMUA KATA - KATA ok !!
muaaah..hahah...
Amboi...... ^_^
sedap lagu tuh.;)
sesuai dengan entrylahh
terjiwang sekalik.lalalala :P
erkkk.. tk sangka ko sejiwang nih.. heheee.. all the best.
aku suka lagu tue... eheee
ok , thnx !
fuiyoh, ko ke ni bro?
Post a Comment