Hai .
Mahu ucap selamat pagi suasana masih gelap lagi . Tadi elok - elok sudah baring , bantal tu aku tepok - tepok sikit , katil aku kibas , baring dan tarik selimut bersedia untuk tidur ada orang call pulak . Ingatkan gadis manis menelifon ke mari tapi hampa kerana dia seorang lelaki . Langsung potong mood nak tidur .
Minggu ni tidak bekerja , jadi sebelum tidur mesti aku teringat perangai - perangai pelik customer yang datang seperti manusia grass jelly dulu . Tapi kali ni ceritanya mungkin boleh dikategori sebagai pelikss .
Macam biasa , customer masuk aku akan kata
" welcome "
Lepas tu tunjukkan meja yang bersih dan selesa untuk mereka duduk . Tapi kali ni yang datang adalah sebuah keluarga boleh dikategorikan agak besar juga . Jadi aku suggest meja hujung yang panjang muat - muat untuk mereka semua .
Si bapa mengambil tempat hujung sekali , berbaju t - shirt dan bertuck - in duduk di sebelah anaknya . Si ibu pula berbaju pink sambil menggalas beg tangan merah besar di sisi duduk bertentangan dengan suami . Siap duduk , aku letak menu .
Nampak sudah ready aku datang untuk ambil order . Macam biasa , aku akan suggest family set kerana jimat dan memudahkan kerja aku nanti , hahahahak . Ya , saya seorang waiter yang malas .
Tiba - tiba si ibu bertanya ,
" Ni set untuk berapa orang ? "
Aku jawabla " Yang ni untuk 4 orang , kalau untuk 6 orang yang set bawah tu kak "
Sambung si ibu " Ni , kalau tambah nasi kosong , berapa ? "
Macam biasa , bagi seorang yang malas macam aku , aku hanya gerakkan jari tunjuk pada harga tertera .
Lepas saja aku tunjuk tadi aku ternampak sesuatu . Rupa - rupanya di sebalik beg tangan merah si ibu tersembunyi sebijik kalkulator , hahahahha . Sambil dia tanya tadi dalam masa yang sama tangan di bawah turut cekap menekan kalkulator .
Kah !! kah !! kah !!
Disebabkan aku sentiasa berfikiran positif , aku mengandaikan ini jenis keluarga ekonomi . Jenis - jenis orang macam ni , kau orang tak boleh tipu . Sebelum kau key in order , dia dah tahu total kena bayar berapa . Jangan harap kau dapat kencing dia . Kalau kau terpaksa bundarkan nilai sen terhampir 94 sen kepada 95 sen pun dia boleh pertikaikan . Hahahahak .
Kadang - kadang , rasa geli hati pun ada bila teringat balik tetapi kalau itu cara hidup diorang apa boleh kau kata . Ikut kan sahaja .
Tapi bagi aku , untuk makan satu keluarga beramai - ramai untuk sekali - sekala berhabis pun tidak mengapa asalkan pembaziran yang dilakukan bermakna .
Sekian kisah kalkulator .
14 comments:
aku pun nak bawak calculator la
OOooo... bagos tuu... brjumat chermat... >_<
org yang bajet dalam perbelanjaan. bagus ni.
boleh dijadikan teladan =p
wahhh
bagus ah makcik tu
hohoho
aus oii.. xbek ooo gelakkan org.. tp aku pun nk tgelak la jgk... hehe
aku kalo jumpe makcik tu sure aku puji, sbb slama ni pun aku ade jgk try bwk calculator masuk mall.. tp xleh, malu pun ade.. hehe.. org mcm ni sure xboros punye, sbb nmpk duit keluar mcm air...
manfaatkn sebaiknye..
aku plak..
kalau suami aku yg bayar takyah la nak kira² nie..
tapi kalau turn aku kena bayar..xde la smpai aku nk bwk calculator bagai. guna hp sudeyy... buat2 macam nak taip msg kat org..padahal tengah kira2 bajet :P
pstt aku penah rasa tmpat kat makcik tu. yes, aku perempuan yg sgt bajet! sekian
memang berhemah betul.
hahaha.
bagus makcik tu.
bajet itu penting weyh.
zaman ini semua nak guna duit.
haihh.
bajet 2010 la tu.. family aku pon berjimat jugak, tapi bapak aku xberkira pasal makan.. kena pandai jaga kewangan baru ekonomi stabil. haha
matjoe kira jugak. tapi pakai kuasa minda
hahaha..first time dengar!
agak2 la..kire pakai kalkulator hp kan takpe..;p
biasa aku bawa calculator bila pergi tesco jer. hihi..nak bajet.
tapi kalau ke kedai makan..dashat jugak. kedai makan yang ada tax tu camne? haha...dia kena kira dgn tax dan service charge skali.
akak pun biasa dah calculate harga barang time nak g shopping...tanya Cik Norfa dia yang selalu tolong kira guna hp dia...takut terlebih budget...sape nak bayar...bukan Cik Norfa pun..
Post a Comment