Sunday, August 29, 2010

Hidup Pakai Sapu

Selamat pagi . 


Kegiatan mengepost video berkaitan islamic semakin rancak di facebook sepanjang bulan ramadhan ini . Kadang - kadang ada nampak macam satu pertandingan siapa post video paling islamic bulan ni . Mungkin ada ganjaran yang menanti dari Mark Zuckenberg kot .


Tapi sayang ,


Bak kata orang , dapat saja terus sapu . Bila orang cakap salah ,  jawapan yang dibagi cukup mudah , 


" Yeke ? ni I dapat info saja . Cuma share . "


Banyak la kau punya share . Lagi bikin provok ada la .


Contoh paling afdal ialah Malaikat Turun ke Kaabah . Ada yang siap percaya tak kurang jugak yang bertekak . Banyak juga blog - blog yang post pasal ni . Biasala , tips merembat " T " . Ada jugak yang aku tengok rasa was - was . 


Dah setel satu masalah , datang pulak pasal Lady Gaga Agen Illuminati . 


Bab boikot memang laju , sederas sungai mengalir . 


Tapi boikot ? 


Ada ke orang suruh kau minat ? Takde siapa pun yang paksa kau tengok dia . Kau sendiri buat pilihan sekarang . 


Kira point utama aku hari ini


Sepanjang  bulan ramadhan ni ramai yang cuba berubah ke arah kebaikan tetapi terlalu drastik . Akibat terlalu drastik , hati kau tak kan dapat terima perubahan seiring dengan minda kau . Jadi aku rasa sia - sia . 


Tips untuk berubah bukan datang dari minda tetapi hati . Bila hati kau dah tetapkan nak macam mana baru minda bergerak mencari jalannya . 



Sekian .





Wednesday, August 25, 2010

Atasi Rasa Mengantuk

Zzzzz .


Ya , itu bunyi dengkuran tanpa rasa sangsi lagi . 


Hari - hari yang dilalui sekarang ini semakin hambar . Pagi mengantuk , tengahari mengantuk , petang mengantuk bak kata pepatah " kalau tak mengantuk sesaat tak sah " , tak afdal rasanya sehingga membuatkan kelas - kelas terabai apatah lagi di bulan puasa .


Sekarang katil menjadi pilihan utama setiap kali tiba di bilik dan seperti tidak boleh dipisahkan lagi . Memilih katil daripada kelas memang bahgia tetapi memilih kelas adalah lebih sempurna . Mungkin ini yang dikatakan kebahagian dalam perpisahan .


Ada siapa - siapa ada tips hilangkan mengantuk dan membuatkan aku bahagia dalam perpisahan bersama katil ?





Monday, August 23, 2010

Bukan Cinta Suci

Selamat datang . 


Punca lama tak update blog adalah kerana kesesakan dunia blog yang semakin hambar . Ramai yang menulis untuk aim yang tinggi dan bukan sebagai terapi . Mekasih .


Kalau tak ada apa rasanya esok akan melawat bean moreno , ada siapa - siapa yang mahu follow ? Boleh la kita berjemaah ke HUKM . Mungkin rasa nikmat lawatan itu nanti lebih menyengat sanubari . Kalau ada yang tahu masak lauk kegemarannya sila lah bawak sekali sekaligus kita dapat berbuka di sana dan menjimatkan kos secara tidak langsung .


Hari - hari kini semakin sibuk selain tidur lebih masa , menonton tv juga menjadi satu agenda utama . Kekerapan membeli DVD dan mendownload movie semakin rancak dari hari ke hari . 


Sekian .






Sunday, August 22, 2010

Masih Ingat Pada Bean Moreno ?

Salam ramadhan . 



Masih ingat pada Bean Moreno ?




Sekadar menyampaikan berita , Bean sekarang berada di HUKM atas sebab masalah kesihatan iaitu paru - paru berair


Para bloggers ada mencadangkan satu lawatan muhibah bagi memberikan bean semangat agar bean dapat mengukir kembali satu senyuman dan kembali sihat seperti dulu . 


Kepada sesiapa yang ada cadangan sila berikan di ruangan komen . Sekian .


Cadangan 1


Hari : Selasa 
Tarikh : 24 August 2010
Masa : Selepas waktu kerja .


Ada cadangan lain sila nyatakan . Mungkin ada yang ingin menyewa satu bas , hahahahak . Boleh dikemukakan .




Anda Mungkin Meminati Juga