Salam jumaat .
Lama jugak rasa tak update blog ni , biarlah sebab aku cuba untuk melupakan perasaan sayang pada blog daripada menjadi hamba traffik semata - mata , kah !! kah !! kah !! . Ini bukan tazkirah , sebab aku rasakan perkataan tazkirah adalah sesuai untuk sesuatu perkara berbentuk keagamaan dan aku gantikan dengan kisah jumaat .
Hari ni bercerita tentang Hulurkan Bantuan bukan Jelingan dan maknanya adalah sama atau mungkin lebih kurang begini , buat baik dibalas baik , buat jahat dibalas jahat . Pernah sekali aku mengalami situasi di mana aku lupa menutup lampu kereta semasa parking dan apa yang terjadi macam kau orang semua tahu iaitu menyebabkan bateri ' kong ' dan kereta tidak boleh dihidupkan . Bayangkan , masa tu hampir tengah malam dan kau berada di basement parking B2 . Siapa yang ada melainkan Pak Guard Indonesia yang pura - pura rajin buat kerja tapi bukan semua sebab ada juga yang betul - betul gigih melakukan tugas yang diberi .
Semasa kejadian , aku cuba lah menahan kereta dan orang yang lalu - lalang dengan tujuan untuk meminjam ' jumper ' iaitu alat pengecas bateri dari bateri kereta lain ke kereta lain tetapi hampa , ada yang ingin membantu tetapi tidak dapat berbuat apa - apa dan ada yang mengendahkan sshaja . Aku cuba pula bertanya pada Pak Guard yang bertugas kalau - kalau dia boleh membantu tetapi dari perbualan berbunyi seperti hampa :
Pak Guard A : Wiski 7 , Wiski 7 , kalau boleh dapatkan kereta kancil peronda dan jumper .
Pak Guard B : Wiski 7 , Wiski 1 , kalau nak cari kawan sendiri bawak jumper , takde kereta kancil nak pergi .
Ok , malas nak cakap banyak , aku terus blah dan kebetulan ada seorang lelaki aku anggarkan dalam lingkungan 30 - an , wajah yang agak bersih , berseluar pendek rambut petak dan ada sedikit parut di pipi dan tompokan bekas jerawat . Aku cuba bertanya soalan yang sama tentang jumper dan katanya beliau tidak mempunyai jumper tetapi kata beliau ;
" Takpelah , aku bawak kereta kat sini , kita cabut bateri bagi boleh start dulu "
Masa tu aku rasakan macam satu pertolongan yang aku tak sangka yang aku akan jumpa manusia sebaik tu di tengah malam buta , dari mencabut bateri dari kereta dia , kereta aku dan pemasangan semula semua dia yang lakukan . Sesudah selesai segalanya , aku cuba bersalaman dan kepilkan sedikit not merah di tangan ku dan aku katakan terima lah sebagai upah tolong saya dan jawabnya :
" Tak yah la , duit - duit ni takde ape , nanti aku susah kau jumpa kau tolong aku balik "
Tak sangka , dalam beribu orang yang ada di atas muka bumi ini aku ditemukan dengan seorang insan yang ikhlas pada malam itu .
Teringat semula pada satu kisah ...................
Bersambung......
36 comments:
sistem barter.. =)
tak dpt balasan kebaikan di dunia.. dpt kat akhirat.. tuh ikhlas
yalah macam2 jenis orang ada kan.... apa yang penting buat apa-apa biar ikhlas kan
Apasal Kena Baca Newspaper?
:) kalau tolong orang mmg susah sikit hati bila orang menghulur ni
ditolak, kata menolak rezeki
tp sebenarnya memang tak suka menerima seolah tak ikhlas membantu
hehe biasa orang hulur duit mesti kita mengalah dan ambik..kebanyakan orang berkira dan tak ikhlas..bgusla pakcik tu.
New Entry Pawaka19 Dot Com
"Tidur Ditandas Dengan Ayah"
subhanallah.
semoga dilindingu dan diberkati org2 seperti itu, kan aus?
pay it forward. awesome!
btw aku suka ayat kau. hamba trafik. stail!
hamba trafik..padat tu!
huhuhu
anyway,masa kita susah,barula kita dapat tahu saper yg ikhlas,saper yg pentingkan diri kan?
baca entri kau nie,aku teringat mcmmane kalau ada org cedera parah dalam kemalangan,kita gerun nak tolong dia
bagaimana pulak kalau kita sendiri kemalangan,org pulak takut nak tolong kita
fikir fikirkan
=]
baguslah org yg tolong kau tu aus...
Ada Apa Denganb Status
ko pon tulis novel gak.
bersambung.
aku terharu )=
ade gak laki sebaik 2 eh eh~!
best gak stori ni. ade satu peringatan yg boleh dikongsi. thumbs up :)
.hoit
.sambung cpt!
.ko tringat ape?
ko ske ptong stim readers ek,hehe..dah seronok dah aku lyan citer ko ne..alih2 bsmbg daa,haha..
wah, smoga org yg tlong ko tu dblas dgn blasan yg lbh baik.:)
sambung cepat woit! biasa lah tu ak pn prnah kna mcm situasi kau ni. 1 hr tu...ade prob, tbe2 ting! mncul srg yg vry the baik hati.. kan. Bersyukur gile.. tu maknanya, Allah sentiasa ada dengn kita betul tak. Dia mendengar rntihan hati kita yg dlm kesusahan..
aku sokong hana. allah sentiasa dengan kita kalau kita selalu ingat kat dia :)
btw ape yg kau nak sambung? orang tu pencuri ke perogol weyh? kikiki
People said dont judge a book by its cover. Walaupun brader tu de parut di pipinya tak semestinya dia ganas hatinya.
Yang muka baik, bercahaya belom tentu baik hatinya.
Semoga satu hari nanti jasa baik brader tu akan terbalas, kalaupun bukan Aus yg tolong de insan sebaik dia plak yg tolong.
yang penting ikhlas..
naseb ko laki kan?
kalo pmpn, fuhh ketar2 kot
huhuhu
bagus la ada org cmtu =)
tuh jek ke???
sila...sila...
susah nak jmpe org mcm tu. selalu org kasi duit, dia ambil. tp ni tak. :)
ni apa sebut kancil kancil ni...heheeh
baiknye dia aus..rasa sayu plak..huhu
cis kenapa sambung? benci! :P
Lepas nih ingat lah, kalau ada orang susah, tolong2 lah ye. *peringatan untuk diri sendiri*
:)
ps: pernah mengalami kejadian yg hampir serupa. Kunci tertinggal dlm kete!
manusia ni hati lain2...kadang2 tak smeua orang nak bersangka baik dengan kita. mungkin time ko minta tlg tu dia ingt ko perompak ker nak tipu ke ape ke kan...
tapi tu la. kalau kita sendiri pernah hulurkan bantuan tanpa ragu2..insyaAllah, akan dibalas balik pertolongna tu ketika susah.
susah nak jumpa jenis orang macam nie...kadang2 yang kita tengok ganas, keji etc...itulah sebaik2 manusia...
dah macam2 jenis orang aku jumpa..jenis ikhlas tue mmg susah nak jumpa...
sekarang pun dh susah nk jumpa org yg baik2..sbb dia pun blum tentu boleh nk percayakan yg kita ni baik
kalau dia memberi selalunya aku menerima ...
so apa yang berlaku seterusnya ?
mmg baik mamat 2..
zaman skang bukan snang nak mntak tlg kn..
Salam Aus.
Satu pengalaman yang amat berharga buat saudara dan pengajaran yang bernilai untuk kita semua.
Bukan mudah nak berjumpa manusia seikhlas dan sebaik itu di zaman ini. semoga selepas ini kita dapat ikuti jejak beliau dan bertimbang rasa sesama insan.
Menginsafkan... TQ
ya ampunnn..lamanya x dtg sini. sorry tau aussss
salam...skrg org bkn tak nak tlg..tapi berhati-hati..sebab mcm-mcm hal dah terjadi.
lama tak update...update la....
seronok kan jmp org mcm tu..
kite pon ad pglaman jmp org baik..
alhmdulillah..
d saat2 mmerlukn
Tuhan bntu
mana sambungannya ?
... wa lah org itu aus.
>>___<<
hak hak hak hak
Post a Comment