Selamat datang .
Haish , makin lama makin suram blog eden . Lama tak menaip kat sini sampai nak tekan keyboard pun kena tengok huruf satu - satu dengan anggaran masa 3.43 saat untuk satu perkataan dan tekan button space . Hari ni bercuti jadi bila dah ada sedikit masa tidak salah rasanya untuk beri sedikit belaian manja pada blog , hahahahak .
Aku harap bila lama aku tak update blog ni , jangan ada yang pikir bukan - bukan sampai mencetuskan kenduri tahlil mahupun bacaan yassin dengan ahli masjid , hahahahak . Hari - hari bekerja mencecah 14 jam boleh mendatangkan penat tahap membuat landasan keretapi maut seperti zaman jepun dahulu kala .
Hari - hari melayan kerenah pelanggan yang datang kadang - kadang boleh menimbulkan sakit kepala yang terlampau . Manakan tidak , ada yang sudah berumur dan bekeluarga masih boleh bersikap kebudak - budakan seperti tidak lagi mampu berfikir sebaiknya .
Macam biasa , bila customer datang aku akan cakap " welcome " , hantar menu dan kata " have a look first " then selang beberapa minit aku datang ambil order . Siap ambil order , aku ulang balik untuk kepastian dan hantar untuk pembikinan . Siap order , aku hantar dan biasanya aku akan sebut apa jenis makanan dan minuman yang aku hantar .
Strawberry , orange and one cincau .
" Cincau ! , i mana ada order cincau "
" u said that one grass jelly drink and grass jelly means cincau "
Lol , lepas tu nak salahkan aku cakap salah ambil order . Bukan sekali aku kena macam ni , tapi banyak kali dan sejak dari tu , mana - mana yang nak bajet cakap mat salleh dengan aku , aku balas balik dengan bahasa melayu . Sebab 99 % yang buat perangai macam ni aku tak nak cakap siapa , kau orang faham - faham la sendiri , hahahak .
Because , i'm not look stupid when i speak in malay , so what ?
Yelah , aku sedar kerja kat kedai makan macam tu , mana ada kelas kan nak banding dengan customer yang datang pakai baju bergaya dan cantik menarik siap rantai berkelip - kelip . Tapi at least aku tahu grass jelly maknanya cincau dalam bahasa melayu . Hahahahak .
Lepas ni , agak - agak ada kes yang order grass jelly drink tapi terkejut sebab air cincau yang sampai mungkin aku kena tanya dia balik ,
" i'm sorry mam , maybe u have ordered something like lancau and we don't have it for the moment " Hahahahak .
- Orang yang tidak tahu tapi bertanya cuma kelihatan bodoh untuk 5 minit sahaja , tetapi orang yang tidak tahu tetapi mendiamkan diri akan kelihatan bodoh selama - lamanya .
23 comments:
hoiyt, kau kerja ape beb
bole blanje shisha
hakhak
hahaha.. statement las tuh best kot.. :D
weyyy kerja katne? ngeng la kau aku gelak je baca yang "" i'm sorry mam , maybe u have ordered something like lancau and we don't have it for the moment " siottt je. haha asal kau tak cakap camtu je awl2 kn sng.. haha
oh! baru ku tau grass jelly itu cincau. ngee^^
*ko keje kedai makan ke? kt mne? aku nak datang ni. :P
hahaha.. membara je aku dengar cite ko ni aus.. haha.. macam la tak penah makan sambal belacan depan tv..
peh aus dah keja tuu
keja la lelok
keja paling mencabar dlm dunia ni bila kena berhadapan dengan customer.
cust dah la macam2 ragam
hadapi dgn tenang
huhuhu >.<
lahir celah perdu pisang, nk ckp omputih, bgus ayat last tu!
eh delifrance ade jual cincau ek? first time dengar lah
ehh
oo ade org x tau ek?
ngeh3~
weh, nak staff meal kau. cepat rojer aku nakkkkk! hahahaha. ayat kau mmg selalu tak bley bla
wahhh sangat lama aku tak jejak di blog kau aus. sungguh rendu baca kau meraban2 neh..hehe.
sejak bile ko kerja jadi pelayan pelanggan =P
hehe.
ooo...
aus bz keje ka??
nanti leh blanje miahahhaha
lancau???hahahah..
need to sensitive whatever someone speak , jgn hanya berdiam diri
perghh part time kedai makan. aku nak dtg makan n ngko serve
setuju la..
lenkali cakap je air lancau tak de..
Salam ceria.
Penulisan yang santai.
Informasi menarik.
Saya memilih untuk bodoh 5 minit. hehehe
TQ
nak tau jugak... keja kat mana nih yg ada jual grass jelly nih??? selalu tmpt lain jual cincau nnt ai nak order grass jelly jugak ;)
ps: ehhh TCRS ada grass jelly jugak... with soya lagik :D
Sky Juice please ....
sorry. i want cincau ok.. not lancau.. opzz.. hahah
gile lu punya ayat la bro..!! haha
lame tak lepak2 ngan ko nie.. bz manjang! =O
jangan2 customer tu tak tau kot grass jelly tu per..ingat jelly lain kot
hahahaha hamik ko lanc*u sedas...tu la kecik2 tak nak baca kamus..kan dah kena lanc...:P
ko cakap camtu ke kat dia? gengster gila!
Post a Comment