Selamat datang .
Jumaat , macam biasa . Aku ada kelas Bahasa Inggeris yang sangat menduga keimanan dan kesungguhan . Bukan calang - calang orang boleh melalui 3 jam yang berlalu tanpa mengeluarkan sebarang keluhan . Berkat dengan tunjuk ajar dan kesungguhan akhirnya 3 jam yang panjang dapat diatasi dengan mudah . hah .
Kata Puan Hapsah ,
" You as a a student must have a technique to read , make it DRY READING "
katanya sambil mengalunkan irama tegas berbau sindiran kepada para pelajar .
Ya , Dry Reading aku tahu iaitu Bacaan Kering .
Bermakna kamus hukum bacaan yang tersemat di dada aku harus ditambah selain hukum - hakam taranum mad asli , wajibul ghunnah dan idgham , bacaan kering juga perlu ditambah , baru update kata orang . Bacaan kering disini bukanlah bermaksud membaca di tempat yang kering dalam keadaan serba kering diikuti perasaan kering sambil menelaah subjek - subjek kegemaran .
Jadi , bagi membongkar Teknik ' Bacaan Kering ' , izinkan saya memetik kata - kata Puan Hapsah yang arif :
1 . Pastikan Tiada Telefon Bimbit di atas Meja .
Ya , bagi mendapatkan bacaan kering , pastikan telefon bimbit anda berada jauh dari anda sekurang - kurang nya 5 meter dari jarak anda study bagi mengelakkan gangguan . Anda hanya dibenarkan meletakkan telefon bimbit berhampiran hanya apabila ' Sim card ' anda dialihkan .
2 . Jauhkan Laptop
Pastikan juga , laptop yang anda guna untuk melayari facebook dan segala akses ke web - web terlarang diletakkan jauh dari meja . Ini bagi mengelakkan anda melihat notifications dan aktif membalas komen di facebook .
Apabila semua akta tersebut telah anda lakukan , mulakan pembacaan dengan hanya buku sahaja yang ada de depan anda dan itulah yang dinamakan ' Dry Reading ' iaitu membaca buku sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti lain . Seperti ' sambil menyelam DILARANG minum air ' .
Selamat mencuba teknik bacaan kering yang disarankan .
Sekian .
12 comments:
jumaat je ko update kan?
hahahahaa
haha sapela buang mac kat dlm tongsampah tu weh..bg aku lar...
Setiap hari Jumaat dapat kata-kata motivasi daripada cikgu BI...
Puan Hapsah, dry reading ni mcm mustahil je buat saya. so mcm mana nak settle kan masalah ini?
oh begitu ehh. tp macam malas je aku nk bukak2 hp and letak simcard tu jauh2. baik aku off hp je... heee
oh begitu ehh. tp macam malas je aku nk bukak2 hp and letak simcard tu jauh2. baik aku off hp je... heee
oh begitu ehh. tp macam malas je aku nk bukak2 hp and letak simcard tu jauh2. baik aku off hp je... heee
I had been arguing with my close friend on this issue for quite a while, base on your ideas prove that I am right, let me show him your webpage then I am sure it must make him buy me a drink, lol, thanks.
- Kris
hahaha....aku tak boleh buat dry reading !! itu buat aku tido!
nasib baik haku bukan hamba facebook. blog aje. kehkehkeh
aku mmg takleh fokus kalo lptop bukak..pastu ade hp...hahaha..
tujuannya spya fokus kn..tp cm aku, fikirn cpt je menerawang berdasrkn pe yg aku baca..terutama yg jns membuka minda.
sbnrnya masa membaca dia juga berfikir.
hp & Lptop dok dpn mmg xleh baca buku..no 3 jauhkn dr org yg sdg berborak..
Post a Comment