Friday, December 31, 2010

2010 | Setiap Tahun Ada Cabarannya





Sekejap bukan . 

Tahun demi tahun berlalu . Macam - macam perkara berlaku dan telah kita lalui sehingga kita mampu berdiri hingga ke saat ini . Ada yang manis dan ada juga yang pahit , tapi hidup memang begini , yang pahit mengajar dan yang manis penyegar , satukan semuanya dan jadikan sebagai pembakar .


Mungkin ada yang kata , apa guna memasang niat ketika melangkau ke tahun baru sedangkan niat dan azam yang lepas masih belum tertunai dan terlaksana . Jika anda berfikir begitu maka anda silap . Niat dan azam sebenarnya penting dalam diri setiap manusia kerana niat dan azam di dalam hati andalah yang akan membantu minda separuh sedar ( subconcius mind ) mencari segala jawapan dan menuju ke arah impian yang anda niatkan . 


Jika disimpulkan segala kejadian yang berlaku sepanjang 2010 ini , ternyata terlalu banyak untuk diceritakan , jadi simpan dan jadikan ia satu kenangan yang bakal memandu diri anda ke tahun hadapan . Sepanjang tahun ini ( 2010 ) cuba imbas kembali , 


1 . Berapa banyak azam anda telah terlaksana ?

2 . Berapa banyak peningkatan dalam diri anda ? baik ? buruk ?

3 . Berapa banyak kesilapan yang telah dilakukan ?

4. Berapa banyak keputusan yang telah diputuskan ? 


dan yang terakhir , 


5 . Berapa kali anda telah menipu diri anda sendiri ? 


Oh ya , 2010 tahun yang mungkin sukar untuk dilupakan , syukur kerana di zaman teknologi sebegini terdapat blog yang boleh dikatakan diari maya dan membenarkan anda menulis persepsi , cerita dan memori anda di dalamnya . Mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi sebuah benda yang berguna dan diperlukan pada masa hadapan . 


**********


Hidup di atas dunia memang dikelilingi pelbagai ragam manusia dan mungkin ada diantaranya anda suka atau tidak . Semua orang pun pernah melalui saat begini . Kadangkala memang menimbulkan perasaan benci dan membuatkan anda ingin bersuara , tetapi tidak perlulah sampai teguran itu membuatkan seolah - olah anda ingin mereka jadi seperti anda dan berfikir cara anda . Jika begitu , hilanglah keunikan manusia . Apa yang perlu jika anda betul , teruskan dan jika mereka menyanggah buktikan pada mereka . 


Untuk penutup tirai 2010 ini , segala kesilapan mungkin masih belum sempat aku perbetulkan dan masih banyak perlu dibaiki dalam diri . Lambat atau cepat bukanlah menjadi kuncinya , tetapi usaha anda menjadi taruhanya . Semoga tahun baru yang akan datang menjadikan diri anda lebih baik dan menuju ke arah yan glebih dewasa . 


 " Sedalam mana pun anda jatuh tidak penting , tetapi setinggi mana anda bangkit perlu difikir 


Sekian dan selamat datang 2011 . 






20 comments:

Hellioz said...

ni ape malam2 mengarut ni?
nak kena libas?
kah3~

BeaN MorENo said...

aku selalu tipu diri sendiri...aku tau aku kacak tapi aku cakap dalam hati :
"Bean...Ko biasa2 je..."

hahahah

Encik Tikus said...

huyooo, positif aku baca

maCy said...

macy kira berapa kali macy kena tipu. keh2


blog ni mmg cakap bnda +ve2 ke~

Sharinginfoz said...

apa yang penting tahun depan kita buat lagi baik

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Happy 2011 Aus! more kacak more sukses! hahahaha~ =D

cool!

fatynadia said...

yess i loike this entry!
azam ni seumpama target kita la jugak kan
tadak target, nak pi mana?

lizz said...

dulu,aku tak suka tanam azam tapi dah 2,3 tahun lately aku rase azam mmg perlu cuz without azam...kite xtau ape kepentingan semue2 mende

NBLH said...

termotivasi terinsaf kejap.

Semoga yang PAHIT terus mengajar , yang manis terus MENGAJAR dan 2011 menjadi PEMBAKAR. heheee

SENORITA ZATY said...

hepi new yeAr :DD

Kancilbiru said...

selamat tahun baru! moga lebih sukses ya...dan rajin ler update blog hang ni...

jenuh aku nk sapu sawang...ekekeke

ARC™ said...

subconscious... typo disitu

happy new year bro

ARC™ said...

subconscious... typo disitu

happy new year bro

Aus MeLankoLik said...

@ARC™

kah3 , tak perasan plak , ok2 , mekasih

phreak-id said...

tolong letak ayat ni kt hujung entry..

"renung-renungkan, dan selamat beramal!"


Terbaru > Selamat Bersekolah > Apa Akan Jadi Pada Nuffnang di 2011? > Tahniah Kepada Juara AFF Suzuki Cup 2010 : Malaysia (PM Umum Jumaat Cuti Umum/Rio Ferdinand Ucap Tahniah)

samanosuke_04 said...

blog tue memang sebuah diari.. kekadang aku rasa kebanyakan kisah hidup aku dapat ditrack balik dgn lebih mudah melalui blog.. sebab tue aku suka tulis benda personal dalam blog..

eykameow said...

MATANG, i likeee!

shazlea shayla @ maria said...

Oit..happy new year!!!

::ienafazlyna:: said...

btul tu..bg sye, thun 2009 adalah tahun yang sangat menguji ketabahan dan kesabaran, tahun 2010 plak sesuatu yg agak menyedihkan..harap2 2011 memberi sinar baru...

Eyriqazz said...

wah,tak sangka..aus pandai berkata2..hik3...

Anda Mungkin Meminati Juga