Friday, November 5, 2010

11 Cara yang Mampu Membuat Wanita Tersenyum


Selamat datang . 


Sebagaimana yang kita tahu , Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam untuk dilindungi dan disayangi . Jadi , 11 cara atau sikap di bawah mungkin dapat membuat hawa yang bergelar wanita tersenyum dan rasa disayangi .


1 . Katakan yang mereka cantik , tidak sampai sesaat pasti senyuman terukir di wajahnya . 


2 . Genggam tanganya ketika melihat sesuatu yang indah atau ketika melalui saat - saat yang manis bersama .


3 . Tinggalkan pesanan ringkas untuk dibaca nya ketika bangun pagi , cukup sekadar mengucapkan " Morning " dan hari - harinya akan menjadi indah berseri .


4 . Kenalkan dirinya sebagai teman istimewa kepada rakan - rakan anda .


5 . Buat dirinya ketawa dan gembira ketika bersama anda . 


6 . Apabila dia marah , cuba untuk senyum dan memujuknya .


7 . Pandang matanya dan hadiahkan satu senyuman yang indah .


8 .Ingat pada harijadinya dan berikan sesuatu sebagai tanda peringatan . Tidak perlu yang mahal cukup sekadar satu ingatan . 


9 . Hantarkan SMS apabila ada masa terluang dan dia tahu bahawa anda sedang mengingatinya . 


10 . Jika anda sayangkanya , jangan malu untuk tunjukkanya . 


11 . Bersikap matang dalam melakukan segala perkara dan jangan terburu - buru . 



Wanita dijadikan dari tulang rusuk  yang bengkok . Untuk menjaganya bukan dengan cara meluruskan tulang tersebut kerana ia akan tetap seperti kejadian asalnya tetapi cuba menjaganya dengan cara bersabar dan bimbing dirinya menggunakan 9 akal yang ada  . Apabila tulang yang bengkok itu cuba diluruskan dan anda harap ianya berjaya maka anda sebenarnya berharap untuk mematahkanya .








P/s : Tips yang disediakan mungkin lebih sesuai sekiranya anda sudah berumahtangga . 



Penulis jemputan ,
Nor Atiqah Abbas , Sarjana Muda Pendidikan , Universiti Malaya .





18 comments:

intanurulfateha said...

weh
aku suke entry neh doe :")

ahmad jo said...

haha.. lets try it.... !

Wahida Jumaat said...

point ke3 mmg betul...
ak boleh tersenyum lebar sepnjg hari sbb itu..haihhh.(lg2 dari org y aku syg)

entry ni comeyh cgt....

to lelaki: buat laa apa2 dgn ikhlas..sure ur gurl akan terharu...

N2kU said...

ajak kahwen- kompom senyum...

nich said...

auss... satu ag.. gtaw wanita tu yang lelaki yang dia sukai pom sukai dia jugak.. mesti dia senyum jugak... hakhakhak

Unknown said...

bukan kau yg tulis kan? amin.

kalau tak nak mintak kau jadi mentor aku dah tadi.

ENCIK TIKUS said...

penulis jemputan ? sampai sini gua dah tak pahamm

Call me, Eyka said...

pheww tak tahu knpe aku suka entry macam ni. hahaha. part lawt tu touching... betul eh tulang rusuk laki ni bengkok?!

dyana said...

comei je.ehek.

Aus MeLankoLik said...

@Encik Tikus

mknenye ditulis oleh , hahaa

Anonymous said...

yaaa...aku suh Anak Perak hafal sume ni.haha

xde tips bgaimana nk mbahagiakan lelaki @ buat lelaki tsenyum ke?:D

Era said...

suke2...! =)

(senyum)

intankuterpilih said...

betul2...inilah yang membuatkan aku slalu senyum sampai ke tinga...

samanosuke_04 said...

aiseyh, malangnye kene kawen dulu.. haha.. takde ke tips nak bagi orang yang tak kawen senyum gak? korek idong depan diorang pun diorang senyum gak kkan? hahahaha

AJ said...

no. 2 tu tentu bro selalu buat kan?hik3...

cik helena said...

sangat suka :)

Sumijelly said...

jadi... apa kata cepat2 Khaled Zain kawen..
leh pratik sumer benda di atas.....hahaha


Sumijelly.com

Anna Boleyn said...

weh kata last yang tulang rusuk bengkok tu, aku cilok ek letak kat entry. aku bagi lah credit kat blog hang. :)

Anda Mungkin Meminati Juga