Tuesday, February 15, 2011
Friday, December 31, 2010
2010 | Setiap Tahun Ada Cabarannya
Sekejap bukan .
Tahun demi tahun berlalu . Macam - macam perkara berlaku dan telah kita lalui sehingga kita mampu berdiri hingga ke saat ini . Ada yang manis dan ada juga yang pahit , tapi hidup memang begini , yang pahit mengajar dan yang manis penyegar , satukan semuanya dan jadikan sebagai pembakar .
Mungkin ada yang kata , apa guna memasang niat ketika melangkau ke tahun baru sedangkan niat dan azam yang lepas masih belum tertunai dan terlaksana . Jika anda berfikir begitu maka anda silap . Niat dan azam sebenarnya penting dalam diri setiap manusia kerana niat dan azam di dalam hati andalah yang akan membantu minda separuh sedar ( subconcius mind ) mencari segala jawapan dan menuju ke arah impian yang anda niatkan .
Jika disimpulkan segala kejadian yang berlaku sepanjang 2010 ini , ternyata terlalu banyak untuk diceritakan , jadi simpan dan jadikan ia satu kenangan yang bakal memandu diri anda ke tahun hadapan . Sepanjang tahun ini ( 2010 ) cuba imbas kembali ,
1 . Berapa banyak azam anda telah terlaksana ?
2 . Berapa banyak peningkatan dalam diri anda ? baik ? buruk ?
3 . Berapa banyak kesilapan yang telah dilakukan ?
4. Berapa banyak keputusan yang telah diputuskan ?
dan yang terakhir ,
5 . Berapa kali anda telah menipu diri anda sendiri ?
Oh ya , 2010 tahun yang mungkin sukar untuk dilupakan , syukur kerana di zaman teknologi sebegini terdapat blog yang boleh dikatakan diari maya dan membenarkan anda menulis persepsi , cerita dan memori anda di dalamnya . Mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi sebuah benda yang berguna dan diperlukan pada masa hadapan .
**********
Hidup di atas dunia memang dikelilingi pelbagai ragam manusia dan mungkin ada diantaranya anda suka atau tidak . Semua orang pun pernah melalui saat begini . Kadangkala memang menimbulkan perasaan benci dan membuatkan anda ingin bersuara , tetapi tidak perlulah sampai teguran itu membuatkan seolah - olah anda ingin mereka jadi seperti anda dan berfikir cara anda . Jika begitu , hilanglah keunikan manusia . Apa yang perlu jika anda betul , teruskan dan jika mereka menyanggah buktikan pada mereka .
Untuk penutup tirai 2010 ini , segala kesilapan mungkin masih belum sempat aku perbetulkan dan masih banyak perlu dibaiki dalam diri . Lambat atau cepat bukanlah menjadi kuncinya , tetapi usaha anda menjadi taruhanya . Semoga tahun baru yang akan datang menjadikan diri anda lebih baik dan menuju ke arah yan glebih dewasa .
" Sedalam mana pun anda jatuh tidak penting , tetapi setinggi mana anda bangkit perlu difikir "
Sekian dan selamat datang 2011 .
Monday, December 27, 2010
BIG Gathering | Rambang Mata Memilih Teman | Part 1
Hai korang !
Semalam selesai satu sesi Big Gathering . Jadi hari ini terpaksa update entri . Yelah nanti kang apa pula kata orang , melihat aku sebegini , cakap punya la rajin tapi nak taip entri malas nak mati . Air muka kena la jaga juga semenjak dah bergambar dengan Rina Salleh dan Cikepal .
Masa ni aku dah nak balik , tapi atas desakan Cikepal dan Rina Salleh untuk bergambar aku turutkan juga , yelah , nanti apa pula kata mereka berdua , first impression kena jaga . Dari gambar yang diambil , rasanya keserasian gaya antara aku dan Cikepal terserlah , jelas kelihatan disitu . Haha .
Semalam aku sampai lambat , rupanya diorang ada buat sesi bacaan doa , ucapan manifesto dan berbalas pantun pada mulanya . Tidak mengapa , muncul lambat baru misteri sikit . kah kah kah .
Macam biasa , target aku pergi gath adalah mencari jodoh . Semalam rambang mata jugak untuk memilih tapi tidak mengapa , aku tekun memerhati satu - persatu , takut kalau - kalau terlepas point penting memilih pasangan sehidup semati ni . Tengok saja gambar kat atas . Tapi yang kiri sekali tu Cik Hel , maaf aku dah reject awal - awal atas sebab sebab tertentu . kih kih kih .
Tak lupa juga gambar ni , dua - dua menggoda dan menghairahakan , nyumnyum !
Ini Phreak-id , aku syak dia sudah berbini tapi semalam cuba menegaskan bahawa dia masih bergerak solo .
Sedikit nota untuk Mrs.Phreak-id ,
" Akak , kalau akak baca post ni , semalam laki akak cuba kata yang beliau masih muda remaja kak , gadis - gadis ada yang hampir tergoda kak , saya cadangkan akak turut serta dalam gath yang akan datang bagi mengawal tingkah lakunya kak "
************
Aku harap tiada yang tertipu dengan gambar ini . Walaupun anda nampak chearm khusyuk membaca komik , tetapi hakikat sebenarnya beliau ada agenda sendiri . Berbekalkan sebuah komik dan cermin mata hitam , matanya melirik ke gadis di hadapan . Aku tak pasti siapa , tapi aku dapat agak siapa orangnya .
Haa , sekian dulu untuk hari ni , dah cakap BIG gathering , tak kan nak muat dalam satu entri je . kah kah kah
Thursday, December 23, 2010
Kata - Kata Pejuang PMR
Selamat datang .
Hari ini keputusan PMR telah diumumkan . Macam - macam reaksi gua baca hari ni tapi semua nya dari kalangan yang sudah lanjut usia mengalahkan kanak - kanak yang ambil PMR tahun ini . keh keh keh .
Komen PMR :
1 . " PMR gagal semua , rasa nak bunuh diri : ( " - Siggplus , 2010 -
2 . " Kantoi PMR bukanlah kantoi segalanya , industri hiburan realiti masih terbuka luas . - Haji Deus , 2010 -
3 . " Menuju ke tingkat 18 , mari kita terjun semua " - Norfa , 2010 -
Kau orang boleh baca , masa zaman diorang dulu facebook belum ada , jadi di kesempatan yang ada diorang gunakan untuk luahkan apa yang terpendam masa zaman dulu - dulu , keh keh keh .
Sekian .
p/s : Gurau - gurau saja , kah kah kah .
Notis Penting | Jemputan Hujung Minggu .
Hai Korang !
Tengok , gua dah terikut - ikut dengan perangai Ery dan Tia . Akibat kerap sangat berbual dengan mereka di waktu senggama ( baca : senggang ) .
Selepas aktiviti pada minggu lepas di wangsa walk ( boleh refer entri ini ) , kami lagi sekali akan mengadakan aktiviti beramah mesra , bahan - membahan , pancing awek dan cari jodoh pada ahad ini bersempena dengan kedatangan melz .
Segala maklumat lengkap semua dah ada kat atas . Tak payah gua nak taip , bagus melz ni , memudahkan kerja orang malas .
Macam biasa , motif gua pada hari ahad ni :
1 ) Merapatkan silaturrahim .
2 ) Medan mencari jodoh .
3 ) Makan Kukis Kak Ina .
4 ) Bahan mangsa .
5 ) Berlagak terror .
Jadi dengan sukacita nya gua ingin menjemput :
2 ) Gadis - gadis yang comel , lentik dan manis .
3 ) Kaki bahan rakan seperti daydeck dan seumpamanya .
4 ) Yang sudi dibahan seperti Nopa dan lain - lain .
Setakat ni yang komfem datang dan terpaksa komfem datang dalam senarai gua :
1) Melz .
2) Rina Salleh . ( Gadis Melayu ) < --- Ini gua dah cop dulu nak bergambar .
3) Daydeck .
4) Chearmster dan pasanganya Tia Fazunia Agen 34 .
5) Ery Farieha Agen 32 .
6) Imam Muda
7) __________ ( gua tak pasti , harapnya gadis comel yang isi )
Gua rasa tak nak jemput hamzah , sebab gua masih ingat lagi , pertama kali jumpa hamzah , dia potong line gua nak bergambar dgn mira , jadi gua pulang dengan kecewa . Jadi , kalau hamzah membaca post ini , gua harap hamzah tak berkecil hati . kihkihkih .
Jadi , untuk TEMA gathering kali ini gua memperkenal kan :
BALING BERIRAMA
Sebarang pertanyaan dijemput hantar ke ruangan komen beralamat tekan saja post comment .
Bye Korang !!
Wednesday, December 15, 2010
Notis Penting | Aktiviti Hujung Minggu
Selamat datang .
Satu pertandingan bowling berat sebelah ( sebab sebelah tangan saja yang pegang bola ) akan diadakan :
Tarikh : 17 Disember 2010
Masa : 8 pm
Tempat : Wangsa Walk
Motif : 1 ) Merapatkan hubungan 2 ) Medan mecari jodoh .
Setakat ini sudah beberapa orang yang sudah memberi kata putus iaitu kak ina , daydeck , anak perak , chearm dan jard .
Jadi disebabkan aku malas nak inform sorang - sorang , maka terciptalah satu post berirama sebegini . keh keh keh .
Jadi , kalau ada siapa - siapa nak join lagi boleh bagitahu kat sini .
Pasal bayaran , kemungkinan besar sendirian berhad melainkan kalau bf/gf/skandal kau orang nak sapot , it's ok .
Jadi , mari aku kenalkan MASKOT kita kali ni
TADAAAA !!!
Tambahan : Sabtu nya pulak kita akan berkaraoke bersama Chearm , sila lawat blog beliau utk berita terkini . keh keh keh
Thursday, December 2, 2010
Sinar Mekanik
Lokasi Kejadian : Rumah 6.50 am .
Pagi tadi ada exam mekanik .
Macam biasa , kalau tak bangun lambat dah macam tak sebati dengan hidup aku . Perasaan kelam mula melanda , peluh memercik dan nafas turut berdegup kencang . Ahh ... sudah , kata aku kepada diri sendiri .
Tapi , berkat kegigihan menuntut di kelas KAFA dahulu bersama Ustaz Ramli , aku kembali tenang . Katanya , bangun dari tidur ni elok cakap Alhamdulilah . Sinar keinsafan mula mengalir , lantas sejadah dibentang dan takbiratul ikhram pun diangkat .
Lokasi : Luar Dewan 8.15am
Saat - saat sudden death memang bahaya . Masa ni kegiatan membelek dan kepantasan mengingat amat diuji , kata orang sentuhan terakhir kadang - kadang menjadi . Ada yang belek nota , reaksi muka seakan serius tapi dalam diam nota diselitkan sekali bersama slip . Apa nak jadi ?
Lokasi : Dalam Dewan 8.30am
Peperiksaan bermula .
Kecewa dan kecewa . Takda sorang pun penjaga peperiksaan yang cantik berseri .
Bila terpandang balik kertas soalan di depan , aku mula beristifar , nafas dihela dan sedia untuk menjawab . keh keh keh
30 Minit Berlalu . . .
Kertas masih diselak , masih mencari soalan yang mungkin mendatangkan sinar permarkahan yang gemilang , tapi hampa . Reaksi wajah mula berubah , dari serius bertukar ke sadis . Hampa mungkin .
Sambil menulis jawapan , mata dipejam erat untuk mengelakkan air mata berjujuran . Soalan matematik tapi kaedah hafalan , memang menduga adakalanya . Aku pasrah .
2 Jam Berlalu . . .
Peperiksaan tamat .
Sambil berjalan keluar , dalam hati aku berkata
" Orang Beriman Selalu Diuji ", sambil diselangi senyuman pada diri sendiri .
Hakikat nya , memang aku tak study apa .
Sekian .
Wednesday, December 1, 2010
Jejak Inspirasi
Semalam gwa pergi library .
Hanya satu matlamat gwa iaitu memburu kekhusyukan dalam study . Ya , kekhusyukan .
Sepanjang 3 sem gwa belajar kat sini , rasanya ini kali ke -7 gwa menjejakkan kaki ke library . Gwa memang malas , jangan tanya kenapa gwa malas nak pergi library sebab gwa ade reason sendiri . keh keh keh , tapi yang gwa pasti gwa tak pernah lagi jumpa kes comolot kat library. keh keh keh .
Sedang gwa tekun membelek nota Dr Malik , mata gwa meliar ke setiap meja . Depan gwa orang iran , dengan selendang separa kepala , cermin mata diselit di atasnya , hidung sipi - sipi lagi nak sama dengan bucu meja tengah tekun study . Gwa abaikan .
Gwa perhatikan lagi ke kanan meja , cantik , posisi gwa mengusha memang menarik , sambil buku diletakkan ke hadapan , mata meliar ke kanan , ya , itulah gadis berbaju ungu , keh keh keh , gwa tak pasti posisi dia study macam mana dan gwa tak pasti kenapa dia kena sandarkan dada dia pada meja . Lantas gwa beristifar sambil menghela nafas panjang mengenang kembali nota yang perlu dibaca .
Gwa teruskan pemburuan ke sisi kiri pula , kali ini postur tidak berapa menarik , ada seorang gadis , mungkin layak gua panggil kakak kakak . Gadis ini sebesar dua pemeluk barangkali . Gwa tak pasti ukuran sebenar nya . Langsung tidak menarik minat gwa , dalam hati gwa mengharapkan satu inspirasi , ye satu inspirasi .
Sedang gwa duduk berkelana mengenangkan nasib diri , datang seorang penyelamat . gwa pandang ke kanan semula , lantas gwa ternampak zaty .
Nota yang tebal gwa nampak nipis , buku yang banyak gwa nampak sikit . Biarlah harapan gwa nak score subjek Dr Malik tipis , janji gwa dah ade satu inspirasi , keh keh keh .
Wednesday, November 24, 2010
Filem Aku Tak Bodoh | The Best Review
Selamat datang .
Semalam kami dijemput untuk menghadiri screening filem terbaru yang bakal ditayangkan 2 Disember 2010 iaitu Aku Tak Bodoh . Terima kasih kepada pihak Media Prima atas jemputan yang diberikan dan jutaan terima kasih kepada Cik Helena atas jemputan ini juga .
Mungkin untuk menulis tentang sinopsis adalah tidak perlu kerana anda boleh mendapatkanya di website mereka iaitu klik Aku Tak Bodoh .
Kelebihan filem Aku tak Bodoh :
1 . Jalan cerita nya memang simple dan rata - rata berkisar tentang hidup kekeluargaan dan ibu bapa yang terlalu pentingkan kerjaya dan mengharapkan kejayaan daripada anak mereka tetapi lupa untuk memberikan perhatian terhadapa mereka .
2 . Filem ini turut menyelitkan konflik diri dalam remaja dan kanak - kanak dalam proses menuju ke arah dewasa dan betapa pentingnya keprihatinan ibu bapa .
3 . Menampilkan wajah - wajah baru dalam industri filem dan berbakat besar membuatkan anda tidak jemu dan cuba menilai bakat mereka .
Antara pelakon filem Aku Tak Bodoh
Barisan Pelakon Utama
Si kecil yang berbakat besar dan gadis yang comel .
Semasa di interview tentang filem Aku tak Bodoh
Bersama Dato' Jalaluddin Hassan
Kekuatan filem Aku tak Bodoh :
1 . Filem yang simple dan adakalanya bersahaja tetapi gaya penceritaanya memang menarik dan banyak dibawa dalam bentuk humor dalam menyampaikan mesej yang jelas .
2 . Sesuai dengan gaya dan jiwa masyarakat Malaysia iaitu nasihat berbentuk humor dan mudah difahami .
Antara Babak Menarik dalam filem Aku tak Bodoh
********************
Secara peribadinya ,
"..jalan ceritanya memang menarik dan penuh dengan mesej dan berjaya disampaikan dalam bentuk humor , adakalanya babak - babak yang menyentuh hati turut diselitkan dan nilai kekeluargaan turut digambarkan.."
Rating untuk filem ini wajar diberikan 9/10 atas kesungguhan dan jalan penceritaan yang bersahaja tetapi susunannya menarik dan sesuai dengan jiwa remaja , ibubapa dan semua genre umur .
p/s : teringin jumpa dengan Amy Mastura , bilakah masanya ? hahaha .
Friday, November 19, 2010
Filem 2 Alam | The Best Review
Selamat datang .
Semalam hari yang paling indah sebab aku telah menjadi salah seorang penyumbang kepada 40 Juta Pecah Panggung . Mungkin tak ramai yang sudi menjadi penyelamat macam aku .
' Kelebihan ' Filem 2 alam :
1 . Mula - mula masuk wayang kau rasa macam berada dalam bilik besar yang lapang . Seat yang kosong tidak boleh dibilang berbanding seat yang penuh .
2 . Rasanya memang semalam aku bayar duit tiket bukan untuk menonton 2 alam , tapi hanya untuk duduk di dalam panggung wayang .
3 . Lepas keluar dari panggung , aku mula membandingkan duit yang digunakan kalau beli rokok , bakar dan tiket wayang macam sama je .
4 . Jalan cerita memang ' menarik ' , sampai baru tgk satu scene kau dah boleh agak apa yang jadi seterusnya
5 . Lepas tengok filem ini , kau akan rasa nak duduk tengok lagi sampai pecah punggung baru puas menonton filem 2 alam , mana puas kalau tengok sekali .
6 . Sambil kau tengok filem 2 alam , mata kau mesti asyik tengok ke arah jam tangan mrnghitung masa yang berlalu .
7 . Lepas keluar dari panggung , kau tak kan dengar orang mengeluh dan mencaci apa yang ditonton tadi .
Mungkin filem ini sesuai untuk ditonton oleh bapok , pondan dan mak nyah . Kepada mereka mungkin mendatangkan keinsafan . Tapi babak yang berlangsung terlalu typical .
Yang benar ,
- Ahli Pecah PUNGGUNG -
P/s : Tak sabar nak tengok lagi , tengok berkali - kali sampai pecah punggung .
Sunday, November 14, 2010
DiGi BlackBerry Torch | Hotter and Smarter
Selamat datang .
DiGi terkenal dengan slogan dan temanya iaitu - Always The Smarter Choice . Sesuai dengan itu , kini DiGi memperkenalkan satu lagi evolusi bersama telefon pintar nya iaitu Blackberry Torch 9800 .
SEBAB UNTUK ANDA MEMILIH BLACKBERRY TORCH 9800 .
1 . Blackberry Torch dilengkapi dengan QWERTY Keypad dan skrin sesentuh . Dengan ini , memudahkan anda untuk terus melayari internet dan menaip dengan lebih mudah .
2 . 5 MP Camera membolehkan anda untuk merakam gambar - gambar menarik dengan lebih jelas . Telefon ini juga dilenkapi dengan Flash yang memudahkan anda untuk mengambil gambar ketika waktu malam .
3 . Menggunakan Operasi Blackberry 6 membuatkan anda mudah untuk melayari beberapa website dalam satu masa ( Multitask ) .
4 . Bagi mereka yang gemar berhubung dengan rakan - rakan di laman sosial seperti facebook , ciri ini mungkin menyeronokkan anda iaitu baterinya yang boleh bertahan lama membolehkan anda terus melayari laman sosial tanpa perlu risau lagi atau sekiranya anda dalam perjalanan yang panjang .
Bagaimana dengan penerangan ini ? Adakah mampu untuk menarik minat anda memiliki sebuah Blackberry Torch ?
Jika YA , teruskan membaca untuk melengkap kan diri anda memilih cara terbaik dan pelan yang menarik sebagai pengguna Blackberry Torch iaitu pelan yang disediakan daripada DiGi .
Kenapa anda harus memilih BlackBerry Torch daripada DiGi ?
1 . Call Smart ( Pay As You Use ) - Dengan pelan DiGi , panggilan terendah akan dicaj kepada anda untuk berhubung dengan rangkaian lain dan ini membuktikan anda tidak dianaktirikan DiGi yang mengenakan kadar sama rata .
2 . Save Smart - Bagi mereka yang menggunakan lebih daripada had yang ditetapkan , anda perlu membayar lebih , dengan DiGi anda perlu membayar lebih juga TETAPI terdapat rebat diskaun kepada anda .
3 . Mungkin ada daripada anda yang mempunyai rakan , keluarga mahupun orang tersayang . Kini anda boleh menghubungi mereka tanpa perlu risau lagi dengan caj yang akan dikenakan .
PERBANDINGAN PELAN DiGI BLACKBERRY TORCH
ANDA TENTUKAN !!
Subscribe to:
Posts (Atom)

























