Wednesday, December 23, 2009

mengapa indah hanya sementara sedangkan pahit selamanya

mungkin jika hendak dibicarakan tentang perkara indah dalam hidup yang telah kita lalui terlalu banyak untuk dikongsi. anda percaya atau tidak ??


buktinya, andaikan seseorang datang dan bertanya kepada anda apakah perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidup anda ? . untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kebiasaan nya kita akan berfikir dan mencari-cari apakah perkara terindah dalam hidup ini dan setelah beberapa ketika barulah muncul jawapan dari mulut kita setelah otak ligat bekerja untuk mengingati saat-saat manis tersebut.


baiklah..apa kata kita tukar persoalan pula dalam situasi yang sama jika seseorang datang dan bertanya, apakah perkara hitam yang pernah berlaku kepada anda ??


saya percaya..walaupun sukar untukk kita meluahkanya..tetapi dengan lajunyaterbayang di minda kita akan perkara-perkara buruk yang pernah mungkin suatu hari dulu menghantui hidup kita.


jadi...mengapa ? mengapa terjadi perkara sedemikian bahawa perkara manis yang pernah menggembirakan hati dan hidup kita sukar untuk diingati berbanding pahit yang menghantui ?
tentulah kerana perkara manis terlalu banyak berlaku bukan.


tetapi sebagai manusia seperti saya dan juga anda,mengapa selalu lebih suka mengingati perkara hitam daripada perkara yang manis lantas membuatkan diri menjadi trauma dan mungkin sesekali membuatkan kita berasa sedikit murung tentang perkara tersebut.


tujuan saya menulis bukanlah untuk menyalahkan anda tentang sifat kita sebagai manusia yang lebih cenderung mengingati perkara hitam. adakalnya mungkin dari kesilapan tersebut dapat dijadikan pengalaman untuk meneruskan layar  hidup di pentas dunia ini.


ketika menulis artikel ini membuatkan saya teringat tentang 1000 kebaikan yang kita buat dengan mudahnya dilupakan hanya dengan 1 kesalahan. aduhai..sayang seribu kali sayang sedangkan sebagai manusia kita sememangnya tidak terlepas dari membuat kesilapan.


semoga dengan sedikit kata-kata dapat membuatkan hati kita terbuka.


p/s : mood tacing..ahaha..


p/ss : sekiranya terdapat kesalahan sila berikan tunjuk ajar kerana saya tidak memerlukan tindakan kurang hajar..ahaha..bubuye !!

8 comments:

zella said...

hurm... btul tu..mmg slalu sgt ingat perkara2 yg xbest tau wlupun byk perkara best yg berlaku...

mb mmg manusia camtu kot...

cik nurulain said...

:)

nila setitik rosak susu sebelanga. betul kan?

mutantxy said...

kalau ustaz lagi la. Ustaz buat amal banyak. Tiba2 anak ustaz buat jahat satu jer..abis busuk nama dua2 orang..isk2...sedih..

apapon..salam berkenalan..~
i follow u...huhu

Aus said...

@ kak zella

ahaha..xpela..mmg itu xdapat elak..
keke.

Aus said...

@ cik nurulain

yup..btol2..nila sket je..susu byk woo rosak..haha

Aus said...

@ mutantxy

oho..itu lg kesian..xpasal2 kire cam mencemarkan imej..

btw..thnx taw..!!

fatynlicious said...

satu kesilapan takkan dilupakan agar terus diingati supaya kita tak mengulanginya lagi

1000 kebaikan takkan diingati supaya diri tidak mebangga diri

haaa, :p

Aus said...

@ faty..

ahaha..menarik la ayat u..keke..

Anda Mungkin Meminati Juga