Sunday, January 17, 2010

SAMSUNG CARNIVAL VERY MELETOP SAYANG










satu ayat yang dapat aku katakan apabila ditanya tentang samsung carnival , ialah
 " wow..hebat sayang  " .
muahaaha.


sehingga kini aku terasa malas lagi nak update pasal samsung carnival semalam memandangkan tiada satu gambar pun yang aku ada dan masih menunggu  shahrul photographer untuk menghantar gambar - gambar tersebut . ahahaha. Di saat ini , tiba -tiba teringat aku dan bean teringat akan daydeck86 kerana sekiranya beliau ada di tempat kejadian pasti banyak gambar - gambar yang akan menyusul datang . ahahaha .


sesampai je kat sunway aku bejumpa dengan ween ( si gadis swan ) dan eyriqaaz  lalu bergerak ke tempat registration , kat situ la baru jumpa dengan si bean . yang lawak nya , masa nak daftar dengan nak masuk themepark , mesti aku ngan bean tesasar @ tekeluar dari barisan , lepas tu masing - masing buat tak tau je dengan muka tidak mengerti apa yang berlaku . ahahaa .


yeah , aku dapat team pink panther , memang agak pelik sikit , mungkin akibat terkena badi meminati cartoon pink panther di kala zaman kanak - kanak dulu . 


antara acara yang dipertandingkan pada hari itu 


1 ) mari pijak belon rakan anda.
2 ) tarik tali sekuat hati dalam air.
3) panjat dinding yang rendah tapi licin ( wall climbing )
4) tembak rakan anda sesuka hati.( paintball )


memang happening lagi -lagi masa bermain paintball . hasrat untuk menembak nara dan bean tidak tercapai seperti arahan cik lily dan kak ina kerana mereka mengambil langkah - langkah keselamatan untuk tidak bermain . team pink 2 memang mengancam tetapi kalah di pusingan dua kerana aku tidak mengikut kata- kata jai selaku perancang stategi kemusnahan team lain . jai memang hebat dalam membentuk strategi tetapi beliau pernah terconfuse dengan strategi sendiri , memang klaka part tu . Ini kalau perang dunia jai boleh kena saman ni dan dipecat oleh tentera -tentera nuffnang . 


ween cuba menunjukkan bakat dalam acara wall climbing dan berharap dapat menjadi heroin untuk pasukan pink tetapi cubaan beliau gagal kerana kesuntukan masa dan masalah kelicinan pada kasut katanya . shahrul selaku photographer sempat menurunkan ilmu beliau dekat aku yang buta camera a.k.a BC , sesapa yang rasa nak khidmat photographer boleh contact beliau seadanya .


semasa bermain tarik tali , nuffnang juga telah dapat mencungkil satu bakat baru sebagai hero tarik tali masa kini iaitu bob sebagai angker ( betul ke ?? ) tarik tali yang kedua terhandal selepas eman manan . ahahaa , kepada para -para gadis yang masih single dan mahukan anda berasa selamat walau ke mana jua , sila cari abang bob ok !


sangkaan aku pada mulanya cuma breakfast disediakan ternyata meleset apabila kami juga dijamu dengan lunch yang mengancam jiwa sanubari seperti ais kepal. dan semasa semua orang sibuk melahap mengisi kekosongan perut dan merehatkan diri , muncul abang reporter menginterview kak anis tentang aktiviti yang berlangsung , mungkin kerana terpancar sifat - sifat diva pada wajah beliau yang membuatkan reportet tersebut tertarik untuk menginterview beliau . kak anis memang baik , relax n cool je . ahaha.


disaat aku menulis entri ini ,  mood kejelesan masih melanda kepada team orange iaitu team eyriqaaz dan cikgu yone kerana memenangi samsung corby dan ini bermakna segala gulingan dan kebengkakan aku bermain paintball tidak berhasil . aiyaaaa,...tak de rezeki maaa...apa mau bikin .


mungkin mood kesedihan ini dapat di atasi dengan cara korang pujuk abang eyriqaaz bagi backlink kat aku , ahahahaa..(banyak cantek ) . Keadaan semakin hangat - hangat hangit selepas aktiviti bersurai kerana kami bob , yone , bean , dan ween meneruskan aktiviti bermain di dalam extreme park kerana tak nak membazirkan wristband extremepark kami kerana membazir itu adalah sifat syaitone . ahahaha .


di sini bakat baru acara memanah dapat dicungkil selaku bean sebagai pemanah terbaik masa kini dengan pungutan mata 326 markah dengan hanya menggunakan 6 busur sahaja .ahahaa . ween yang sangap ingin bermain swan ride pulang dengan kecewa kerana tidak dapat memenuhi hasratnya akibat aku dan bean dilanda rasa dahaga yang cukup drastik dan kami telah kehabisan ' bateri ' yang akhirnya dibeli di kedai 7-11 yang berhampiran . kata bean " oooohh..lega rasanya " . 


semasa lepak di kedai mamakian ( mamak + indonesian ) yang melakukan servis menggunakan satu kuasa kuda , topik perbualan semakin mengancam tentang kerisauan kami terhadap cikgu yone yang menulis secara terbalik dengan lancar ibarat beliau duduk di belakang screen laptop lalu menaip , begitulah gambarannya . jadi , dapatkah anda bayangkan sekiranya beliau sudah terbiasa dengan keadaan itu bagaimana agaknya apabila beliau sedang memasak , menulis sms , menulis entri blog dan memandu kereta , adakah semua nya akan jadi terbalik ?? ahahaha...untuk  mendapat kan jawapanya lawatilah cikgu yone yang memenangi corby sekarang juga . tahniah kepada student -student cikgu yone kerana cikgu anda memberikan cuti peristiwa kepada anda semua atas kemenangan beliau . 






p/s : segala kata -kata di dalam entri ini telah di tokok tambah bagi menghangitkan lagi penceritaan .


p/s kuasa dua : shahrul , gambar mane wei !! ahaha.







23 comments:

BeaN MorENo said...

siulan kedamain entri ko ni...wakaka...lawak sih (gaya inul...)

YobSumo said...

pergh dah up kau sekarang kan, pergi majlis blogger hebat2 je. hahaahaa. tahniah wei! kau dapat hp tak?

ween malas nak log-in said...

HAHAHA. siot je kau punya entry, sakit buah pinggang aku tergelak weh! aku kempunan nak main SWAN T_____T ini semua gara2 battery perisa lada kau tu, ces.

P/S: tahniah kpd murid2 cikgu Yone krn cikgu anda memberikan cuti peristiwa selama 2 hari kpd anda semua di atas kemenangan beliau memiliki Samusung Corby + calon suami (^_^)

Shahrul Shaharuddin said...

wakakaka, best la ayat ko.. leh menuntut dow.. hee.. aku sedang mem UP load gambo2.. sabar ye kawan2.. hehehe~

laila said...

aku asyik hadap baju ni je
nak tengok corby
kempunan sebab xdapat
haihh

Frazi A said...

hoho, hebat sgug bahasa2 yg daplikasikan..shingga mengeget jari ak mbacanye..hhoho..corby dh le x dpt..dpt bju busuks yg da gmbr corby ja..hahah

kak ina kl said...

salam aus..kamu menjelouskan akak ajer..dah akak tak dapat pergi..menci..
tahniah pada yang menang...yang kalah tak apa...at least dapat jugak member baru kan..dan bau busuk peluh masing-masing...
rugi tak dapat tembak 2 orang tu..

hans said...

dapat brapa hp?
hahaha
bak satu

Aus said...

@ bean

ahaha..ko selalu tersenyum da..cukup la..ahaha.

@ yob

oiiit..mekasih..aku mane dapat HP la..tewas di saat akhir.ahaha

@ ween

ko slalu mls log in
ahaha..kempunan swan...

Aus said...

@ shah

ahaha..ko menuntut ngan karam singh..die hebat gak..ahaha..

@ laila

same la kito jang

@ kak ina..

tula..saye da suh datang..hehe..

@ hans

aku kalah..waaaaa

BeaN MorENo said...

aus - ahaha..aku dah dapat rase ynag ko dapat arahan kak ina untuk menembak aku...huhu

kak ina - saya terselamat dari bencana...wakaka

Matjoe said...

wow, mcm sangat bezt jer...

Aus said...

@ bean

ahaha..kak ina ala2 comando ..ahaha


@ matjoe

wowo..mmg best wooo !

daydeck86 said...

Aus - nanti hang kasi ctc no hang kat email ada member aku maybe tak dapat pergi kalau ada rezeki hang aku call hang


pssttt .... xpa la lepas nih aku bersemangat xyah susah2 nak carik team lain aku dah ramai kawan blogger...ehehehehehee

BeaN MorENo said...

aus - kite lepas ni event kene geng ngan deydeq....deq gua chop lu dulu tau...wakaka

Aus said...

@ bean

ahaha..
bgos2..
kami bersepakat mengecop daydeck sbg photography kami..
haha..

DiEsE said...

alahai aus..
nama betul aku gak ko letak...
wahahahahaha...
XD

Aus said...

@ diese

ahaha..ok2..sori..mane taw..
da tulis kat kertas tu camtu..hehe

JAI said...

Hahahaha bro,itu bukan salah gua punya strategi gua cuma confuse..hehe..gua dah arah lu duduk belah kanan gua sebelah kiri,pasal pakai topeng so gua tak tahu nak bezakan mana satu kanan mana satu kiri..hehehe..apa2 pun lu memang hebat..kalau dapat strategi awal2 lagi memang gua kamikaze jerr hari tuh sakit biar sakit janji menang..hampehhh..

JAI said...

Hahahaha bro,itu bukan salah gua punya strategi gua cuma confuse..hehe..gua dah arah lu duduk belah kanan gua sebelah kiri,pasal pakai topeng so gua tak tahu nak bezakan mana satu kanan mana satu kiri..hehehe..apa2 pun lu memang hebat..kalau dapat strategi awal2 lagi memang gua kamikaze jerr hari tuh sakit biar sakit janji menang..hampehhh..

JAI said...

Hahahaha bro,itu bukan salah gua punya strategi gua cuma confuse..hehe..gua dah arah lu duduk belah kanan gua sebelah kiri,pasal pakai topeng so gua tak tahu nak bezakan mana satu kanan mana satu kiri..hehehe..apa2 pun lu memang hebat..kalau dapat strategi awal2 lagi memang gua kamikaze jerr hari tuh sakit biar sakit janji menang..hampehhh..

BeaN MorENo said...

hm...bagus2...

Aus said...

@ jai

aahaha..semue nye sudah berlalu..
keke..corby berlalu pergi..
demam sudah reda kini..
haha

@ bean..

ahaha..ade brite best ni..keke

Anda Mungkin Meminati Juga