Friday, January 15, 2010

DR. BURHANUDDIN TELAH PULANG KE RAHMATULLAH



pagi ini kami di jabatan fizik dikejutkan dengan berita kematian seorang pesyarah iaitu Prof. Dr. Burhanuddin Bin Kamaluddin. beliau merupakan seorang pensyarah di jabatan fizik universiti malaya . beliau dikatakan koma selepas kemalangan pada hari rabu lepas dan meninggal dunia pada pagi jumaat ini .


ia merupakan satu kejutan kerana beberapa hari yang lepas iaitu isnin 11 hb januari 2010 beliau masuk ke kelas seperti biasa dan mengajar subjek instrumentasi .


masih terngiang di telinga ku kata - kata beliau tentang topik vacuum pada hari itu dan tidak sedikit pun kami menyangka bahawa beliau akan pergi menigggalkan kami selama - lamanya pada hari ini . 


sehingga kini masih jelas lagi raut wajah beliau di minda ku kerana pada hari itu beliau mengajar walaupun agak perlahan suaranya tetapi terpancar satu wajah keikhlasan dan kelembutan pada beliau .


marilah kita sama- sama menyedekahkan  al- fatihah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat .



3 comments:

Kancilbiru said...

semoga beliau di tempatkan dikalangan org soleh....

Unknown said...

Inalillah...

Anonymous said...

innalillah ... takziah diucapkan kepada keluarga beliau

Anda Mungkin Meminati Juga