Thursday, January 7, 2010

KAMAL ARIFFIN dalam kenangan








ya..sememangnya aku amat membenci seorang guruku semasa di alam matrikulasi dahulu. Untuk pengetahuan anda , saya merupakan lepasan matrikulasi kolej mara kulim yang terletak di kedah dan sesungguhnya insan yang bergelar cikgu itu harus di hapuskan dari situ.


baiklah, biar aku meneruskan cerita.


nama guru kimia ku ialah KAMAL ARIFFIN ,  dan sememangnya nama KAMAL ARIFFIN amat digeruni dan mendatangkan rasa benci kepada kami kalangan pelajar.  kenapa ?


ini kerana sikap beliau yang kadangkala agak menyimpang dari etika guru sebenar dan ada kalanyatindakan beliau agak keterlaluan untuk mendidik para pelajar .


KES 1 :


pernah suatu masa dahulu , kami terlewat untuk beberapa minit ke kelas dan beliau menyuruh para pelajar berdiri di atas kerusi . adakah tindakan ini sangat relevan kepada para pelajar matrikulasi yang akan melangkah ke alam universiti ??


KES 2 :


pernah suatu hari di mana saya dan rakan - rakan pulang ke rumah kerana menghadiri satu temudaga kemasukan ke salah satu IPTS dan kepulangan tersebut telah mendapat keizinan daripada felo ( warden ). Tetapi setelah kami pulang dan hadir ke kelas kami di halau keluar dengan alasan tidak memberitahu beliau tentang perkara itu ?


wajarkah tindakan beliau menghalau para pelajar keluar sedangkan kami telah mendapat keizinan dari felo yang bertugas ??


KES 3 :


semasa kuiz dijalankan , kebiasaanya beliau akan keluar dan membiarkan para pelajar menjawab kuiz itu sendiri tetapi beliau meninggalkan pesanan


"..sesiapa yang meniru saya tidak nampak..kamu boleh meniru..tetapi orang yang meniru lebih teruk dari orang yahudi .."


adakah wajar penggunaan " yahudi " kepada para pelajar ?


KES 4 :


pernah suatu masa , kertas-ketas kuiz kami dicampak umpama sampah ke lantai dan beliau terus berlalu pergi meninggalkan kami terpinga-pinga sendiri dan pergi mengutip kertas jawapan kami di atas lantai dan berasa agak sedikit terhina dengan perbuatan beliau.


wajarkah kami para pelajar diperlakukan begitu ??




******** JADI..INI JAWAPAN SAYA BAGI KESEMUA SOALAN DI ATS **********




WAJAR !!!


kerana setelah saya berada di universiti barulah saya sedar tentang perkara ini. Mungkin dahulunya saya amat membenci tindakan-tindakan drastik beliau tetapi apabila difikir dari sudut positif sebenarnya ia wajar dilakukan ke atas pelajar-pelajar malaysia masa kini.


MENGAPA ??


KES 1 : BERDIRI DI ATAS KERUSI


adakalanya nampak seperti tidak patut tetapi setelah aku berfikir kesalahan itu datang nya dari diriku sendiri yang kerap lewat datang ke kelas, jalan terhegeh-hegeh , lepak dekat ko-op sebentar . jadi , jika dihukum sekalipun itu adalah atas kesalahan aku sendiri .


KES 2 : DIHALAU KELAS


nampak seperti tidak patut dilakukan kerana aku sudah mendapat ke izinan felo tetapi menjadi patut kerana beliau adalah seorang guru. Jika anda sendiri seorang guru dan para pelajar membuat keputusan sendiri untuk tidak hadir tanpa memberitahu anda , apakah yang anda akan rasa ??


KES 3 : DIMAKI SEMASA UJIAN


wow..ayat seperti yahudi memang sedikit keterlaluan. Tetapi jika beliau tidak berkata begitu percayalah pasti semua akan meniru dan apalah ertinya ujian itu kepada anda sekiranya melakukan dan berjaya hasil peniruan.
TAHNIAH, tindakan beliau memang berjaya , 100 % pelajar tidak meniru semasa ujian itu .


KES 4 : KERTAS DIBUANG


seharunya saya menyokong tindakan beliau kerana membuang kertas ujian kami seperti sampah. Ini kerana rata-rata pelajar yang menjawab tidak mencapai target dan tidak kurang juga yang gagal .
jadi kami pelajar memberi kan ' jawapan sampah ' dan beliau membalas dengan membuang kertas jawapan seperti sampah juga.




*********** KESIMPULAN **************


hakikatnya , tindakan beliau memang akan menjatuh kan semangat mereka yang ingin terus belajar tetapi itu bagi mereka yang tidak bermotivasi dan tidak menanggap itu adalah sebagai satu cabaran.Jika difikir kembali , beliau bertujuan untuk menyedarkan kita untuk terus berjaya dan menjadi pelapis di negara ini . Jika tidak sedar lagi , fikirlah di mana anak-anak melayu kita sekarang ??


di manakah kedudukan kita sebagai bangsa melayu ?


adakah hanya di video 3gp ?
adakah hanya di lorong - lorong terbaring kaku  ?
adakah hanya memenuhi pusat - pusat serenti ?
adakah hanya di jalanan membuat aksi-aksi mereka ?


atau adakah anda mahu anak-anak bangsa melayu 


disenaraikan antara usahawan berjaya di dunia ?
mencipta pelbagai barangan berjenama dunia ?
memenuhi sektor - sektor swasta dalam negar ?
menjadi pemimpin dan seterusnya memajukan dunia ?


segala nya terserah pada anda yang mencorak meraka dan diri anda bagaimana !


sempena dengan ini saya ingin memohon maaf kepada CIKGU KAMAL dan berterima kasih membuatkan saya sedar tentang perkara ini .


sekian .

9 comments:

CM. said...

sgt seronok bace.

btw,kamoo bijak ye?hihi.



(:

azam.blindside said...

hahahaha~
ak sntiasa ade bersama kau aus setiap kejadian tu smue..~
=))

Aus MeLankoLik said...

@ m

haha..xdela..biase2 je..
haha

Aus MeLankoLik said...

@ azam..

haha..mstla..da ko sklas ngn aku..
cm palat kan dlu..
haha..

azam.blindside said...

hehehe..~
mmg palat gile..
nk2 part kne campak kertas kuiz..
btol2 dpn kte kn..
da la tutor kte masuk lmbt...
hahaha

Anonymous said...

entri yang paling i suka

setiap perkara pasti ada hikmahnya
selalulah berfikiran positif terhadap apa sahaja

Matjoe said...

hi aus. nice to meet you at the astro nuffnang blogger's night.

Anonymous said...

mr kamal..
satu ungkapan yg aku xdapat lupa dari mulut beliau..
walupun muka saya mcam mat salleh...
(sila sambung sebdiri erk)..

aku bukan nak kutuk cikgu la aus..
dalam setiap perkara ada baik tersirat yang cuba disampaikan...
tapi kes yang lempar kertas tu xadil bg utk yg dapat high mark..
xkam la yg dpt high mark pom kira sampah disebabkan org lain dpt result yg teruk?
kasihan kat diorang..
sekadar mewakili budak yg dapt markah agak excellent even bukan aku..
ha2.

Unknown said...

ku pernah berdiri atas kusi kat luar kelas..mmg damai tol..

Anda Mungkin Meminati Juga