Monday, January 25, 2010

SURAT BUAT ADUKA



p/s : intonasi cintakan agama , bangsa dan negara diperlukan semasa membaca surat ini agar setiap bait kata - kata dapat difahami dengan sempurna . 




ya , apa khabar aduka ? semoga kau berada dalam keadaan sihat selalu . Aku tahu kau mungkin dihimpit rasa gelora dan setiap hari - hari mu dilalui dengan sengsara selepas kejadian kau menyebarkan berita yang mengangu sensitiviti kaum melayu . mungkin ketika kau sedang berduka , kami  rakyat malaysia sedang giat membanteras gejala dan fenomena yang engkau bawakan ini kepada rakyat malaysia sebagai tanda kami membantah sekeras - keras nya kebiadapan kau aduka .


kau harus sedar aduka , penulisan mu itu benar - benar menganggu kewibaan kami sebagai bangsa melayu . aduka , kau harus sedar bahawa sejarah telah membuktikan bahawa jiwa melayu pantang dicabar apabila berkaitan isu tuhannya dan kedaulatan rajanya . Sejarah juga membuktikanya aduka apabila pemerintahan british di tanah melayu berkekalan lamanya kerana mereka menjaga kedaulatan dan adat istiadat melayu hatta perkara itu sebenarnya adalah satu kelemahan melayu . Biarlah , aku tidak mahu bercerita tentang sejarah kerana yang berlalu tetap berlalu dan yang bakal mendatang harus dicorak dengan lebih sempurna .


aduka , 
kau katakan kau membawa ideologi islam dan ingin menyampaikan dakwah islam di kalangan pembaca - pembaca dan pengikut mu . Tetapi kau silap kerana nabi juga berdakwah tetapi mengikut bahasa golongan sasar yang hendak dituju . Kau harus sedar , mungkin ada sebilangan yang menyokong ideologi mu dan sebilangan lagi menentang ideologi bawaan mu dan kau harus sedar mereka yang menentang adalah lebih besar jumlahnya daripada yang berdiri di belakang mu . kau harus sedar , hati manusia berbeza - beza corak penerimaan nya seperti pepatah melayu " rambut sama hitam tapi hati lain - lain " dan mungkin jika aku ingin menerangkan dengan menggunakan bahasa moden dunia kepada engkau adalah kau harus sedar iatu Hati manusia ibarat sebuah laptop acer , walaupun produk nya sama tetapi mempunyai model yang berbeza wahai aduka . Dan setiap produk nya ada kelebihan dan kekurangan masing - masing tetapi apabila kesemua kehebatan dan kekurangan itu disatukan maka ia akan menjadi satu produk yang hebat malah kehebatanya mungkin tiada tandingan nya . begitu juga diibaratkan hati bangsa melayu , yang mungkin berbeza - beza cara pemikiranya tetapi ia tetap benda yang sama iaitu hati , dan bila hati melayu telah bersatu . maka kau akan menerima akibat nya wahai aduka .




tetapi aku menyanjungi satu semangat mu iaitu berani dan apalah salah kiranya kau menggunakan kelebihan mu itu untuk lebih memajukan negara dan seterusnya mencapai hasrat murni ke arah malaysia berjaya . Aku juga ingin menegur mereka yang rata - rata mengkomen article aduka yang tidak menggunakan ID sendiri dan mungkin ada segelintir mereka yang tidak mempunyai blog sendiri tetapi logik kah jika daripada 354 komen yang tersenarai hanya 4 ke 5 kerat yang mempunyai ID  . Jika kau di jalan benar untuk mengajar aduka kau harus berani seperti nya kerana orang seperti aduka memerlukan kita sebagai satu bangsa melayu yang bersatu dan menentang satu penderhakaan nya .


penulisan meminta maaf mu secara terbuka dan aku telah membacanya dan menerima kemaafan kau dan aku amat mengharapkan ia datang ikhlas dari hati kau kerana aku tidak berhak untuki menghukum kau dan biarlah kedaulatan negara yang menghakimi kesalahan mu wahai aduka . aku juga menyokong penulisan LIZARAZAK - PERMOHONAN MAAF ADUKA SAYA TERIMA sebagai rakyat johor yang menerima permohonan  maaf mu secara terbuka dan tindakan liza adalah jalan terbaik bagi meredakan ketegangan ini . 


sekurang - kurang nya kau berani mengakui kesalahan kau sendiri dan meminta maaf secara terbuka . 


kepada semua ,  tindakan aduka ini mungkin kerana mengikut kata hati dan perasaan nya dan tidak berfikir secara rasional tetapi adakah semasa membaca artikel nya anda sedar bahawa kita sendiri menerima tempias nya . hal ini berlaku mungkin kerana kita kurang bersatu hati sebgai bangsa melayu dan menyebabkan muncul insan - insan seperti aduka untuk memijak bangsanya sendiri akibat kekurangan adab di dalam diri .


renungkan lah !




p/s : jika tersalah kata maka maaf dipinta .

23 comments:

Unknown said...

pergh berpantun-pantun plak ko ngan aku bape nak bukak???

JAI said...

Bagussss...buat aduka jangan buat lagi..kang kena sebat wehhhh

Jard The Great said...

hehe.. die bc tak neh?

lizz said...

erk. thanks yek link ke blog tu. hehehe. toceh2 :P

die nampaknya macam ego sangatlah...haih, susah jadi manusia macam ni tapi biarlah. sampai masa, tahulah die kene hukum apa yang sepatutnya

Unknown said...

nasiblah kau aduka..skrg ni pihak berkuasa tengah nak dakwa hang..oleh itu berhati-hati ek..sebab mulut badan binasa..

Matjoe said...

aduka? dia gagal coz frust jadi paduka

Cik Lily Putih said...

ermm padan muka dia

atreyu strange said...

Your entry is exactly how I feel (including pasal anonim2 yg dok kutuk2 tu).

Memang Aduka salah, dan kita perlu tegur dia. Tapi itu tak bermakna kita tak boleh memaafkan dia dan memberi peluang kepada dia utk bertaubat, right? Bukan semua benda perlu guna kekerasan. Prinsip reverse psychology kan ada, it really is simple. If he is wrong in practicing his religion, then bring him back to the right path. Not just shoot him down. Gosh.

Asfan Ash said...

xde maaf bagi die
die xinsaf pon...tgkla entri die pastu..xde rase bsalah pon

Aus MeLankoLik said...

@ bean..

aku xreti berpantun lagi..ahahaha..


@ jai ..

ahaha..
sebat sedap gak..lagi2 depan orang ramai..ahaha..



@ jard..

ntah..ko link la blog aku kat die..ahaha..



@ atretyu..


yup..betul2..
anda disokong..ahaha..

Asfan Ash said...

wey aus xreply komen aku..kcik ati ah cenggini

Cita-cita kami nak jadi angkasawan part2

Mari belajar English cara Malaysia

miss lolly a.k.a luvfareda said...

huhuhu.

macem2 insap2lah jgn tegak benang yg basah

Aus MeLankoLik said...

@ ARC

ahaha..yela2..meh2 sini nak pujuk..
kekek..


@ loly..

xpe..keringkan benang dulu..haha

Asfan Ash said...

lol Aus
aku ni kalo org komen blog aku, aku wajib g terjah dan komen entry latest die balik

so since ko xupdate lg, maka aku survey2 la entry lame LOL

ko nak letak ke?ade syaratnye moh kite bincang
email aku arc.fan13@gmail.com

Aus MeLankoLik said...

aik..nak kena bincang...ahaha...jap2..
aku ngah mengarang ni..
keke..

Unknown said...

hahaha..pelik la kalo jadik cam gini..msti lagi senang kalo laki yg mengandung..hehe..

kawie2020 said...

kawie x layak menerima mahap dari aduka nih.. tapi apa pun masih lagi tiada tanda2 keinsafan atau rasa bersalah aduka kerana n3 yg mencemar itu...

nampak kemaafan itu hanya dibuat tanpa keikhlasan dan keinsafan...

:-: LilacMessy :-: said...

merenk doh.. ta boleh byg.. kompom kegediks kn terserlah.. cm ner la kn.. mst sempoi laki jadik malu2 kucing jer.. nyiau2..

:)

Aus MeLankoLik said...

ahahaha...

actually nk komen post..die ade kat ats taw..
hehe..
tp xpe..
ok je..
haha..

laki gediks..
ahaha...
mcm menarik..

:-: LilacMessy :-: said...

e2 la.. juling weeh bijik mate den nengok.. adoyai.. mmg laen dr y laen.. sory yewp.. slah space lak.. sob3..

*_*

Aus MeLankoLik said...

@ messy..

ahaha..ok2..
memang slalu org camtu..
hehe..

Aus MeLankoLik said...

@ messy

ramai yang xjumpe..hehe

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.

Anda Mungkin Meminati Juga