Tuesday, January 5, 2010

AZAM HARUS BERTERUSAN








ya, ini merupakan entri pertama di tahun baru setelah hampir 6 hari berlalu. Jadi bagaimana perasaan anda di tahun baru ?? adakah apa yang di azamkan masih kukuh di sematkan dalam hati atau kini telah bertukar menjadi sayup-sayup sahaja yang mana janji tinggal janji.


sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita iaitu apabila tahun baru hampir bermula lantas berbagai-bagai azam di cipta dan semua nya untuk kebaikan dan berhasrat ingin melakukan perubahan tetapi sesudah nya muncul tahun baru lalu azam-azam itu cuma tinggal kata-kata dan akhirnya hilang di bawa masa.


lantaran, di manakah silapnya ?
adakah silap kita kerana menyimpan azam setinggi angkasa ?


TIDAK SAMA SEKALI !!


sememangnya azam harus di letakkan setinggi angkasa kerana semakin sukar dicapai semakin tinggi usahanya
tetapi sanggup kah anda melipat gandakan usaha untuk mencapai cita-cita ??


tidak salah jika ingin melakukan perubahan tetapi tidak perlulah secara mendadak.
sebagai contohnya :


"..farah tidak pernah memasak dan tidak pernah menjejak kan kaki ke dapur lalu berazam untuk terus memasak apabila tiba tahun baru 2010.."


adakah farah akan berjaya ?


kemungkinan hanya 30 % akan berjaya, MENGAPA ?


adakah logik sekiranya kita tidak pernah cuba melakukan sesuatu pekerjaan itu lalu secara tiba-tiba kita akan mula melakukan nya ?? kemungkinan farah cuba memasak pada hari pertama, kedua dan ketiga lalu pada hari ke-empat beliau berkata 


"..ahh..malas la masak.."


ini kerana pekerjaan itu dilakukan secara tiba-tiba untuk dirinya.


bagi mengatasi masalah ini farah haruslah memulakan langkahnya mungkin menjenguk-jenguk ibunya yang sedang masak di dapur dan melihat cara-cara memasak atau menggoreng dan sedikit demi sedikit beliau cuba membantu ibunya dan lama kelamaan sudah menjadi kebiasaanya untuk memasak.


anda dapat lihat bukan perbezaan nya di situ.


selain itu, disiplin diri adalah penting untuk menjana perubahan di dalam diri dan seharusnya apabila sudah berazam haruslah bertekad untuk melakukan nya.


jika hanya berazam tanpa tindakan umpama niat tanpa sembahyang..muahahaa..boleh ke disama kan ???


bersempena dengan tahun baru ini yang masih dikatakan fasa permulaanya bersamalah tekadkan azam kita sebelum ia nya hilang di bawa masa.AYUH !!








6 comments:

faraOfafa said...

takde name lain ek? haha. terok btol la die ni.

Anonymous said...

selamat tahun baru!

Kancilbiru said...

aku setuju bab farah tu...nak laksana azam tak bleh buat melulu..azam mesti sesuatu yang boleh dicapai tapi lambat / sukar dicapai kerana byk halangan. kena mula sket2 supaya tak mati terus azam tu bila gagal!~~

sekadar 2 kupang aku..:)

Aus MeLankoLik said...

@ fafa

haha..biala..

Aus MeLankoLik said...

@ faty

hepi new year 2..

Aus MeLankoLik said...

@ nizaa

hehe..smoge azam thun baru tercapai !!

Anda Mungkin Meminati Juga