Saturday, May 22, 2010

Berkat Bukan Kerja Kita




 Selamat datang . 


Kebelakangan ini aku tengok ramai yang mempersoalkan tentang keberkatan kita berblog . Aku ambil contoh mudah dengan berblog la sebab rata - rata yang mengunjungi ke sini semua nya mempunyai blog dan aktif bersama nuffnang . Macam ni la , ada yang kata apabila kita buat sesuatu contohnya seperti memburukkan orang ke atau kita menulis dengan penuh caci maki maka rezeki yang kita dapat hasil daripada berblog tidak berkat kerana kita dikira berniat buruk dan busuk hati . 


Maka , kat sini aku mempersoalkan . 


Berkat itu urusan siapa ?

Kita tahu ke apa yang dicatit pada amalan kita ?

Kita ke yang meletakkan syarat untuk memperoleh keberkatan ? 


Dah siap baca soalan yang aku ajukan , kau orang fikirlah sendiri apa jawapanya . Kadang - kadang bila kita lihat rakan kita dikeji dan dimaki kita akan rasa marah . Lantas , kita pula mempersoalkan adakah dengan cara memaki ini semua difikirkan bagus tetapi secar tidak sedar bahasa yang kita guna adalah lebih kurang dengan apa yang dilemparkan terhadap rakan kita .


Bercerita soal keberkatan lagi , macam tadi contoh yang aku bagi orang tang menulis perkara yang tidak baik dilabel sebagai mendapat rezeki yang tidak diebekati . Jadi , 

Adakah mereka yang menulis dengan bahasa yang baik diberkati ?

Sejauh mana apa yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka telah dilakukan ?


Ini aku sendiri tidak terkecuali . Aku sedar , apabila aku berdaftar di bawah nuffnang iaitu syarikat pengiklanan maka tanggungjawab aku meletakkan iklan yang mereka berikan dan sejauh mana kita mempromosikan iklan mereka . Adakah sesama kita sahaja atau kita cuba mempromosikan pada mereka di luar sana .


Ada sesetengah yang menulis untuk menyedarkan diri dan orang lain dan ada yang sesetengah menulis untuk kepentingan diri sendiri . 

Anda di mana ? 

Sekian , jika ada tersalah kata atau tersinggung kata , maaf aku ucapkan dan boleh utarakan pendapat di ruangan komen . Semoga apa yang kita lakukan ikhlas dan diberkati Allah .




Adios .





30 comments:

Muhamad Ahnaf bin Mohd Abd Ghafar said...

baik lak die ni...

miss hav0c said...

yup betul.kdg2 kita xsedar apa yg kita tulis tu indirectly tunjuk mende negatif

BeaN MorENo said...

aku tersinggung...hak3

Norfadli said...

biasa ini la sikap manusia yang bersandarkan nafsu. Apa2 pun kita berusaha memperolehi keberkatan dari Ilahi hanya Allah s.w.t yang berkuasa menentukan. Sesungguhnya Allah adalah Penguasa bagi seluruh inci alam ini

stiffler said...

gua menulis untuk kepentingan diri sendiri

chaie safri said...

banyak setuju!

Yatre Hayati said...

aku menulis sebab aku suka...aku tataw lak kalo ada yang terasa ngan aku...aku pown tak pernah lagi terasa ngan sesiapa...adakah aku da ilang deria perasaan?? entahlah.

Sharinginfoz said...

apa-apa pun buat yang terbaik

AF8 Terkini: Shahir or Adira??

syahira ariff said...

ya betol
kadang kadang ada blogger tulis keburukan orang untuk up kan traffik dia
satu lagi fenomena ialah plagiat karya org
=[
sungguh tak berkat cara mudah dan singkat gitu

deus X machina said...

ya...terima kasih al fadhil sheikh aus...sungguh insaf saya

::cdot the dot:: said...

astaghfirullahalazim..

|| nemo mimosh || said...

kaf ba ra kaf alif ta nun. :)

ashrafi said...

salaam..

sedar atau tidak, orang akan menilai berdasarkan apa yang si pelaku itu tulis dalam blog miliknya. lumrahlah ada perbezaan dalam penulisan dengan percakapan. itu benda biasa. tapi kalau dalam laman blog pun perangai yang entah apa apa dibawa sama, sehinggakan jelas menampakkan 'jatidiri' sebenar si penulis, kan ke malu jadinya..

blog kita tanggungjawab kita, untuk manfaat semua..

(entah betul ke tidak yang saya komen ni).. :)

Wallahu a'lam

RasaHatiku said...

Assalamualaikum saudara Aus.
Saya tertarik dengan persoalan yang dilemparkan kepada pembaca, termasuk saya lah tu.

Kalau kita sudah bijak mempersoalkan keikhlasan atau keburukan orang lain, maksudnya diri sendiri belum pasti lebih baik.

Dalam Islam kita tidak diajar membalas keburukan dengan keburukan, maksudnya kalau ada bloggers yang dirasakan banyak mencaci atau mempertikai orang lain, maka yang terbaik perlu dilakukan ialah membalas dengan artikel berunsur kesedaran tanpa memperkecil atau menjatuhkan blogger yang satu lagi.

Sentiasa berhemah dan berhikmah.
Cuma pandangan saya. Terima kasih.

arrizz said...

ttarik dgn entri ko nie bro..aku mnulis utk kpntgn diri sndri..aku mnulis sbb aku ska..

stuju dgn RasaHatiku..Islam xajar bruk blas bruk tp bla bruk dblas dgn baik, insya-Allah baik la jdinya..i2 tarbiyah yg sebenrnye..

~ ReD ~ said...

astagaaa...serius aku alpa..thanx sebab perasankan aku hal2 cmni..well, aku akan cuba perbaiki diri dalam apa2 pun..:)

CikLilyPutih said...

Aus
sape buat awak tersinggung? meh k lily sekel kepala dia hehehe

pawaka19 said...

terbayang orang menjaja gambar xx ..pastu dpt duit dari nuff..dah tentu tak berkat.

Pawaka19 Dot Com
"simcard anda telah memenangi peraduan? " taktik terbaru si penipu

Nurain Hasan said...

dengan itu marilah kita berblogging cara sihat.
tak gitu aus?
:DD

fatynlicious said...

wahh, bab ni i tak mampu untuk bersuara
sebab belum cukup ilmu lagi

fatynlicious said...

buw, good try la aus, u buat orang lai tersedar dan terfikir

x-po said...

kadang2 pkir, tak kan nk blogging nk menulis cara baik je..kalau cmtu, mesti ramai yg hipokrit..skali skala, leh gak luahkan perasaan, luahkan rs tak puas hati kat seseorang..

hellioz said...

gwa suke tazkirah lu...
gyahahahhahahahhahaha~

Style said...

huhuhu~ gud gud :)

maisyara Pot! Pot! said...

aku tak tahu aku yg mne satu. ko rase aku kt tempat tang mne? hahahak xD

Kancilbiru said...

aus, ni ko belaja amik cos apa ni? tukar cos cepat amik pengajian islam...hehe..sesuai..

aku pernah baca pasal berkat ni..kat mana tah. nanti la aku cari balik..

suri said...

huhu...jika begitu bila kita dah masuk dunia maya ni maka kita perlulah jaga setiap pertuturan kita..mana yang tersalah itu wajarlah ia di perbetulkan.

Rara said...

trase la plak..dhla slalu tulis ikut ske je..ehehe :)

N@zihah said...

i'm speechless..
Kurang menyedari sebenarnya,
blogging pun boleh ada kaitan
dengan berkat.
a'ah laa..setuju sangat,
berkat ni banyak mempengaruhi
hidup kita sebenarnya.
Seboleh-bolehnya, kita usahakan ja laa guna kata-kata yang baik pada setiap entri2 dalam blog kita, pasal orang terasa atau tidak pada setiap pandangan,pendapat dalam entri kita tu belakang cerita.sebab setiap orang mempunyai penilaian
atau interpretasi yang berbeza dalam setiap perkara.

p/s: aik,sejak bila jadi pakar linguistik ni? ayat bukan men berat lagi putar belit lak.sory ek.teruja nak drop komen ni.haha

Encik Tikus said...

nak nangis aku bace.dah nangis dah pun Y_Y

Anda Mungkin Meminati Juga