Tuesday, May 18, 2010

Istimewa Hari Guru | Kisah Aku dan Mak Cik Dobi , Part 2

Ini adalah sambungan dari part 1 tentang kisah mak cik dobi pada post sebelum ini , [ click ]


Sekarang kita bercerita tentang bagaimana mak cik dobi berkongsi tips mencari pasangan hidup di atas dunia ini .Ini adalah antara part yang paling aku ingat ketika selalu menghabiskan masa bersama mak cik dobi sehingga berkongsi kisah hidup dan pandangan nya tentang gadis pilihan hati . 


Dulu - dulu , bila dah takda kerja nak dibuat , biasanya kitorang akan duduk dengan mak cik dobi secara beramai - ramai . Sambil melipat baju yang telah siap dikeringkan , sempat mak cik dobi tanya pada kami seorang demi seorang tentang gadis - gadis yang berjaya mencuri hati kitorang .


Persoalan ini timbul kerana setiap kali apabila ada pelajar perempuan yang datang untuk mengambil baju mereka , pasti ada saja yang tiba - tiba jadi rajin pegi tolong ambilkan beg dobi perempuan tersebut , tiba - tiba ada yang tolong mak cik dobi lipat baju sekali la semata- mata untuk menunjukkan kononya yang kitorang ni dari golongan yang rajin membantu la , hahahak . Padahal semua tu hanya palsu dan mak cik dobi yang dah pun masak dengan perangai sorang - sorang hanya mampu tergelak sahaja . 


Sampai kan satu hari tu , mak cik dobi yang aku panggil Cik Ani bertanya , 

" Aus , hang kalau nak pilih marka , hang nak yang lagu mana ? " ( dalam loghat kedah ) 

Akibat terbiasa melawak dan maka jawapan yang keluar selalunya pasti bukan seperti yang mak cik dobi nantikan , 

" Cek kalau bulih , nak yang takat - takat lagu amalina , dangdut sikit , baru boleh pi " 


Akibat dari jawapan yang kurang jelas dan mungkin membuatkan Mak Cik Ani tidak faham , dia bertanya adakah gadis dari jenis yang seksi , hahahak . Seperti biasa , kalau orang tanya aku 10 soalan pun belum tentu 1 jawapan yang aku bagi adalah betul dan aku hanya angguk tanda setuju . Jadi timbullah jawapan dari mak cik ani . 


Pesan Mak cik Ani , 

" Kita ni , kalau nak pilih isteri nanti , mesti nak yang baik , yang cantik . Tapi kita tak sedar kadang - kadang kita ni bukan baik mana . Nanti hang nak pilih bini , jangan pandang yang lain , pandang hati dulu baru hang taw dia camna " 


Sedikit sebanyak aku mula sedar , biarlah gadis yang aku jumpa nanti seksi atau pun macam mana jenisnya tetapi kalau hati nya baik , insyaallah masih boleh dididik . Tidak perlu cari yang nampaknya baik , tetapi di dalam hati keras macam batu . 


Ini antara gambar kenangan ketika di dobi suatu masa dahulu , hahahak . Masih suci lagi .





Gambar ketika mencari pemilik boxer oren bercorak bunga metahari . Hahahahak . 



Ini Mak Cik Enon aku panggil . Gambar bersama Mak Cik Ani dan Mak Cik Anjang tidak sempat aku ambil .

Terima kasih kepada Mak Cik Dobi kerana telah memberikan aku satu pengalaman terindah ketika di zaman matrikulasi dahulu , kadang - kadang apabila teringat kembali terdetik rasa rindu pada mereka kerana mereka umpama ibu dan guru pada aku suatu masa dahulu . 


Sekian . 




14 comments:

zella y said...

posing kat mesin basuh tu...boleh jd model! heheheheh

Q said...

comelnya baik dgn makcik dobi. aku suka dgn org yg boleh baik dgn makcik cleaner/dobi.

.::WaNiE::. said...

kekeke siap posing secara berjemaah kat dobi

hati biar seksi.. aww aww..

cam amalina? ahahahahah

deqyalalink said...

suka betoi aku ngan org kedah ni suma sporting naa hahaha :p

betoilah tuu...samo mcm pompuan ye, nak cari suami perangai paling penting, iman boleh dipupuk..eh ni bukan aku ckp, ni kwn aku ckp..kalau aku, aku pilih rupe dulu :p eh duitt dulu ahhaa

~ ReD ~ said...

gulp! terasa aku tang hati keras mcm batu tu..muehehe.. ;p

Hairi Waznati Azra said...

Ooo...baru i tau. Hahaha! Pesal tak bagitau awal2, leh i bawak 1 kelas join u kat tempat dobi tu, hahaha!

Cath J said...

amboi... amboi...amboi.... mcm tu rupanya dulu2 yerrr... ngoratttt anak dara org ehhh??? hehehhehehhe....

Visiting you today ya..

from akak cj... ^_^

cik eykameow :) said...

ala weyhhh. sapa pemilik boxer oren bunga matahari tu? ciss ta ckp pun kat sini. Haaaa JANGAN-JANGAN...! aku twu sapa..mesti awek kau punya kan?. and dat day meti kau jatuh cinta ngn dye. kan kan? ahahahahaaha

fatynlicious said...

haaa, dengaq tuu aus. hang kalau nak caghi marka toksah dok gatai nak hat yang lawa seksi melangut. caghi hat besa2 sedap mata memandang sudah
janji dalam hati dia ada taman.
haha
hati baguih, tak dengki, baik hati baru menjamin kesejahteraan ghumah tangga :D

Matjoe said...

carik yg tak suka merabih duit

soffya cik bulan said...

haha..apasal aku tkde makcik dobi jgk ek?hehe...

posing ka dobi tu..kemain bergaya gak r...aahha

maisyara Pot! Pot! said...

makcik ani? hahaha.. nama makcik kantin aku tu. xD

::cdot the dot:: said...

muka ko mcm suci jekkk..mcm belum sunat.....

Sir Marcello said...

muka baik! xleh jadi gengster..hahaha...

ok part serius~ kadang-kadang kita tak sedar..orang disekeliling kita juga menjadi guru..erti hidup..erti budi dan segala2nya..semuanya kita pelajari tanpa sedar..

Anda Mungkin Meminati Juga