Sunday, May 16, 2010

Istimewa Hari Guru | Terima Kasih untuk Mereka di Kolej MARA Kulim

Selamat datang . 

Tanggal 16 Mei tiba lagi dan seperti kita tahu hari ini merupakan Hari Guru di seluruh Malaysia . Jadi kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru yang pernah mengajar aku dahulu . 


Dulu - dulu , kalau ada sambutan hari guru confirm rasa bosan sebab 2 -3 hari sebelum sambutan mesti murid - murid kena kerah buat kad ucapan untuk hari guru , ceh , masa tu la guru pendidikan seni ambil kesempatan . Kalau ada yang tak nak buat , confirm kena tolak markah , hahahak . 


Tapi , kalau dulu mungkin kita tak sedar betapa nilai nya titik peluh mereka sampai semuanya kita buat kerana terpaksa . Tapi , apabila sudah meningkat dewasa dan otak sudah mula berkembang barulah mula terasa hari guru seakan bermakna . Masa tu kalau buat salah pun , cikgu tak kan marah sebab bila jumpa semua ucap Selamat Hari Guru . Hahahak . Cikgu yang menerima apa lagi senyum melebar sampai ke telinga jawabnya , hahahahak . 


Di kesempatan yang ada , aku nak buat satu post mengenang kembali kenangan - kenangan bersama guru dulu - dulu , hahahak . Aku pilih semasa zaman aku di Matrikulasi , sebab masa tu baru start rapat dengan cikgu . Hahahak .



Ini cikgu Hayazi , merupakan bekas guru matematik aku dulu . Orangnya memang baik , setiap hari ada mengajar tips - tips berbelanja dan pengurusan hidup . Langsung tak pernah marah dekat kitorang , paling kurang kalau dia bengang , selalunya akan tarik nafas panjang - panjang . Memang tenang . 



Ini guru komputer aku dulu . Orangnya tenang dan paling buat aku sayang sebab dia percaya dengan kebolehan yang aku ada . Selalu memberi semangat untuk aku terus belajar di dalam kelas nya . Pernah jugak kena bebel dalam kelas sebab kantoi main game , tapi marah cuma sekejap . Hahahahak , lepas tu siap boleh join melawak dengan kitorang semua . Hahahahak .




Cikgu Mastura . Dua tahun dia mengajar aku fizik . Aku mengaku dia kuat membebel , setakat kena bebel dalam kelas memang dah biasa , sampai satu hari kalau dia tak bebel apa - apa kitorang semua rasa pelik . Hahahahak . Tapi dalam bebel - bebel dia semua yang dia cakap semua tepat menusuk hati , hahahahak . Kadang - kadang , dia merangkap macam ibu sementara untuk aku cerita apa - apa benda yang aku rasa mengganggu hati , hahahak . 




Cikgu Nisa . Bekas guru kimia aku . Sebenarnya aku sendiri tak tahu ini cikgu ke kawan ke kakak , hahahak . Sebab dalam masa dia mengajar kadang - kadang dah boleh sembang macam kawan sendiri . Kira dulu - dulu dia antara cikgu yang termuda la kat sana , hahahahak . Pernah sekali dia merajuk dalam kelas , tapi bila jumpa esok nya , siap boleh melawak lagi sama - sama . 



Miss Hairi . Bekas guru bahasa inggeris aku . Seorang yang tak pernah jemu bagi nasihat dan galakan setiap hari . Dulu - dulu , aku selalu ponteng kelas dia , tapi sikit pun dia tak pernah marah sampaikan ada suatu haru dia bertanya kenapa aku selalu ponteng ? Adakah kerana tidak suka dia mengajar ? . Saat itu , aku sendiri yang rasa malu dengan diri sendiri , seolah - olah dia yang bersalah . Tapi , antara semua , dia adalah seorang guru dan kakak kepada aku . sanggup mendengar masalah , berkongsi masalah dan menjadi kawan kepada kitorang semua . 



Selamat hari guru untuk semua yang bergelar pendidik dan terima kasih kepada semua guru dan maaf jika ada kata - kata yang pernah mengguris hati anda . 


Sekian .



15 comments:

Sekretariat PERSADA Universiti Malaya said...

teguran cikgu english aus tu memang reverse psychology yang cukup berkesan. suke! akan saya praktikkan bila saya jadi cikgu nanti

Jard The Great said...

comel guru mu

BeaN MorENo said...

hahaha..ko kan dulu cita2 nk jadi cikgu ke mas darjah 1

::cdot the dot:: said...

apasal cikgu ko suma mcm semur jek ngan ko...ke ko yg dah tua??selamat hari guru..

|| nemo mimosh || said...

muke tade beza. haha

Sharinginfoz said...

selamat hari guru kepada semua....

Segmen Kenali Blogger

aRoL said...

selamat hari guru..

.::WaNiE::. said...

yelah kalau sekolah dulu bukan main kalau cikgu selalu marah2 mula tak suke

dah besar ni lain dah persepsi tu

hihihi

thanks cikgu2 dan lecturer2 sume lah:)

Epul Azimi said...

aku takde pic bekas cikgu2 aku,ambik pic cikgu ko bleh buat kenang-kenangan.....hehehe

btw selamat hari guru untuk semua guru....:)

deqyalalink said...

kecik ati cikgu cikgu lain ahhaa...baideway hepi cikgu day !

Cath J said...

Selamat Hari Guru pada semua Guru2.. ^_^

hans said...

selamat hari guru pada guru disiplin

fatynlicious said...

cikgu yang paling banyak berjasa dalam hidup kita.
setiap orang yang telah mengajar kita secara langsung atau tak langsung jugak layak dihormati sebagai seorang guru, kan aus?
hehehe

tanpa cikgu, siapalah kita hari ini.
i macam terkilan dengan sesetengah pihak yang tak suka kan certaian2 cikgu, terus nak kutuk macam2. apa golongan depa ni tak reti fikir atau apa?

nway, selamat hari guru!

Anne Boleyn said...

Slmat hari guru kpd semua guru2 d Malaysia.Tak ternilai ilmu yang mrk dah curah kan pd kita :)

CERITAKU... said...

hahaha..cikgu hayazi,cikgu mastura gan cikgu nisa.dalam kenangan

Anda Mungkin Meminati Juga