Saturday, May 15, 2010

Santau | Antara Dendam dan Irihati



Selamat datang , tiba - tiba terdetik untuk membuat kisah yang berkaitan santau hari ini . Dengar sahaja santau pasti akan menimbulkan rasa gerun di kalangan kita kerana ia memang benar - benar berlaku dan kesannya amatlah membahayakan . Sebelum itu mari kita berkenalan dulu apa itu yang dinamakan santau . 



Apa Itu Santau ?


Santau adalah sejenis ilmu hitam yang digunakan oleh para pengamal nya kepada mangsa ataupun musuh mereka untuk meracun dan menyiksa mangsa secar perlahan - lahan dan kebiasaanya jika tidak dirawat boleh mendatangkan kematian pada jangka masa tertentu . 


Terdapat pelbagai jenis santau yang diamalkan oleh para pengamal antaranya ialah 


1 . Santau Kaca

Biasanya diletakkan di dalam makanan atau minuman mangsa .

2 . Santau Lintah 

Lintah dijampi dan ditujukan pada mangsa untuk mengi=hisap darah di dalam badan  . Kebiasaanya akan menyebabkan mangsa muntah dan sakit perut yang teramat .

3 . Santau Angin

Bacaan jampi atau mantera dan dihembus kepada mangsa .



Sekarang kita tengok pula apakah bahan - bahan yang digunakan untuk membuat santau . 


1 . Terdiri daripada bahan - bahan bisa seperti air lipan bara , bisa ular senduk dan bisa ular kapak .

2. Terdiri daripada bahan - bahan gatal seperti miang buluh , miang rebung , ulat bulu yang masih hidup . Kebiasaanya akan menyebabkan gatal di bahagian tekak .

3 . Terdiri daripada bahan - bahan pedih seperti kaca , mentol lampu dan kelongsong telur ayam . 


Itu sedikit sebanyak pengenalan mengenai santau dan mungkin sedikit sebanyak telah anda ketahui . 


Gambar kredit kepada santau.org


Sedikit pengenalan tentang santau . Dalam post yang akan datang selepas ini aku akan menceritakan kisah rakan ku yang mengalami kejadian ini sehingga mengorbankan ahli keluarganya . 


Sekian .




23 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

perghhhhhhhhhhh

ape kes tetibe belog kau berilmu ?

hans said...

minta simpang dari kena santau

Sharinginfoz said...

tak baik ni santau menyantau kan

Sendra said...

minta izin dari AusMelankolik untuk aku post satu entry disini..

Aku terfikir nak buat entry tentang iri hati dan dendam orang melayu, sebab aku terfikir soalan,untuk menjadi orang berbangsa melayu sekarang,apa benda yang kita boleh banggakan ehh??kenapa kadang2 kita terlalu taksub dengan melayu,sampai kita memburuk2kan bangsa lain??Paling teruk,aku tak faham kenapa melayu ni sering berlaku dengki mendengki??apa ni weyh??mana 1 Malaysia kalau melayu sendiri pecah2,lagilah macamana nak bersama dengan bangsa lain..hehh..


Ntah kenapa kali ni aku agak buat entry critical thinking sikit ahh kan,(kat blog kau pulak tu aus)..Aku ada dengar cerita dari kawan aku,ni kisah arwah mak dia..arwah mak dia ni jenis rajinlah cari duit tambahan untuk famili dia,dengan menjual nasi lemak..kecil-kecilan je..nak jadi cerita,ada jugalah pesaingan dari penjual nasi lemak lain.entah apa yang di dengki sangat,sampai bomoh2 apa semua nak kasi black magic sikit..akhirnya mak dia kena macam penyakit misteri sikit dan akhirnya meninggal.


Sebenarnya ada banyak lagi kes2 macam ni yang aku pernah dengar..ntah macam dah jadi perangai orang melayu,percaya sangat kat bomoh2 ni..bapak aku memang tak pernah lah dia nak percaya kat bomoh2 ni..ada orang kata,"bomoh tu orang baik apa,dia ubat pakai ayat al quran"..tapi hujah bapak aku buat aku yakin pendapatasi dia..kata dia,sebelum nabi adam dicipta oleh ALLAH,syaitan ni antara hamba yang tunduk padaNYA,kuat beribadat..cuma dia berpaling sebab dia tak nak sujud pada Adam.itu bukti sebenarnya syaitan pun boleh je baca quran.


Apa aku nak cakap kat sini,aku tak faham kenapa orang melayu mesti nak berdengki2 dengki?maaf aku buat entry yang agak macam critical thinking ni..aku cuma mempersoalkan kenapa kita orang melayu mesti nak berdengki2??kenapa kita mesti nak sakit hati kat kejayaan org lain??memang persaingan adalah benda yg penting juga..tapi apa ni??lagi aku nak cakap kes santau..kenapa org nak berjaya apa semua ni sanggup pakai santau apa semua??nak buat pelaris apa semua??


apa ni weyh??maaf,aku tw aku tak berhak nk bersuara pasal semua ni..tapi adakah menjadi kesalahan,kalau aku ni selaku barisan pelapis mempersoalkan perkara ni semua??Aku nak tanya,pada mereka yang sibuk bangga dengan bangsa masing2 tak sudah,bagi yang beragama islam,kalau kau mati,malaikat ada tanya kau soalan kau bangsa apa ke??

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

*aku juga melayu,tapi aku tak faham kenapa orang nak santau2 ni??
*mungkin benar macam apa yang kau cakap kan aus,Antara dendam dan irihati??
*aku tak nak cakap pasal bangsa lain sebab tak pernah dengar pulak cina atau india main santau kat malaysia ni..
*mungkin ada,tapi selalu kita dengar bangsa apa main santau??

~ ReD ~ said...

uihh...bisa ular, bahan merbahaya, tajam, bahan pedih..uihhh.memang sengsara lah mangsa santau tu...

Aus MeLankoLik said...

@Sendra

memang panjang , bagus2 . aku pun pelik .
entri ni muncul sbb masih ade lagi yang mengamalkan bende ni , itu yang aku mcm pelik . tak habis2 nk dengki .
takpe2 , kita belia blogger kena terapkan

SIKAP YANG MURNI , jgn tulis post yang sakit hati . hahahak

siggplus said...

bila dah dengki macam tu lah. anta santau. haih orang melayu ni tak reti nak insaf2

tgk bangsa lain, ada ke main benda2 ni?

Aus MeLankoLik said...

@siggplus

jawanpan kau akuade , tapi x boleh cakap . sensitif . hahahak

Sendra said...

aku ada buat post yang sakit hati tak eh aus??kadang2 tak perasan tu benda2 macam ni..kalau aku ada buat,kau tegur je okey(kalau kau anggap aku kawan kau lahh..kau pun beza umur dengan aku sehari je okey..ingat tu..)hahha

N@zihah said...

Salam,uiks thanks sharing that info!

fatynlicious said...

ueww, di zaman moden ni pon masih ada pemikiran orang yang tak moden.

siap nak santau menyantau lagi
kekadang takut nak makan kat luar sebab takut terkena santau

aus, sebelum u nak makan, pastikan u baca doa

semoga kita semua dilindungi dari godaan syaitan & iblis serta ilmu hitam

aminnnn

maisyara Pot! Pot! said...

perghhh! lama tak mengguling2kan diri dekat dalam entry ko. ni baru melepas dari kandang xD

muntah berdarah pun santau kan?

Yatre Hayati said...

rajin lak kan nak cari bisa lipan bara la...apa la...

baik gi cari pahala..pape ntah...aiseh

.::WaNiE::. said...

bagus kupas sikit mendalam isu ni aus.

::cdot the dot:: said...

nauzubillah..mintak2 jgn la ko santau aku kerana aku menolak permintaan ko..

Melz said...

@Sendra

terbaik dowh panjang ;) i like

Aus MeLankoLik said...

@.::WaNiE::.

ssabar2 , nanti akan disambung , hehehe

Aus MeLankoLik said...

@::cdot the dot::

tidak cdot , hahahak

aRoL said...

Salam Aus,
tambahan bahan santau angin tanah kubur..
tanam besi bat (pinggan besi tok ca) yang ni santau apa ekk?

aKuSayangKo said...

makin negara maju, org melayu neh makin mundur. masih lagi mengamalkan benda2 kotor neh.. aku lah salah sorang mangsanya... huh!!

aKuSayangKo said...

makin negara maju, org melayu neh makin mundur. masih lagi mengamalkan benda2 kotor neh.. aku lah salah sorang mangsanya... huh!!

Aus MeLankoLik said...

@aRoL

tak sure la , hahaha .

Anonymous said...

Ada tak siapa2 tau kat mana bole dapat bomoh santau.

Anda Mungkin Meminati Juga