Friday, May 21, 2010

Tazkirah Jumaat | Baik Belum Tentu Baik dan Jahat Belum Tentu Jahat

Salam pagi jumaat . 


Seperti biasa , Sesi Tazkirah Jumaat diteruskan seperti jumaat yang lain cukuplah sekurang - kurangnya amal yang terkumpul sedikit demi sedikit diberkati Allah s.w.t . Hari ini , tazkirah yang aku ingin beri atau lebih tepat sedikit muhasabah diri khusus untuk golongan - golongan bawahan seperti aku dan rasanya pada mereka yang telah cukup ilmu di dada tidak perlulah meneruskan pembacaan . Tapi tidak ada salahnya , jika turut ingin memberikan tunjuk ajar kalau - kalau aku ada yang tersilap . 


Yang Baik Belum Tentu Baik dan Yang Jahat Belum Tentu Jahat , Mengapa ? 


Kisahnya begini . 


Dulu , semasa aku berada di sekolah asrama di Taiping  , kami semua diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu di surau secara berjemaah pada setiap kali waktu solat . Tetapi biasala , ada jugak yang macam liat terutamanya pada waktu subuh . Kiranya apa yang aku cuba hendak sampaikan ialah boleh dikatakan hampir setiap waktu semua pelajar akan turun ke surau untuk berjemaah dan pada malam jumaat kami akan bersama - sama membaca yassin termasuk pelajar perempuan sekali . 


Tetapi , walaupun setiap hari kami melakukan rutin keagamaan bersama - sama masih lagi wujud kes - kes seperti kecurian telefon , duit dan sebagainya . Kalau lah diberi peluang sekalipun untuk sesi pengecaman wajah suspek dengan cara meminta semua pelajar berbaris dan kau perlu mencari pesalahnya adakah kau akan melakukan atau kau orang akan menjadi buntu secara tiba - tiba . 


Yelah , bila tengok wajah sorang - sorang yang ada , semua baik - baik tambahan cukup pakej dengan lengkap menunaikan solat . Adakah sanggup kau menuduh salah seorang daripada mereka ? Sedangkan untuk bertindak untuk mencari bukti pun tidak sanggup rasanya . Pernah terjadi semasa di zaman matrikulasi dulu , di mana seorang yang dikatakan cukup tawaduk sifatnya , sentiasa pergi berjemaah melakukan jenayah kecurian di asrama aku dulu , susah untuk percaya tetapi itu lah realitinya .


Kesimpulanya , apa yang aku belajar . 


Kita ni , kalau hidup di atas dunia , katakanlah ye , katakan lah kita ni bukan jenis yang betul - betul kukuh imannya .Tidak mengapa asalkan setiap hari kita cuba memperbaikinya tetapi dalam pada masa yang sama gunakanlah akal fikiran untuk kita membezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk diamalkan dalam kehidupan . Itu adalah lebih baik dari mereka yang di luar menunjuk baik dan berilmu tetapi hati penuh dengan kekotoran .


Maaflah , kalau penerangan yang aku beri nampak macam sangat jahil tentang agama , tetapi sekurang - kurangnya aku tidak hidup berpura - pura . 


Sekian , salam jumaat . 










36 comments:

tOm said...

dats y kita tak boleh judge org dr luaran shj..

HEMY said...

tak semestinya ko alim gile..mati ko beriman.mcm kisah org alim zaman nabi yg mati kufur..

Sharinginfoz said...

apa yang pentingkita buat yang terbaik

Apasal Tak Nak Beli Brg Online

maisyara Pot! Pot! said...

tak suka ar orang yang baik buat pekara macam tu. iskkk.. x(

*budak kecik tu comey lorrr.. mata yg BOLAT! ngee^^

maisyara Pot! Pot! said...

ehhh.. nk comment lagi.


patut ke dia di panggil orang baik selepas dia melakukan pekara tu? hurm..

Shahrul Shaharuddin said...

aku setuju pe yang ko cakap nie.. law x, xde la kes adegan "ustazah" tu ngan warden..

tepuk dada, tanya iman..

=)

yours
SH

Natasha said...

nak komen...nak komen.... suka sangat sangatttttttttttttttttt entry Aus nie...

Kak tash nak komen pun ikut pandangan peribadi kak tash yer, so sapa yang terasa atau tak setuju sila abaikan sahaja message ni

Betul apa yang Aus katakan, kita jgn pura2. Jadi diri kita sendiri di samping memperbaikinya setiap hari. Dari kita pura2 baik, hakikatnya kita bukan macam 2. Kita mengalahkan hantu.
Kadang2 yang terlebih warak dan baik ni dia dah perasan bagus, so tak ank berkawan @pandang rendah pada mereka yang nampak gila2 cm kita ni, walhal bukan nak mengutuk, kalau kita g makan kat mana2 kita tengok jer fakir yang datang meminta sedekah.... yang bertudung , nampak baik, selalunya buat bodoh jer..tapi budak2 yang pakai x macam org pulak yang lebih perihatin. Ni bukan bermakna kita keji mereka yang bertudung cuma nak mengingatkan


JANGAN NILAI SESAORANG DARI LUARAN SAHAJA. SOAL AMAL..IBADAT...DOSA..PAHALA... bukan tugas dan tgung jawab kita untuk mengukurnya

Mr.Z said...

luaran belum tentu mengambarkan keperibadian seseorang :)

zella y said...

never judge a book by its cover...

~ ReD ~ said...

setuju dengan pandangan kau..kalau idak, xde lah wujud pepatah "don't judge a book by its cover" ;)

hakimfaridzul said...

memang aus!

time aku kat mrsm pun sama je!

jadi imam la, bilal la.alih2, die orang gak yang kena cekup mencuri dan berkhalwat!

haih~sebab tu, sekarang ni, orang-orang yang alim pun sama je...

dunia dah nak sampai ke pengakhiran~

Matjoe said...

mmg ada. yg baik tu godaan dan cabaran

Sendra said...

sebab tu aku tak suka dengan orang yang berfikiran singkat dalam judge orang..paling aku tak suka macam kes yang terbaru ni,kes ustazah ditangkap basah..

kau boleh perhatikan tak aus macamana reaksi orang ramai terhadap kes itu?semua itu menjatuhkan reputasi wanita2 lain yang bertudung menutup aurat apa semua.aku tak nak cakap banyak sebab takut orang salah anggap dengan apa yang bermain di benak fikiran aku ni.

hellioz said...

aku ske ayat neyh weyh

sekurang - kurangnya aku tidak hidup berpura - pura .
A.K.A
sekurang - kurangnya aku tidak hipokrasi

terbaek beb~
gyahahahahahahah~

Nurul Harun said...

nurul faham apa yg aus cuba sampaikan..

apa2pun, terima kasih ye aus. aus the best!!! hehe

- zuriey - said...

yang penting tau batas agama..buat baik berpada2 buat jahat jagan sekali

hans said...

yups
semua urusan Allah
tapi apa2pun cubalah berbuat baik kan

pawaka19 said...

aus , aku pun penah menuduh melulu gak ngan kawan aku dulu sebab aku takde bukti.takpela aus walaupun kita jahil kita tak kedekut ilmu kita kongsikan kepada orang lain

Pawaka19 Dot Com
"simcard anda telah memenangi peraduan? " taktik terbaru si penipu

fatynlicious said...

itu la
tak semestinya orang tu nampak baik dia sebenarnya baik
orang macam tu lebih kepada bajet suci
sama2 lah kita berdoa semoga mereka ini kembali ke jalan yang benar..

amin

Cik Norfa said...

Ustazah pun buat citer lucah camne? huhuhu..itu dah menjelaskan, baik belum tentu baik kan.? :)

tapi seharusnya yang baik itu terus menunjukkan teladan yang baik agar yang jahat menjadi baik...

mcm pening je ayat aku ni.

Aidi-Safuan said...

hehehe...lebih kurang cam isu pakai tudung tapi berlakon dalam 3gp la nih kan? :P

Fitrihadi.com said...

yg pura-pura baik tu lah yang bahaya..kalau memang jahat tu takpe lah boleh berjaga-jaga..tapi yg pura2 baik ni bila dah percaya dia tikam belakang.. memang bahaya ar..

now kena percaya diri sendiri je.. nak percaya orang lain macam susah skit ar

syahira ariff said...

hahaha,teringat time zaman sekolah menengah dulu,
ustaz aku dulu terror woo
dia ada ilmu silat dan perbatinan
kalau ada budak mencuri,dia akan kumpul semua budak2 dlm satu perhimpunan dan scan wajah sorang2
mmg berjaya dan tepatlaa teknik dia nie
pencuri berjaya diberkas
terror kan?

kak ina kl said...

setuju dengan pendapat di atas..

::cdot the dot:: said...

takzirah jumaat yg menusuk tepat ke hati aku..isap..isap...eh...INSAP!!!

cik bunbun said...

aus bunbun baik dan baik dan baik kan? haha. oke tetibe.


baik. tapi yang jahatnye tak siapa tawu T______________T

bunbun pergi dating :D

deus X machina said...

ya al ustaz aus akhlaken
bila nak tazkirah pasal judi bolasepak pula???
erk888

ismi:nauratul nadiah said...

sebab tu bila kite nak buat sesuatu,kena ikhlas kerana Allah..
baru segala amalan kite akan memberi kesan kepada kite..
contohnye yg psal solat tu..
Sepatutnye dgn bersolat,dapat mencegah kite drp melakukan kemungkaran kan?tp kenape ade je org wat dose padahal dia solat?
Marilah kite same2 perbaiki solat & niat kite:)

Anne Boleyn said...

betol2.. Baik Belum Tentu Baik dan Jahat Belum Tentu Jahat.. ngahaa..aku copy je dr title ko ni. x tau nk kmen e. Tp ak stuju arh sume2 yg ko tlis dlm entry ni.

Frodo Baggins said...

>>___<<


betul!!!


hahahaha aku ske guna konsep "jangan salah fikir". org ske nilai dr luar. jom, berbaik sangka kat org. contoh, blog tu cam cibai lucah syiall, tp ada tak selongkar mesej yg dia nak smpaikan? wakakakkakaka ..


tp kalau LUCAH tahap supernova tepek gambar bogel, x leh nak tolong lah. hahahha


kita sebaik kejadian ~~ :)

Nurul Harun said...

hahaha amboi frodo. nak samakan dgn blog dia lah tu. hehehe.. wekkk.


ausssssss, happy weekend. jangan nakal2..ops!

cik EPAL said...

yeke kau tak pernah pura pura aus?? hehe. dont judge a book by its cover la. zaman sekarang ni macam macam orang ada. berbaik sangka tu bagus. tapi kena hati hati jugak. sebab ada orang yang pura pura baik tapi nak amek kesempatan. buat baik dibalas baik, gitu jugak la sebaliknya :)

Anonymous said...

I like this topic...'cause to me I don't care if you are a pak imam or if you are a 1-eyed bandit but if your heart is pure...I will respect you. If not, you can go to the loo.
U see, I resigned from my 5-figured-pay job recently bcoz of 2 guys who were eyeing for my position. One of 'em...solat 5 waktu never failed. One of 'em...tengok muka pun dah tau penyangak kelas atasan.

Aus MeLankoLik said...

@Anonymous

thanx anon , kalau ade mase share2 la sikit ape2 pengalaman ok , u are welcome , ok .

hidup dalam kehidupan said...

baik di mata jahat di hati...
bnde yg perlu ade dlm diri...tp x perlu digunakan pada jalan yg salah..
baik di mata adlh apa yg telah dizahirkan..dicatat amal baik nya
n jahat dihati adalah pkra yg x dizahirkan lagi..apa yg dapat ubah kejahatan itu kpda kebaikan...iaitu AKAL..
MAAF sekiranya pndangan anda berbeza...sila tunjuk ajar...

Anonymous said...

mengapa tidak:)

Anda Mungkin Meminati Juga