Thursday, May 13, 2010

Penunggu Gunung Raya | Antara Realiti dan Fantasi


Selamat datang sayang . 

Baru sahaja selesai menonton cerita Penunggu Gunung Raya di Tv3 . Boleh dikatakan cerita ini kadang - kadang membuatkan aku terfikir adakah logik apa yang ditayangkan ? Betul ke benda ni boleh terjadi ? Hahahahak . Nak cakap seram cerita ni , mungkin tidak berapa seram agaknya setelah berfikir secara logik nya . 



Mula - mula aku tengok cerita ni , timbul sedikit kesangsian dan sedikit kutukan kerana bagi aku apa yang ditayangkan adalah karut semata - mata dan mungkin boleh merosakkan pemikiran bagi mereka yang melihat tanpa ilmu di dada . Sebab apa aku katakan begitu ? 


Kadangkala , aku lihat sedikit elemen keagamaan cuba untuk diselitkan dalam babak - babak ceritanya tetapi rasanya kurang menyampai maksud yang ingin diketengahkan . Tetapi tidak mengapa , apa yang aku cuba sampaikan adalah apa yang harus anda belajar dari cerita ini


1 . Kita kena sedar , iblis bukanlah makhluk tempat untuk kita mengadu nasib dan meminta pertolongan . Janji - janji iblis adalah palsu dan dusta semuanya . 


2 . Kalau kau orang lihat , penduduk kampung gunung raya semuanya memakai tangkal sebagai alat perlindungan , tetapi kita harus sedar . Perlindungan dan pertolongan sebenar adalah dari Allah s.w.t .


3 . Pada akhir cerita , memang jelas apa yang ingin dibuktikan , bahawa agama dan amalan kita akhirnya akan membantu kita menentang musuh - musuh halus dan bukanya secara fizikal seperti penduduk kampung gunung raya lakukan .


Pada mulanya , aku sedikit pun tidak menyokong penayangan cerita ini di televisyen kerana bagi aku , kalau ada yang melihat tanpa bimbingan dari mereka yang lebih dewasa pasti akan menimbulkan salah faham . Tetapi pada akhir cerita hari ini . Mesej yang ingin disampaikan memang jelas dan aku rasa sampai kepada khalayak yang menonton dan mesej itulah aku tunggukan selama ini . 


Sekian , dari mana kita datang , dari situ kita dikembalikan . 

12 comments:

Ery Farieha said...

cite ni mmg syirik gle ahh
huhuh

miss hav0c said...

huhuhu tah pape kdg2 cte ni

Mr.Z said...

makhluk halus macam2 rupa..kadang2 klaka pun ade..haha

::cdot the dot:: said...

sengal jek crita ni..

siggplus said...

aku bila tengok tajuk mesti teringat cerita ni nama dia penunggu bas gunung raya. haha.

mengarot oh cite ni. tapi aku rasa best je tgk

Frodo Baggins said...

wa masih fobia layan citer2 camni. dulu member suh terjah citer puaka niyang rapik. best kata beliau. tp bila tgk citer tu ... jadah!!!! puaka miang merepek!! ciss



kesimpulannya, xyah tgok arr. jom layan mr. bean lagi best.

pawaka19 said...

cite ni aku baru tengok satu hari..mmg bes la pulak..aku ingat cite bodo2 jea

zaza said...

sngt la xseram ini cerita..
tp tu la bnyk sngt unsur2 xbagus,
kalo budak2 tengok takut jugak nnt ke laut jadinyer...huhu

Aidi-Safuan said...

kelakar pon ade aku tengok citer nih. nak kalahkan iblis just tabur jer ape kebende tah yang dibawak pak imam tuh ke hulu ke hilir. gler arh

Nurul Harun said...

nurul x minat sgt ah citer ni, aus. ntah pape2. citer seram yg nurul rs best, saka. haaa yg tu best

F U N F A B U L O S I T Y said...

biasa kalo citer2 agak2 macam mgarut ni dex tgk episod satu dan episod last je-buatper buang mase kan?haha-adakah ini satu idea yang bagus utk konsep menonton tv di msia? ;D

|| nemo mimosh || said...

ade jugak tgk sket2 cter ni.
merepek pon ade.
geli2 pon banyak..huhu

Anda Mungkin Meminati Juga