Tuesday, May 18, 2010

Sehari Bersama Myfriends2u | Kelebihan dan Kekurangan

Selamat datang . 


Seperti yang kau orang semua tahu ahad yang lepas kalau tak silap , satu lagi laman sosial yang baru telah dilancarkan iaitu myfriends2u yang mana hasil kerja nya adalah 100 % buatan anak tempatan sendiri iaitu Malaysia . Jadi , sehari bersama myfriends2u mungkin ada sedikit sebanyak apa yang kita perlu kaji apa kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada laman sosial ini . 





Nah , siap buat nombor lagi untuk penerangan yang lebih jelas pada semua , hahahahak . 


1 . Domain 


Mungkin ada yang kata namanya terlalu panjang dan mungkin boleh menyebabkan kita tersalah taip nanti . Tetapi aku rasa , itu tidak menjadi masalah kerana selalunya browser yang kita pakai menyimpan history URL yang kita pernah masuk . Contohnya , apabila menggunakan Google Chrome , dengan hanya menekan huruf ' M ' , URL myfriends2u akan tersenarai dengan sendiri nya . 


2 . Header


Betul ke yang tu header ? Hahahak . Tak kisah la asalkan anda semua faham apa yang aku cuba maksudkan . Pada aku , header nya terlalu besar dan mengganggu pemandangan . Tetapi tidak mengapa kerana mungkin itu satu kelainan yang cuba ingin diketengahkan kerana kebiasaanya laman sosial seperti facebook dan friendster sebelum ini hanya mempunyai header yang kecil sahaja . 


3 . Status Update 


Aku rasa , ini masih menjadi masalah kerana untuk mengupdate status selalunya mengambil masa yang panjang untuk loading . Aku tidak pasti sama ada terjadi pada aku atau orang lain sekali . Mungkin nanti pihak admin dapat menyelesaikanya .


4 . Peluang Kerja 


Bagus untuk seluruh rakyat malaysia kerana mungkin ada yang menggunakan laman sosial untuk mengintai pelunag pekerjaaan dan di myfriends2u telah disediakan satu laman khas . Walaupun kadangkala ada yang sedikit merepek seperti iklan Infinity Downline apa semua itu lah kan , tapi mungkin di dalam di antara batu terdapat permatanya . 


5 . Ruangan Store 


Ini aku tidak berapa pasti kerana masih kurang faham tentang fungsinya . Tetapi dari segi apa yang aku lihat ianya seperti tempat berurus niaga mungkin , hahahak . Kau orang boleh la kaji sendiri nanti . 



Keseluruhanya , sebagai seorang yang bersifat cintakan negara sememangnya aku menyokong pembinaan laman seperti ini dan kerana itu kalau kau orang lihat ramai blogger yang membuat post untuk komen tentang pembinaan website ni , mengapa ?? 


Itu tandanya kita cinta akan hasil kerja anak tempatan dan bersedia memberikan sokongan 100 % dan segala komen adalah demi kebaikan masa depan . 



Sekian . 




42 comments:

enyheartsdiamond said...

saya sudah join.. add saya.. Ernie Syafika :)

Unknown said...

saya sudah join.. add saya.. Sendra D. Andras :)

Anonymous said...

saya belum join.. jangan add saya.. Maisyara Jamaluddin xD

cik aiLebiu said...

errrr...saya....saya belum terfikir mahu join ataupun tidak. 0_o

ngahaha apadaaa tak support barangan tempatan...sikit hri lg nk join...:)

Nurul Harun said...

nurul pun tak join lagik. ada masa baru join.

tp nurul bukan aktif sgt pun. join fb pun sbb nak bercucuk tanam saja! well, bakal bisneswoman yg berjaya kan. hehehe ;p

soffya cik bulan said...

aku pn nk join sbb bru thu dgn details dari blog aus..hik3

Unknown said...

laju je ko eyh

.::WaNiE::. said...

nanti saye join lah

bila rajinn

ke aus nak tlg registerkan

ahaha

Ery Farieha said...

dah join gak
add aku
Ery Farieha Misri
hehehehe
tp x aktif sgt sbb macam FB sgt
huhuh~

Anonymous said...

uihhh..macam2..hehe.penat aku nak join.nanti aku dpt mimpi, baru aku bertindak..lalala~

azuan said...

aku sudah menjoinkan diri~

syahira ariff said...

bangga admin dia org melayu gak
tp knapa kaler biru jgak
macam ala ala facebook jer
=[

Cik Norfa said...

akuu...hmm...
aku cuma nak komen..mcm maybank2u plak...hehehe....

pahtu..hhmmm....nak komen ayat kau je..

"tapi mungkin di dalam di antara batu terdapat permatanya ."

sekian. terima kasih. sama-sama.

Ibu Ammar said...

huhu, malas ah join. takde masa. wakaka

Kancilbiru said...

aku dah join haritu tapi lupa lak aku register atas nama apa..huhu...lupa la dah tua katakan..

Huda Luna said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aku xmo dah tmbh site laman sosial lg dh

ckup2 la kot
nnt aku xde life dh asik ngadap pc je

zac zirwan said...

kalo ramai member2 aku join nt..baru aku join jgk..hehe

Cikgu Dahlia said...

erm dtg blog ko baru aku tau pasal kewujudan Myfriends2u ni... thanks bro ..xsesia ko perli aku..haha

Q said...

aku rasa kalau aku join purpose aku utk cari kerja je. senang.

::cdot the dot:: said...

mmg aku haram tak paham!!

Zida said...

bestke? hari tu dah bukak, tapi x terasa nak sign up. hohho~

Anonymous said...

perghh detail gila...gua boring ngan social network yang satu nie...adakah kerana gua tak add sesapa?

meh aku nak add sapa yang komen kat sini :P...awek cun memang dicari...hahaha

Unknown said...

auwwwwwwww.. ada peluang kerjaya?? wawaooo.. good good. nanti nak join. aku booking nama dulu.try la add mana tau da masuk k.. anastasia ann. :))

Yatre Hayati said...

sebijik cam fb jer...asal x buat kaler purple ke...kuning ke..maybe baru la nampak power..aishh..cakap mcm kau lak yang buat benda ni kan...heee

MR.Z said...

wow. laman sosial baru ke? em macam fb je lebih kurang yek. biasala kekurangan tu time mula2 kan. boleh diperbaiki lagi.. :D

QZ92 said...

same mcam fesbuk

Rara said...

mcm fb ke? blom join lg la..fb pn msih lmbap lg..hehe

deus X machina said...

tak ramai lagi wat...nanti kalau dah ramai wat baru aku wat

ko bila nak berformspring aus?

Anonymous said...

wow. sekali tengok macam facebook
macam best !

hans said...

aku xjoin lagi
malas sikit aku nih

zella y said...

xjoint lg sbb mls heheheh

- zuriey - said...

baru tau pasal kewujudannya

Matjoe said...

haha, student lepas exam byk masa ekkk

B L O G D E T said...

ooo-bende ni lah nak beat FB ni..
patot ar aus da deactive FB..huhu ;D

Anna Boleyn said...

blom join agi..nk mcm fb je neh.. haih~ mls nye nk reg. tngk lh lau de mood. huk2

ftrhd said...

masih tak terbuka hati untuk join..mungkin sebab FB pun tak terjaga..ini kan pulak benda baru ni..heh


- - -
Nasihat Untuk Lelaki Dan Hakikat Perempuan [Versi Fitrihadi] Part 1

suri cahaya cinta said...

suri belum joint lagi..sebab dah ada muka buku rasa macam banyk sangatlah privasi..huuhuu

Era said...

add shaye !

errapazira86


macam fesbuk je?

emily said...

macam nak join tapi...tapi..byk sgt dah laman sosial ni..nanti terlebih sosial,susah plak...
cmner?
papepn, i support Malaysia =)

infinity downline said...

This is a good blog, it is encouraging to see people giving value
through great post.Thanks

infinity downline business said...

infinity downline business
infinity downline business
infinity downline business
infinity downline business
infinity downline business
infinity downline business

Unknown said...

Masih wujud x myfriends2u ni? Asal x jumpa dah?

Anda Mungkin Meminati Juga