Monday, February 15, 2010

TIPS | MARI TACKLE HATI PEMBACA .





oh ya , macam biasa . Sebelum memulakan entri aku akan bermukadimah seketika dan menyusun ayat - ayat berbunga supaya kau orang boleh siram dan petik sekaligus menambah vocabulary tatabahasa . ahaahaha .

ok , kau orang seronok kalau banyak follower ? seronok . Bagus ! kau orang tergolong dalam manusia sempurna sebab tak pernah lagi aku dengar orang complain pasal banyak follower . ahahahaha . Ada setengah yang berkata follower sekadar angka , aku tak nafikan nya tapi aku rasa follower sedikit sebanyak akan menganggu psikologi pembaca . 

Mahukan banyak  follower kena lah ada cara nya , macam kau memikat gadis comel perlulah menyusun kata . 


1 . JAGA ETIKA TATABAHASA .

- ok , ini bukan subjek bahasa malaysia . selalu ada blogger yang gemar menggunakan perkataan " blog i , i punya suka la . Tak suka , u' all boleh keluar dari membaca "
Ya , betul . Itu blog anda . Tapi anda harus ingat , anda membuka blog anda kepada semua . Kalau mahu berkata begitu umpama anda create entri , anda bacalah sendiri . 

- adalah lebih baik sekiranya anda merendah diri dan berkata " terima kasih kerana membaca entri saya " . Itu pun memadai dan sedikit sebanyak mereka yang membaca rasa dihargai . Kerana mereka juga telah datang dan sekaligus membantu menyumbang kepada traffic anda .


2 . ELAK GUNA AUTOPLAY .

- owh ya , bukan semua pengguna internet di malaysia menggunakan internet berkelajuan tinggi . Jadi mungkin lagu yang anda pasang akan ada sedikit tersekat - sekat . Jika anda mengalami situasi begini . Apa akan jadi ? kemungkinan besar mereka yang baru pertama kali singgah di blog anda bertinfak melarikan diri . Jadi , sila fikirkan semula . Mungkin boleh gunakan style , lu nak dengar lu tekan play disini .


3 . MAKE - UP .

- make up disini bermaksud bukan menggunakan ratu mustika tinggi ataupun olay nivea whitening cream . Tapi , make - up blog anda sendiri . Kemaskan segala widget - widget yang ada . Selalu ingatkan pada diri sendiri , orang yang masuk ke blog anda adalah mereka yang pertama kali menjejaki blog anda dan pastikan mereka selesa apabila berada di blog anda ibarat memakai pantyliner tanpa ada sebarang kebocoran merata - rata .


4 . KELAINAN .

- pembaca mahukan kelainan . contohnya , jika ada 10 orang yang menulis REVIEW MOVIE - TOOTH FAIRY . Nah , anda jadi orang yang ke -11 , cipta kelainan . Tulis THE BEST MOVIE REVIEW -TOOTH FAIRY . wow , pasti ada yang tertarik untuk singgah dan membaca entri anda .




baiklah , cukup dulu sampai disini . Aku juga blogger picisan yang masih belajar dan masih terkial - kial dalam panulisan entri . Diharap tiada yang berkecil hati . 

Yang salah kita betul kan . Yang benar kita sebarkan .


sekian .

33 comments:

intanurulfateha said...

.ade pengalaman tidak memakai pantiliner dan bocor merata2 ke aus? ;p

intanurulfateha said...

.hahaha 1st!

ween said...

great tips from Dr. Aus :)

hans said...

hahahhaa
dr Aus theory
kehkehkeh

Anonymous said...

aus, aq comey tk? wahahahaha! ayat tk leh blah! abai kn..

aq rase tatabahasa aq hancur! kenkadang ejaan tarak butul! adesh..

Unknown said...

dulu sy pun penah letak autoplay.. then bila dah baca banyak tutorial bgtau elok manualkan je.. terus sy delete..haha!

Unknown said...

wahh..tips dari encik aus..
memang betul semua yang kau cakap tu..
paling penting yang atas sekali tu ahh..

ada aku jumpa,
masuk2 je blog dia,
kat atas tu aku dah kena marah dah..
dia kata,
"ni blog aku,apa yang aku tulis sukahatoi aku lahh..kalau tak suka kau boleh terus berambus dari blog aku sekarang!!"

blog perempuan tu okeyh..terus aku sumpah tak ingin nak jejak langsung blog tu lagi..
sumpah tak ingin ahh,masuk2 dah kena marah,isi ntah2 lagi ahh carut2 apa ntahh..

tak faham aku org camtu..
pasal autoplay tu pun aku sakit hati juga..
yelah,kadang2 dari geng blogger,
kita nak lah blogwalking banyak2,
nak baca ah semua entry2 yang menarik..
sekali kalau kita dah bukad dalam 6 new tab,
semua pasang autoplay,
sakit jiwa tu..terus tutup browser aku terus..

grrr..maybe dorang ni tak tw function disable autoplay kot..hurmm..

cheers,
sendra,
CEO Kueh Tart.

cik.pija said...

bgus nye tips.
thanks auss :D

Unknown said...

pantyliner tuk kebocoran ke?cube ko google balik function die tuk pe.haha..

enyheartsdiamond said...

eny pon meluat lah ngn sapa yang tulis

"ini blog aku..aku punya sukalah.."

org suka baca blog friendly cm aus ni :D

deus X machina said...

terima kaseh uncle aus untuk ini tips
erk888

kak gojes said...

huhu...suka dengan part pantiliner...ngeheheh..yg 1st sy pernah wat jugak...rasa terperli..tapi demi untuk majukan blog dan diri...saya terima dengan suka ati...

Cikgu Khairul Arif said...

great tips!!

saya noobie ,sila beri tunjuk ajar (-.-)

Unknown said...

aus sensei sila beri tunjuk ajar...

udacun said...

wahh.. mmg bgs tips2 ni sumee.. keh3...
bloG uda da jadi simple sesimplenyeee... haha..cume ade menatang Monyet aje yg duk sebOk skodeng..keh3...

Aus MeLankoLik said...

@ fateha

hahahak , bukan aku . jiran sblh umah aku . hahahak .


@ ween

ala , belajar dari kau jugak aween . hahahak .


@ hans

ceh , kau gelak je.hahahak .


@ mai

kau sila masuk tadika balik..hahahak .


@ sendra

hahaha , rajin kau taip sendra.
betulla tu..
sal jadi camtu aku cakap arini . hahaha .


@ eja .

hahaha . sket je..byk belajar kat melz..die lagi terror..sifu kitrg tu .


@ shima

hahaha , salah ek ? haha .nnt aku tulis .


@ eny

hang bodek naaa..hahahak .


@ deus

hahahak . aku muda lagi..oh no .haha..


@ eryati .

yup , ala . ikot je diri sendiri . kalau rasa itu yg terbaik..kita buat la .


@ kaoru

ahahaha , kau byk kan blogwalking
carik diorg yg power..sepower rangers..haha..


@ bean

owh , kau perli aku ek..hahahak .


@ uda..

ok..pasni aku dtg bawk pisang..hahahak .

highcarl said...

ko pon komplen benda yang sama jugak ek aus? Hohoho.

Sangat tension aku. Tak tercapai jugak cita2 aku nak jd blogger paling friendly kat GB. Hohohoho.

Aus MeLankoLik said...

@ highcarl

hahahaha , biasela..
ala,,relax je ..
title tu menipu sket.
hahaha .

Anonymous said...

tu dia tips paling mengancam untuk tahun 2010 dari aus!

ini blog wirdah said...

hi aus.
lagu kt blog tu tajoknye twinkle away.

ops,pasal autoplay tu,dulu ada gak rasa mcm nak buang lagu. tapi, selalunye ramai gak bloggers drop comment kata lgu best,so tak jd nak buang.hee~

aNoZ said...

thnx lah sbb bg tunjuk ajar. aku org baru dlm dunia blog. baru seminggu 1 hari. haha

Anonymous said...

hhehehe...
menarik!

Anonymous said...

no 2 tu la yg paling x suka!

Kancilbiru said...

tq profesor ausgutus, nanti aku praktikkan. walaupun aku tau aku dah sebijak kancil warna biru..muahahaahaha

lemon said...

aus aus....dah pandeiiii kau jadi cikgu...sila beri tunjuk ajar..ngeee

sumijelly said...

aus...tul..tul..
kak sumi pun x suker kalu ada yg pasang lagu autoplay..
kak sumi pun akan tutup..
kalu aus letak kan..
kak sumi x tutup..
tp kak sumi shut down terus...muahahaha

http://sumijelly.com

sWeEtDaRLinG said...

follower mmg psiko... pembakar semangat, cam tu gak ngan komen kat every entry, bila takde komen terasa macam bercakap dengan tembok jer dalam blog tu.... huhuhuhu

Cikgu Dahlia said...

kdg2 memang suka dengan autoplay...tp biarlah lagu tu sedap...tapi kalo bebanyak, semua org nk pasang, memang aku rasa bengang...

IntanBerlian said...

aus.bagos2.membina.tapi xleh blah betol perumpamaan pantyliner tu.ceh.. so amcam blog aku sila bg komen sikit?hehe.boleh?

Era said...

tak agak2 samekan dengan pakai pantiliner..nak kena pukul ni..haha~

Hasrol Nizam said...

no 4 tu aku dah buat bro..menjadik ar sket..entri tentang group arwah din beramboi daripada pada buat entri tentang kisah arwah meninggal malam semalam.

dah ramai kot tulis pasal tu, dalam paper pun dah ada.

saje selak ko punya yg lama2..hehe

Aus MeLankoLik said...

@Hasrol Nizam

hahahak , komen kau je ade..
yg lain semua dah hilang..
hahahak..
mane ntah aku x taw..

Hasrol Nizam said...

@Aus MeLankoLik

agaknya sebab ko tukar layout ke apa kot..
sbb aku tgk komen box ni cam bez jek..ni yg macam nk buat kat blog aku gak ni..hehe

Anda Mungkin Meminati Juga