Wednesday, April 14, 2010

Aduan Rakyat | Apa Rakyat Perlu Buat | Pihak Berkuasa Pula ?



Aduan Rakyat muncul dengan tema nya TV3 ambil berat . Semestinya satu rancangan yang menarik dan berinformasi dan seterusnya lebih bagus daripada rancangan realiti seperti Akademi Fantasia .


Baru sebentar tadi , mempertontonkan masalah lambakan warga asing dan pembiakan nyamuk aedes . Sungguh memeranjatkan dan sedikit - sebanyak mengundang kerisauan . Manakan tidak , lambakan warga asing seakan - akan muncul sebagai satu kaum majority di Malaysia .


Pembongkaran tempat pembiakan nyamuk aedes pula di kawasan setapak berhampiran Sekolah Sri Utama lagi memeranjatkan . Tapak pelupusan sampah yang tidak terurus ibarat " Lebah , mulut membawa madu , ekor membawa sengat " . Tempat pelupusan sampah adalah satu industri yang bagus kerana melupuskan sampah yang ada tetapi dalam masa yang sama mengundang kepada ancaman kesihatan iaitu denggi .


Masih ingatkah , apa punca kematian Allahyarham Din Beramboi kalau bukan kerana denggi berdarah ?



Apa Rakyat Perlu Buat ? 






Sebagai rakyat , jadilah mata kepada mereka , laporkan aduan anda di website Aduan Rakyat ( klik ) . Mungkin kita ada kalanya rasa malas untuk bertindak tetapi tidak kah anda sedar , hanya membuat aduan yang tidak sampai 10 minit , satu masalah besar dapat diatasi hari ini .



Pihak berkuasa pula  ?


Kepada pihak berkuasa , kembalikan kepercayaan kami . Bukan untuk menuding jari , tetapi pengalaman lampau di mana apabila aduan dibuat oleh rakyat , hanya pantauan yang diambil . Apabila selesai pantauan , tindakan susulan tidak diambil . Tetapi bukan semua begitu . 



Semoga sama - sama kita menjadi warga prihatin . 


Saya Prihatin , Anda Bagaimana  ? 


Sekian .






   



26 comments:

Nazatul shima said...

uit..aku rase, ko bley la jadi penulis part time..ko pandai bab2 tulis ni..hehee..

Jard The Great said...

aku sokong pendapat nazatul. ko nyer style of writing menarik laa.. *puji terover ke neh? ehehe

deqyalalink said...

tapi ade jugak golongan minor yg cakap aduan rakyat ni bukan stakat tolong org awam tapi memalukan org awam jugak..haih aku pon taktau nak habaq camna dah..buat bnde baik pon ley jadi isuuu

cengkerangcipot said...

aus walia!!
gempak lah.. hahahaha

Eqah Zaque Billetdoux said...

huhu. aus walia.
ngam tuh ganti melankolik.
hak2.




~bilet prihatin

Hasrol Nizam said...

Auswalia?
care ar..
nanti aku pun nak buat aduan jugak.byk ni..

pawaka19 said...

wah..ko aus , ko ada ciri2 jadi YB ni..

kisahsensasi said...

tang peribahasa tue memang besh....

::cdot the dot:: said...

aku mmg prihatin..

Cath J said...

good 1

ElyaElmo said...

kadang kiter ngadu..kerajaan buat tak endah..nyampahh

|| nemo mimosh || said...

Aus, aku tengok tadi. Ehem, tempat banyak sampah tu area dah dekat uma aku tu. haiiisyoo...

kak ina kl said...

tu sebab skrg ni byk penyakit..orang suka makan kat luar..sebab sedap..yang masak orang asing..dia letaklah entah apa-apa..tekak akak loya klu warga asing masak..kalau nak makan kena tenguk tempat jugak sekarang ni..

ARC™ said...

kalau aku jadik pihak berkuasa, aku pun nak mengadu juge hahah member2 banyak makan duet kopi. opssss

zella y said...

sesetengah org tu xde kesedaran langsung...

tu yg suka buang smpah wlupn dh tulis besar2 kat situ "dilarang buang sampah, denda rm2000" tp tmpt yg ada papan tanda tu la yg tmpt org paling suka buang smpah... ;)

Jogger said...

hurmmm ko boleh jadi aus walia tapi version zizan raja lawak... muahahhaha

Razman said...

gila uh. mcm karam..haha

~ ReD ~ said...

weh! kau leh geng ngan karam singh walia tu laaa..
dia membebel, kau menulis. hehe

dah ada peribahasa ala2 karam kat entry tu. ok sangat la tu..hehe

ParkAir said...

mentaliti sesetengah pihak yang tunggu nyawa melayang baru nak bertindak ni la patut di buang..

Matjoe said...

Sikap tak peduli rakyat dan pihak berkuasa mmg mengecewakan.

care 2 read my latest entry
Public Bank Gold Investment Account

Mr.Z said...

pesanan kemasyarakatan ini dibawa khas oleh ausmelankolik.com.. :D

cik EPAL said...

hahahahaa. sejak bila kau jadi wartawan ni?? pengganti karam singh walia ni :D

Nurul Harun said...

bagus2. saya sokong tindakan anda! hahaha :P

Qiha Aziz said...

kalau nak jadi prihatin setakat buat aduan saja mmg tak berubahlah. diri sendiri pon kena berubah gak. sampah jgn buang merata-rata. puntung rokok jgn dicampak2 aje.

Amy Syaquena said...

Salam perkenalan,saya dah add link awak so di harap awak juga dapat membalas kunjungan saya..jemput la ke "teratak" amy yea..

Anonymous said...

nak tanyala...siapa yg patut kita panggil kalau ada kucing yg tersangkut kat bangunan tinkat empat yer???susahla...kucing tu dah dua hari duduk situ...tak makan dan minum macam mana??dah telefon pihak tertentu tapi diorg kata tak buat kerja2 tu..macam mana ni???

Anda Mungkin Meminati Juga