Saturday, March 6, 2010

Aku Dan Kancil Biru | Versi Cintaku Si Kancil Biru



P/s : 

Ini mungkin adalah kisah atau entri contest yang paling sedih pernah anda baca tapi berakhir dengan gembira . 







Baiklah , mari aku mulakan dengan kisah ku yang tersendiri . Aku dengan niza memang sudah lama berkawan . Kami berkenalan sejak dari zaman sekolah lagi . Aku mengenali niza semasa mengikuti rombongan sekolah ke zoo negara dan akhirnya cinta berputik pada pandangan pertama , bertemu niza di sana akhirnya menimbulkan bibit - bibit cinta antara kami di dalam hati .




Niza tinggal di hulu kelang manakala aku tinggal agak jauh dari situ tetapi kerana perasaan rindu aku gagahkan juga untuk ke sana . Biarpun hanya seminggu sekali dapat berjumpa tapi aku rela kerana perasaan rindu sangat tidak tertahan lagi . Ya allah , kau tabahkan lah hatiku , cuma niza kini bertakhta . Aku tiada insan lain lagi untuk mengadu .



Tetapi kisah cintaku ada peliknya , sepanjang perkenalan kami , niza tidak pernah bercakap apa - apa tentang dirinya , siapa ibunya dan keluarganya . Cuma yang aku tahu niza gemar memakan timun kerana setiap kali berjumpa aku akan membelikanya timun dan pasti dilahapnya tanpa berkata apa - apa . Dari situ aku tahu timun adalah makanan kesukaanya . Aku tidak kisah , kerana cinta aku sanggup berkorban untuknya .



Banyak cerita aku luahkan , ada yang suka ada yang duka . Tapi niza tetap begitu , angguk tidak geleng pun tidak cuma diam seribu bahasa . Tapi aku tidak kisah , mungkin niza jenis pemalu sifatnya . Pernah sekali aku cuba membawa niza keluar tetapi gagal . Niza bukan jenis sebarangan tetapi dijaga oleh ramai pegawai - pegawai . Aku faham kerana niza adalah khazanah negara . Kami berbeza darjatnya . Tapi , aku bukanlah jenis yang mudah berputus asa , berbagai cara aku lakukan semata - mata untuk menyelamatkan niza .



Tetapi lama kelamaan , niza mula menjauhkan diri . Katanya , aku terlalu mengonkong dirinya . Kenapa jadi begitu , aku seakan - akan tidak percaya . Setelah hati telah ku serahakan akhirnya niza tinggalkanya begitu saja . Aku kecewa , hampa , marah , sedih mula menguasai diri .



Setahun berlalu , akhirnya hubungan kami putus . Niza tidak kutemu . Ini semua gara - gara ibunya yang dapat menghidu perubahan sikapku dan bertindak menghalang aku dari berterusan begitu . Aku tidak dapat menerima hakikat ini . Tapi aku redha . Sebagai hamba pasti menemui mati . Akhirnya niza mati .Dari berita yang aku dengar ,katanya niza menghadapi kanser dan hidupnya tidak lama . Kalau lah niza masih ada , aku janji , aku akan cuba membahagiakan niza seadanya . Aku tidak kisah tentang segalanya . Rupanya niza berubah sikap kerana itu .



Aku seakan tidak percaya ini hakikat yang harus ku terima . Kalaulah diberi satu peluang lagi niza pasti akan ku jaga sebaiknya . Tapi apakan daya , tuhan lebih menyayanginya dan mungkin itu adalah yang terbaik untuk dirinya dari seksa menanggung derita . Aku redha . Aku pasrah menghadapi nya KERANA SEBENAR NYA 

















KERANA NIZA SEBENARNYA ADALAH 
SEEKOR KANCIL BIRU SAHAJA


NIZA



TAMAT KISAH NYA .












ok , berbeza bukan . Niza dan Nizaa .Hahahahak . Aku kenal Nizaa dari blogwalking semasa zaman mula - mula ada blog dulu tak silap masa bulan 11 kot . Hahahahak . Aku tak sempat berkenalan lebih jauh lagi kerana Nizaa telah bersuami , aku tak mahu digelar perampas nanti . Hahaahhak . Yang aku pasti , Nizaa ada training ape ntah di uitm dan mungkin kerja sambil belajar kalau tak silap . Hahaahaha .


Jadi setelah dicongak darab dan bahagi entri yang terkumpul dalam archievenya sebelum entri contest adalah sebanyak 341 , peyah giler nak kira kau taw tak nizaa . hahahaha .


Jadi , aku rasa aku kena menang jugak sebab apa ? sebab hadiah dia ada tertera nama
AUSTIN COOPER .  Sikit - sikit nama aku tu . hahaha .



SEKIAN .


p/s : Mari gelak dan nangis sambil bergelek secara berjemaah .





38 comments:

Cik Norfa said...

hahaha...lawak la aus ni...
kompom nizaa kene solat istiqarah ni nak pilih aus menang ke tidak..hahahaha...

Anonymous said...

haha..
adoyai..
tertipu..

Gusti Putera Fauzan Al-Attas said...

pergh bro...
punyer fokus aq baca..
rupa-rupanya...
mmg tragik...
hahahha....
cool la bro...

daydeck86 said...

ahahhaahaha
memang sadis kisah percintaan ko dengan Niza ada can menang nih aus.

WAH DAH ADA DOMAIN NAMPAK
WALAUPUN AKU TAK TAU DOMAIN TUH APA
KENA BELAJOR NIH,....

Unknown said...

mgape aku selalu kena tipu bila bce entry ko. dosa wehh dosa!!

ahahaha! tetibe je.

IntanBerlian said...

ceh aus.aku ingat entah hapelah..

kancil biru.contest rupenye.

gudluck weh.

bagi can kat dia wahai nizaa..dia nak ade name aus tu.

bgilah can.bagi jangan tak bagi.hehe

Papa meow said...

Sependapat dgn Cik Bunbun wahahar

Tp agak touching jgk membaca kisahnya, walaupun kancil biru.

Sensitip bila melibatkan haiwan.

Kancilbiru said...

adoiyai...comel sungguh kancilbiru tu..mana ko dapat daa...

anw, tq for joining the contest. Sungguh aku kena wat solat istigharah ni...huhuhuhu

Sertai Contest Aku & Kancilbiru!

aRe_ReEb said...

Cehhhhhhhh buat penat aku edit gabar kancil biru 2 daaaa..rupenyer utuk untuk bende alah nie..hahhahahaa...

aper2 pon all da best

Epul Azimi said...

kalo ko memang aku berenti blogging selama 2minit,camner?...hehehe

Era said...

aus, kamu memang ade bakat tulis novel chenta! yeay! hahaha~

Ahadiat Akashah=Ausihat Akashah

phheewit!

Azuan said...

gud luck bro..ko no. 2 sebab aku dah no. 1 haha...

Aus MeLankoLik said...

cik norfa

hahaha , cepat sila pujuk nizaa pilih aku

putera fauzan

ahaha , mekasih bro !

Daydeck

lol , domain tu url blog kot..hahah

bunbun & papa meow

hahaha , sori2..kekeke..rekaan je ni .

Nizaa

cepat sila bg aku menang..haha

Areeb

hahaha , cantek lol gmnr ni

Epul

hahaha , xde keje la kau

Nemo

kau minat ahadiat ke ?? haha

Azuan

hahaha , kerek kau . kekeke

mie said...

habis la camni..
baru je nak join..
tp dah nampak pemenang nya...
hehhehee

vidadarisakura said...

eleeeeeeeeh. gudlak jak la.hee

Aus MeLankoLik said...

mie

hahaha , aku main bantai je ni..hahaha

vivi

ok mekasih !

Melz said...

@Aus MeLankoLik

test

Melz said...

@mie

test test

Aus MeLankoLik said...

@Melz
test lagi

Aus MeLankoLik said...

@Papa meow

hhohoho

Aus MeLankoLik said...

@Melz

layan je la..hahaha

Anna Boleyn said...

aus..mn dpt soundtrack best ni?? hana fac businesss, aus dak um gak ke?? fak pe??

Aus MeLankoLik said...

@Hana's Love Nest

aah , hahahaha .

bettY.Yone said...

aus ni..pandai btol mengarang;)

pawaka19 said...

emm cun gak nizaa tu.tapi da kawin plak ek..kalau hadiah bg kat aku ..mesti pawakaustin...emmm best!

ini blog wirdah said...

menarik karangan kau weyh.plot teratur, ada klimaks bagai.hoho.

Encik Psychopath said...

boleh menang ni.

Jard The Great said...

wargghh.... ingatkan kiash betull.. ciss

Aus MeLankoLik said...

@bettY.Yone

mekasih yone !!

Aus MeLankoLik said...

@psychopath

hahaha ,tgk la kalau ade rezeki . hehe

Unknown said...

baru aku tw tu rupanya owner kancil biru..

Blogger75 said...

Salam penuh ceria,

Hebat juga entri yang ini.Penuh unsur saspen dengan gaya penceritaan yang sedap dibaca.

AJ said...

aus,kreatif....aku suka...ada can menang ni...hik3...

lemon said...

kuat kau berimaginasi eaa...ni sah2 kau ni kuat berangan..caiy!kantoi....huhu..oklaa aus...gudlak!

Aus MeLankoLik said...

@Blogger75

owh , mekasih bro !!

Aus MeLankoLik said...

@Eyriqazz

ahahaha , mekasih GTO ku..keke

Aus MeLankoLik said...

@Baby HeL

mekasih..

sumijelly said...

Aus Jelly...kenapa ko wat entry mcm tu??
ko saja nak jatuhkan mummy yek..muahahah..
klau menang..kasi mummy bes tu yek...
ko ambik pembalut hadiah jer..hahaha

http://sumijelly.com

Anda Mungkin Meminati Juga