Thursday, March 4, 2010

Tips | Bendang Kuala Lumpur , Apa kesah ?


Selamat pagi . Siapa kate tak dapat merasai suasana berada di bendang kalau  tinggal kat kuala lumpur maka kau orang sudah kena tipu . Aku dah feel da semalam perasaan tu . Macam berada di pertengahan tasik pun ada , kereta sudah jadi macam bot laju yang cuba meredah lautan . Anak - anak kecil berlari - larian . Seronok dan sungguh nikmat . Hahahahak .



Kat sini aku ada tips - tips bagi korang yang duduk dekat KL dan tak pernah merasa sama

ada bermain tali air di bendang ataupun pengalaman menaiki bot laju . Sila amalkan langkah - langkah yang aku bagi kalau tiba - tiba ingin merasai pengalaman seperti ini .


1 . Kalau ada kereta kalau bolehlah loward kan dia . Pasang skirting semua siap . Kalau boleh biar jarak die paling minima 4 jari dari tanah . lagi rendah lagi bagus , biar sampai jarak satu jari lagi nikmat . Nikmatnya akan terasa masa hujan lebat camni sebab kau orang akan rasa seperti meredah banjir menggunakan kapal berkuasa kuda mengikut kapasiti enjin yang ada . Serius menarik , kalau boleh ajak ramai - ramai lagi .


2 . Masa redah banjir , jangan pandu terlampau laju . Cukup sekadar merasai suasana yang ada . Kalau boleh pelan - pelan sahaja . Sambil redah sambil rokok di tangan . Serius feel dia sangat berbeza . Pedulikan orang sekeliling yang pandang . Kalau ada yang menjerit meninggi suara , katakan pada mereka . Anda cuba merasai suasana bendang seketika . Apa kesah ? . Mungkin ada yang rasa iri hati . Pedulikan .


3 . Kau kena ingat , jalan di kuala lumpur kedalaman nya berbeza . Kalau boleh kau ingat kawasan mana paling banyak lubang . Biar , lagi dalam lagi bagus , lagi semangat kau orang akan rasa . Cabaran akan lebih bermakna . Kalau kau bernasib baik , peluang untuk menangkap segala jenis mak nenek ikan pun ada tapi tidak termasuk ' anak ikan ' . Itu kau cari sendiri macam mana nak mendapatkanya .


Nah , siap 3 tips dari aku spesel untuk mereka yang ingin merasai suasana bendang seketika . Jimat kos dan jimat segalanya . Cuma sedikit saja kerugianya seperti biasala , air masuk enjin , plug basah , sport rim bengkok sikit . Tapi biasala , kata nak rasa suasana yang ada . Apa lah sangat nak dibandingkan nikmat yang ada dengan belanja yang bakal dilaburkan nanti .

Akhir kata , selamat mencuba dari saya . Hahahahak . peace !


p/s : Duduk KL kena ada motorbot baru selamat agaknya . Hahahahahak .




23 comments:

Aus MeLankoLik said...

aku komen sendiri la..
senang..
hahaha..

Asfan Ash said...

kena ade motokross la baru slamat hahahha
weh ko gne domain ape ni

Kancilbiru said...

ko tak cuba berenang ke? apa rasa...

Sertai Contest Aku & Kancilbiru

Unknown said...

apa kata kite beli jetsky...baru feel kat KL

Epul Azimi said...

try gune sampan feel tak?...hahaha

.::SayangKemA::. said...

hakhak!!adventure betol citer aus...

Natasha said...

aus yang sengal...alah aus ko cakap jer lah ko nak buat tuh semua dgn eny kan...ko malu nak luahkan..maka ko kuar entry cm ni kan??hahahaha

Unknown said...

hg baru lepaih tengok niyang rapik ka?

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

haha tips yg kelako
makna penuh tersirat tu
macam bengang pun ade
keh3

fynahere said...

haha lucu tol! pndai2 je u..hehe

lemon said...

aku rasa baik ada rakit...pasti syok!yeyyy

Unknown said...

kalau ikut tips kamu..hancur semua..

vidadarisakura said...

ko pakai tongkang lagi feel.

Aus MeLankoLik said...



@ ARC

netKL nye , hahahaha . Moterberukkss.


@ BEAN

sendiri beli la , naik ngn bini .


@ EPUL

feel , tp penat sket la.


@ KAK TASHA

aiseh , pecah rahsie , eny la ni bising2..


@ WAWAN

awat lak ?? hohoho .


@ RAFIQ

Perli sket kot .

@ FYNA

Thnx fyna !


Papa meow said...

N3 yg bagus hahar...

Matjoe said...

argghhh, sengal. aus aku nk khidmat ngko mecanttik kan blog aku. bagi ada suasana bendang jugak. ahakss

deqyalalink in-situ said...

sblum ni taknah lg merasa banjer kat kl..agak2nye bila la nak merasa banjir lumpur..

Aus MeLankoLik said...



@ Papa Meow

hahaha , mekasih lol

@ Matjoe

lol , aku setakat bagi templates leh la , nk coding xreti . kekeke..

@ DEQYA

eh , doa je ujan ari2..komfem..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

aku hari2 main banjir.

banjir air mata :P

Anonymous said...

ape lg. pi ler terjun mandi. KL dh ade laut. xD

Unknown said...

menarikkk. wakaka :D

pawaka19 said...

kita tempat lain kemarau..kl banjir lak ek..bgus tu kene bersyukur..kl dilimpah oleh rahmat..rezeki..

cik helena said...

poyo ko tahu?


hahahahah

tapi okey lah memandangkan kete aku tak penah modified.hahahaha

Anda Mungkin Meminati Juga