Tuesday, March 9, 2010

Tips | Edisi Jalan Raya

Selamat datang sayang . Setelah hampir dua hari aku tidak mengupdate blog hari aku muncul dengan sedikit tips yang mungkin secara tidak sedar membantu kau orang apabila berada di atas jalan raya . Entri ini muncul kerana hampir dua hari aku membuat kajian di jalanan dan kini aku mengerti kenapa setiap hari akan terdapat seakan - akan satu rombangan meminang ( kesesakan ) di jalanan .




1 . Pandu Melebihi Had Laju 

Ya , apabila berada di jalan , jangan sesekali pandu perlahan . Pandu secara melulu dan laju kalau boleh bbiar bacaan meter sampai tidak mengeluarkan sebarang bacaan iaitu 0 km/h . Semasa dalam keadaan ini anda digalakkan berada di lorong kanan sekali dan memandu sambil menikmati pemandangan sekeliling dengan aman .

Biarkan saja kereta belakang yang bengang . Peduli apa , anda sudah membayar cukai maka anda berhak memandu sambil lewa .


2 . Elak Menggunakan ' Signal ' .

Kalau boleh patahkan saja tempat signal tu . Jangan pakai lagi . Ini membantu anda untuk masuk ke lorong lain sesuka hati . Tidak perlu memberikan sebarang isyarat kerana itu kereta anda maka hak anda untuk memberikan signal atau tidak .


Dengan sedemikian , penunggang motor seperti aku akan merasa impak kekejutan dan efek membrek secara rapat dan padat dapat dipraktikkan . Baru terasa nikmat pakai disc brake depan belakang kan . Inilah masanya untuk merasai sedikit manfaat .


3 . Depakan tangan seadanya .

Ini khas bagi yang merokok . Kalau boleh semasa memandu , keluarkan tangan sepanjang mungkin ke luar . baru dapat menghalang laluan motor yang ada sekaligus bertindak memperlahankan kelajuan mereka . 


Kalau boleh , dekat - dekat nak habis sedut tu . Puntung tu buang semasa ada kenderaan lain seperti motor di belakang anda . Hah , seronok bukan . Aku sudah merasa . Anda bila lagi .


4 . Mesra Jalan Raya .


Ok , tips ni sesuai untuk semua . Makna mesra jalan raya di sini bermaksud sila gunakan ruang jalan raya seadanya . pembaziran tidak digalakkan . Kalau hanya satu kereta sahaja yang ada pastikan jalan yang mempunyai dua lorong dikuasai sepenuhnya oleh anda . Lagi bermakna sekiranya kenderaan anda berbentuk besar seperti bas dan lori . Biar semua beratur panjang di belakang anda . 



Sekian tips dari aku .  Semoga kita sama - sama dapat mempraktikkan agar kesesakan jalan raya bertambah dan pertengkaran kecik di jalanraya dapat ditambah .



Sekian , dari Aus Walia untuk Suara Jalan Raya .





43 comments:

saya_arief said...

haha..
tips yang bagus2 belaka nih..

FaTiN said...

terima kasih Aus Walia di atas info ini^^

haha

Papa meow said...

Yup, tips yg bagus, jgn ikut hahahar

~x ska menghon dan dihon~

siggplus said...

mmbr aku yg stok celaka, kalau bawak kereta saing, mesti petik kasi puntung kena dekat windshield.

nasib baik aku hati mulia, kalau tak dah lama makan kaki. heh

Jard The Great said...

aus walia? wakakakaka.. tips ko begong laa..

Era said...

sila jangan ikut ajaran salah nih..bahayes!

aus,if ade yang lurus bendul ikut tips ni camne?

aiyyyokk!

Unknown said...

akula tuh yg lurus bendolll.

aus, sayew belomm belajauu drivingg. mau tunjuk ajar? wakakaka :P

baru kelua umah dah eksiden. kekeke :P

sWeEtDaRLinG said...

ooo patutlah tak hapdet blog 2 hari, pi bertapa tepi jalan rupanya...
sweetdarling79.com

ini blog wirdah said...

memang sgt berguna tips kau niy. tapi malangnya, tips ni tak perlu ntk aku,sebab aku pemandu berhemah. pemandu kereta dlm mimpi. waa, aku tak amek lesen keta lgi weh !

ParkAir said...

wah sangat sinikal tips2 ini, hehe.

Unknown said...

oh..walaupon aku pengguna setia kenderaan awam tp tips ko mmg besh!!

oh.oh..lg satu!aku promote nama ko kt blog aku.ha!!lanje ak cepat! =P

cik.pija said...

AKU TAK ADA LESEN KETE OR MOTO.
sO TAK PAYAH IKOT TIPS KO NEH.
LALALALALA

bettY.Yone said...

tips??? musykil2..huhuhu:P

deqyalalink in-situ said...

aku rase bwk je laju2 , kalau lorong lajuest penuh gak, kasi hamabt masuk lorong lambatest

miss lolly said...

erk.








ausssss tipss nih mmg bengkakkkk siot ! hahahahaaa

Anonymous said...

bgus tips ko ni. amat berguna bg pelajar yg sedang wt ujian JPJ skng ni. mahu dpt 'cemerlang' yooo. xD

Aus MeLankoLik said...

@siggplus

gile mengaku hati mulia . hahahak .

Aus MeLankoLik said...

@|| nemo mimosh ||

kalau kurus..habislah aku kena saman..
hahahak

Aus MeLankoLik said...

@miss lolly

kau terkena ke lolly ? haha

Anonymous said...

senget betul.. aku ni dh la innocent. karang aku terikut plak ;p

ecececeh..kajian ateh jalan raya eh? terasa plak aku yang sebenarnya ada kaitan ngan entri aku..*perasan* hahahah

Cik Norfa said...

aus dah tak kacak dah..tapi gila....hahaha.

hang amalkan tk aus?

zella y said...

pasni klu ade lesen,
boleh la ikut tips2 yg sgt "berguna" ni hehehhe

Kancilbiru said...

aus walia, pantun tarak ka?

.::SayangKemA::. said...

tips2 nie lebih bbunyik pada aus yg saket ati ngn pguna jalan raya yg xde tamadun...haha!!

tp besh...patut kuarkan kat paper nie...bia sedar diri sket masing2...hahaha!!

Aus MeLankoLik said...

@Cik Norfa

cik norfa..
awat lak..
ni bukan tips la..
keke...

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY said...

tetiba akak rasa awakla yg membuat jalanraya kat msia ni kucar kacir...
*lu dapat lesen angin ke bai???ggrrrrr

B L O G D E T said...

satu entry yang bagus untuk meyindir golongan yang tak reti nak berhemah kat jalan raya! ;D

intanurulfateha said...

.repot jpj n polis kang ;p

Aus MeLankoLik said...

@ZIANA ♥ FARREL

hahaha , byk la kak..

sumijelly said...

aus......tolong la..
jgn ko ajar tios nie kat adik2 mu..
matik la mummy nanti...
muahahaha

http://sumijelly.com

Admin said...

it's it true?? or just a joke??
nice blog...

cmoe visit me..thanks

Iklan Kerja Kosong

enyheartsdiamond said...

nasib baik papa eny polis kat kedah..kalau tak..dah suruh saman aus siap2..hahaha :D

thx 4 da vote!!!

Encik Psychopath said...

gud tips.

Anna Boleyn said...

Tips yang sangat -sangat bagus dari Aus WALIA yerrr.. :p BTW, aus 3rd year kah?? Takmo mam kat KPS..nak mam kat RumaH Universiti. Private sikit. Ahakz :p

Anonymous said...

hahaha tipd berguna dari aus!
kalaq i rajen i pratikkan =p

myself0618 said...

warh !
trimas !
akn d praktikkan tip2 uh spnjg mse...
hak3..

AJ said...

tips aus memang membunuh punya..hik3..patutla kl slalu jems..ramai pakai tips aus..

MR.Z said...

memang tips stok membunuh ni bro, haha..ko dah cuba sendiri ke blum ni?hahaha

aku dah datang..mana biskutnye bro?kata nak hidang tuk aku.. :D

Aus MeLankoLik said...

@FaTiN

gatin , sila aplikasikan..hahahk

Aus MeLankoLik said...

@myself0618

blog kau kenapa kosong ??
ke mmg ade prob ??
aku konpius ni..

Matjoe said...

aku jugak pembawak motosikal. aku merasa apa yg ko rase

aNoZ said...

wah. aku mmg pemandu yg sgt2 berhemah. semua benda aku buat. haha

Aus MeLankoLik said...

bile lak kau memandu..hahak

Anda Mungkin Meminati Juga