Wednesday, March 17, 2010

Pernah Dengar Kisah Gembala ?



Selamat datang . Semakin hari kerja semakin menimbun , itu baru student kalau sudah bekerja tak tahu lah macam mana . Nasib baik mengenangkan kata - kata eyriqazz bahawa zaman student adalah yang paling best , aku layankan je la . 



Berkenaan tajuk entri , semestinya anda pernah dengar kisah sang gembala yang dimana habis kambing - kambing nya dimakan serigala . Siapa yang bersalah sebenarnya ? adakah orang kampung atau diri beliau sendiri yang membuat helah palsu terhadap pendudukkampung beberapa kali mengatakan bahawa kambingnya dimakan serigala sehingga orang kampung hilang kepercayaan dan bosan dengan sikap itu . Apabila muncul serigala sebenar , tiada seorang pun mahu menolong dan hanya menganggap beliau cuba menipu lagi . Nah m habis kesemua kambingnya habis dimakan atas kebodohan diri sendiri .


Kebiasaanya , manusia boleh bertahan apabila sesuatu benda yang sama kepadanya sebanyak 3 kali sahaja . Contohnya , apabila seseorang menipu anda , mungkin pada kali pertama anda bertindak memaafkannya . Tetapi apabila maaf sudah diberi , beliau cuba melakukan lagi perkara yang sama . Adakah tindakan beliau yang seterusnya anda terima dengan hati terbuka ? tentu tidak bukan . Dan mungkin suatu hari , orang yang pernah menipu anda benar - benar berada dalam kesusahan dan mengadu pada anda tetapi anda mungkin bertindak mengatakan bahawa ianya adalah satu helah sahaja .


Jadi , disini silap siapa jika rakan anda tidak dibantu oleh sesiapa jika dia mendapat kesulitan ? adakah silap kita kerana mengabaikanya atau sikap nya yang sering mengulangi kesilapan yang sama ke atas kita membuatkan kita sendiri hilang kepercayaan padanya ?


Kesimpulanya , sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh yang maha esa , gunakan lah sebaik mungkin , jika tidak dapat menggunakan kesemuanya , guna lah pada kadar semaksima mungkin dalam hidup anda . Jangan nanti sibuk pula hendak menuding jari mengatakan kawan lupa kawan , anda insan malang , orang itu bacul sedangkan diri sendiri punca segalanya . 


Siapa yang rugi nanti ? 


Sekian , anda renungkanlah sendiri . 

32 comments:

JMR said...

moralnya jangan menipu kuat sangat..rugi diri sndr je...tipu sket2 sudeh...

ARC™ said...

xbaek menipuu..padahnye dpt kat diri sendiri

anyways,
aku adelah manusia yang super jujur (auta)

cik eykameow :) said...

diri sndri akan rugi beb, :) ayat kau kat sini mcm penulis artikel si gembala kambing je. huhu

Sendra said...

moral of the story..aou,taubatlah aus..kau menipu banyak sangat dah dowh..hahhahah..

Alynn Notnot said...

nice entry :)

FaTiN said...

aus...ko ada buat kes penipuan ke ni?sila mengaku cepat ! haha

qismina said...

moral of the story.. menipu biarlaa pnadai skit.. ni tidak.. padan muka pengembala kambig tue..

pak long said...

salam buat aus...
moto dipegang pada hendelnya..manusia dipegang pada janjinya

Billet-DOux said...

Itulah sebelum membuat apa2 msti fikir dulu. walaupun nak menipu berfikir dua kali dulu.


~up traffic dari negara org... hihi

Mr feckry said...

menipu tu tak baik kan..sian kat gembala kambing tu..

::cdot the dot:: said...

ehhh...aku tak penah nipu...org tipu aku mbyk...tp apsal ntah dgn laki, laju jek bibir tebal aku menipu...

aNoZ said...

kalo nak tipu, kena pandai2 la. tol x? haha

ZIANA ♥ FARREL said...

ye ke 3x je??erm..klu byk 1000x??heheheh...yg penting xbaik menipu, bile org dh trust jadikla macam gembala kambing tu.
psst..aku selalu sgt kena tipu macam ni.cuba ko bg aku tips skit cemana nak elak dr kena tipu...

F U N F A B U L O S I T Y said...

menipu masih ok lagi daripada mengelentong atau kelentong(macam ne tu?)kompius sepuluh setengah saat jap ;D

~ ReD ~ said...

alhamdulillah aku dh bersara dr profession penipuan..hahahahaah ;p

Nazatul shima said...

kesimpulan die.....aus..ko jgn kuat sangat menipu..hehehehe..nnti susah..:P sampai ati beb ko ckp bibir aku cm joker..:(

Putera Fauzan said...

Betul tu..
cukup2 la menipu...
sebab ALLAH tahu...

ParkAir said...

jangan menipu seorang penipu, kantoi nanti...

Matjoe said...

mcm entry frust menonggeng jer aus. nkgo jadi org kampung laa ni

zella y said...

kdg2 akal manusia ni xle nk function dgn betul...hahahha

pawaka19 said...

kata adnan sempit "lu nak kencing ngan kaki kencig" tu la menipu macamane pon lambat laun nanti org tau juga.kesimpulannye...tipu cara bijak dan saksama dan bile perlu..

Atan Athen said...

jgn slalu kencing org...nnt kene kencing balik...hehehe

ElyaElmo said...

kalau kawan bile susah baru nak cari kite, mcm mana pulak?
bila dia senang, kita tegur pun die tak hiraukan hu3

maisyara Pot! Pot! said...

aq slalu tipu budak2. dkat owg dewasa tk. ssh nk tipu dowg ni.. hahaha.. xD

*kambing sedap buat panggang! yummy! xD

helena's said...

org kata kan mule2 menipu nt lama2 mencuri..

tepat okay kata2 tuh.kenapa??

CikLilyPutih said...

biar bijak dalam menipu! ek betul ke ayat aku nie??

Epul Azimi said...

tipu kanan tipu kiri...:)

deus X machina said...

ko selalu tipu aku aus
ko kata ko straight...rupanya gay
erk888

Amir said...

jgn belajar menipu... ada org ckp tipu sunat la apa, tipu ttp tipu... aku lebih suka org yg berterus terang.

Cik aiNa said...

saya punya kawan yang lupa kawan. masa susah terhegeh2 la die datang, rasa nak sepak je. hish.

*ops..terEMOSI lak..haha.

Baby HeL said...

SIapa yang rugi nanti?
Mereka dan keluarga mereka
haaaaak

Papa meow said...

jgn menipu :))

Anda Mungkin Meminati Juga