* UPDATE
Bagi mereka yang buta undang - undang , Majlis Peguam telah mengeluarkan risalah ' Polis dan Hak Asas Anda ' disediakan oleh Jawantankuasa Kecil Majlis Peguam Negara yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis yang mengandungi :
1 . Seseorang berhak meminta kad pengenalan polis ketika ditahan. Jika anggota polis itu menunjukkan kad merah, anda boleh mengabaikan arahannya kerana dia sedang digantung tugas .
2. Anda juga berhak menelefon ahli keluarga, rakan atau peguam untuk menyampaikan maklumat mengenai penahanan seperti, masa, tempat dan sebab ditahan dan lokasi tahanan .
3 . Anda mungkin ditahan selama 24 jam di balai polis atau dalam penjara untuk membantu siasatan .
Selamat datang .
Sebelum tu , terus terang aku cakap kes Pelajar Ditembak Mati Polis amat menyentuh hati aku dan kewibawaan diri ini . Selepas kes itu , ditubuhkan pula satu Group di Facebook - Kami Benci Kekejaman Polis Malaysia - Justice For Aminul Rasyid .
Rata - rata komen yang aku baca lebih berkisar pada kisah - kisah mereka yang di tahan polis secara tiba - tiba dan diletakkan kesalahan ke atas mereka .
Ok , Mesti ada yang diantara kau orang pernah ditahan polis tanpa sebab atau dengan kata lain secara tiba - tiba sahaja . Mungkin sedikit sebanyak kau orang belum sedar apa yang boleh kau orang buat dan apa hak anda sebagai orang awam . Jadi , apabila ditahan polis di tempat - tempat awam misalnya , apa yang anda perlu buat adalah
1 . Bertenang
Kebiasaanya , mereka meminta I/C dan dengan tenangnya anda hulurkan saja tanpa banyak bicara , apa yang di tanya jawab sahaja . Dalan bahasa mudah , layan kan saja .
2 . Persoalkan
Apabila diminta melakukan sesuatu tindakan yang mungkin secara wajarnya anda rasa tidak patut dilakukan . Persoalkan tindakan mereka .
Contohnya . Dulu , aku pernah diminta membuat urin test semasa ditahan di satu " Road Block " , tetapi mereka tidak melakukan ujian itu di tempat mereka membuat penahanan tetapi meminta aku pergi ke Balai Polis berhampiran pada masa itu juga dan jawapan yang aku bagi semestinya boleh tetapi aku mempersoalkan kenapa .
Kenapa anda perlu persoalkan . Anda seharusnya sedar , mungkin terdapat penipuan semasa pemeriksaan air kencing di balai polis . Adakah anda dapat melihat semasa mereka menjalankan ujian ke atas bahan ujikaji tersebut ??
Lagipun , mengikut prosedur . Sekiranya ingin menjalankan Ujian Air Kencing , ujian tersebut seharusnya dijalankan di tempat kejadian .
3 . Rujuk pada Balai Polis
Sekiranya anda was - was terhadap sesuatu tuduhan . Minta pegawai polis yang menahan anda membawa kes ke Balai Polis . Bincangkan di sana .
Jangan risau jika anda tiada lesen , roadtax mati atau sebagainya . Itu semua belakang cerita . Yang penting keadilan . Ini kerana sesetengah polis bertindak mahu memeras duit si mangsa dengan mereka - reka tuduhan ke atas mereka . Bukan aku yang cakap , tapi anda tanyalah sendiri pada mereka semua yang pernah mengalami nya .
PERINGATAN PENTING
Kebiasaanya , apabila ditahan polis mereka akan meminta I/C kita dan serta - merta mengeluarkan sejenis buku seperti buku log dan mencatit segala maklumat diri kita . Kemungkinan pegawai itu berniat tidak baik . Anda harus tahu , buku itu adalah sekadar merekod maklumat dan mengesahkan bahawa pemeriksaan telah dilakukan ke atas anda . Dalam kata mudah , adalah rekod biasa .
Sekian .
MORAL : Yang baik jadikan tauladan dan sanjungan , yang buruk kita ketepikan dan perbetulkan .
P/s : Mungkin terdapat kesilapan dan sekiranya anda ingin menambah atau membetulkanya , sila tinggal di ruangan komen .
26 comments:
bagus info ni bro...
pasal buku log tu, mmg btul pun...dulu ada kes my student bertumbuk sampai panggil polis dtg...diorg dtg, ambik statement, pastu tulis dlm buku log tu..."untuk rekod yg kitorang take action" katanya...huhuh
Setuju~
Berani kerana benar, takut kerana salah kn.
btw, tak semua polis salah laku mcm tu. ada juga yg betul2 menjalankan tugas dgn baik kan?
apasal aku macam pernah baca eh. kau repost ke?
kerna nila setitik rosak semua susu sebelanga...laporan dari karam sing walia...sekian ....
banyak tindakan polis yang memberi kesan buruk kepada masyarakat
aku pun ada baca cerita budak ni...kesian betul2, tetiba kena tembak....isyy...ntah la...tp info ko buat aku berpinar2 jap la...camne nak buat urine test kat situ??camne???
nampaknya aus berkongsi pengalaman beliau...hek hek
tapi memang betul...orang awam patut tahu hak mereka apabila ditahan polis....
aus, aku konpius gak nihh.. betul ke urine test tu leh uji dekat tmpt yg dorang tgh wat pemeriksaan? (tmpt roadblock) ada ke barang2 dye semua? HAHA. kalau nak kencing tu aku twu la.. msti polis sruh g toilet berhmpitan dulu...hehe
@eyka
adela , selau dorg ade seapkan tempat .
bukan susah . tak caye try la , hahahk
hurm... btul tu...yg baik jdkan tauladan yg buruk jd kn sempadan...
kalau polis tahan tu berhenti je,jgn nk lari..kang dr kes kecik jd kes besar plak...
wah, bagus ni.
boleh wat payung semasa hujan.
trimas.
kalau kene tahan ko cakap je pakcik ko pegawai...hak3
thanks, info bagus ni. sbb nurul selalu kena tahan polis dgn alasan terlalu comel hekhek =p
benda mcm ni la yang patut kita ambik tahu.
thanks encik aus!
oh tq aus..aku salu cuak gila bila kena tahan poliss.walaupun ak xde la buat salah.tp penah tuh aku kena tahan tapi ak x bwk ic..aku bawak paspot je..seb bek dye tak mintak ic aku kalau tak....~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kenal dh ragam polis ni. ayah aku polis pun slalu ala2 mngumpat pasal polis(nak kata mengutuk macam kejam je)
hoho..lalala~ polis pn manusia, buat x tahu sudahh..;p
bosan aku ngadap polis ni laa.. excluding my dad :D
ada jugak polis yg sajer2 cari alasan nak tahan kita...sebenarnya nak kaut duit tepi tu...tu namanya polis sengkek...
info ni bagus
tapi tak applicable kat mesia.bukan tak applicable la susah sket. kalau persoalkan silap2 kene belasah
skrg saya nak lari
hahahahahah
mcm penah baca entry ni. cayalah aus. anda mmg bagus
salam kenal saudara..
polis...huhu..mrka skdar menjalankan tugas je..hehhe
so jgnlah buat tak tentu pasal.nti tok misai cari pasal dgn kita lgi parah..
semua kete polis patut di pasang kamera. baru la nampak apa diorang wat & cakap time bertugas.
okok,,aku baca dengan teliti pastu kalau kene aku ikut info nih.sian budak tu..
info yang berguna!
thanx aus!
tapi, kenkadang setengah polis ni hensem la... hahahahaa... *yang mudo. tuo den tak pandang. xD
thnx 4 sharing. tapi, kenapa setiap kali aku jumpe polis mesti badan aku menggeletar erk?
Tu bukan polis sengkek tapi polis tamak
Post a Comment