Thursday, April 15, 2010

Stereotaip | Belum Ada Lagi Alat Mengukur Keikhlasan





Selamat datang kembali ke blog picisan yang dicintai Lisa Surihani .


Apa itu ihklas ? Adakah ikhlas perlu dinyatakan ? 


Seringkali jika kita melihat seseorang itu melakukan sesuatu kita sering mempersoalkan adakah ia dilakukan dengan ikhlas ataupun sekadar untuk memenuhi tuntutan syarat . Contoh yang paling mudah dapat dilihat adalah perbuatan meminta maaf . Kebiasaanya sering ditanya " kau ikhlas ke buat ni ?? "


Owh ya , kalau ikhlas ke atau tak ikhlas dapat ke kita ukur nya ? adakah alat seperti pembaris untuk mengukur tahap keikhlasan seseorang itu ? kalau ada , sila tunjukkan pada aku takut - takut kalau aku yang tidak mengikuti perkembangan . 


Kenapa aku katakan pada tajuk tentang stereotaip ? 


Baiklah , stereotaip bermakna gambaran tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan pada seseorang berdasarkan ciri - ciri nya . Contoh pandangan stereo taip adalahh seperti " Mat Rempit semuanya kaki ragut " . Mungkin kerana hampir kesemuanya begitu , maka yang lain turut terasa tempiasnya . Mungkin masih ada golongan mat rempit yang berjati baik , itu kita tidak tahu kerana masih tiada alat juga untuk mengukur tahap kebaikkan seseorang .


Ingat , kata - kata mencerminkan minda dan perbuatan itu mencermin diri . 



Sekian .

10 comments:

applesakura said...

klu ader, kan best~~ huhu

Anna Boleyn said...

Aku mintak maaf Aus.. ikhlas ni!!cuba kau amek pita pngukur jap. ahakz :p okay seriyes2x. Aku rasa tak perlu mempertikaikan keikhlasan tu ke tak. biarlah hanya si peminta maaf dan Allah je yang tau.

Nurul Harun said...

setuju dgn Anne. tapayah tanya ikhlas ke tak. biarkan rahsia cm lagu siti nurhaliza. hohohoh.

cengkerangcipot said...

auww3..
abg aus kite klau berhujah mmg masyukkk

Oong-ong said...

huhu..dunia smakin maju..satu hari nnt pasti ade

Cik Norfa said...

baik cekgu...aku nak pi cermin diri jap.

Anonymous said...

kenkadang aku nyampah nak tengok cermin. hishhh..

Era said...

ko rempit ke?

deus X machina said...

ade jual alat tu
kat uptown
rm12


hak hak hak

Jard The Great said...

erk.. ko bengang dgn seseorang neh.. aku neh.. hihihi

Anda Mungkin Meminati Juga