Thursday, April 1, 2010

Maaf , Blog Tanpa Tips dan Informasi





Selamat datang sayang . 


Hari ini aku cuti . Cuti hari ini aku namakan cuti cover tidur dan cuti ini tidak terdapat di mana - mana kalendar pun hatta kalendar tahun naga dan kalendar mayan sekalipun . Kalau kau orang check  , aku yakin tak seorang pun yang akan jumpa cuti jenis ini . Hahahak .


Dengar cerita , hari ini digelar April Fool . Kalau ada yang buat kau orang ' di fool ' kan , cepat - cepat tengok muka orang tu , cari sasaran untuk lepaskan tamparan . Biar dia rasa , siapa the foolest person of the day . Hahahahahak . 


Berkenaan post yang lepas , ada yang tanya aku mahu berhenti dari berblogging ke ,  tetapi tidak lah ramai . Tapi aku sekadar membetulkan keadaan , bukan bermakna aku mahu berhenti dari berblogging . Tapi hanya sekadar hasil kaedah aku berangan tak tentu pasal maka tercipta lah post yang sebegitu . Ramai yang kutuk aku jiwang kan especially ARC dengan SENDRA , nampaknya kita terpaksa beradu tenaga lepas ni . Hahahahak .


Ok , tidak mengapa . Aku terima , memang aku mengaku , blog aku tiada informasi . Hasil penulisan aku semua nya terbit dari kaedah aku berangan sebelum masuk tidur , masa - masa tu pulak lah idea nak datang nak buat macam - mana . Aku tulis je la . Sebab kadang - kadang aku suka berangan sendiri jadi perompak ke , mat romeo la , hidup kat zaman purba , pergi berperang . Lepas tu , agak - agak dah habis berangan , aku tulis la entri . Senang . Hahahahak .


Bagi aku , aku berblog sekadar topeng . Entri - entri personal aku pun ada jugak tapi aku rasa tidak melebihi dari 10 post pun entri personal yang berkaitan hidup aku . Aku berblog bukan kerana apa . Sekadar mengisi masa dan blog ni ibarat macam kawan aku kat rumah . Dah takde benda aku nak sembang , sembang dengan blog jela . Lagi senang . Kadang - kadang je nampak macam orang gilak ! hahahak .


Aku tak kisah dengan traffic , buffer nuffnang kasi pun aku tak praktikkan sebetulnya . Minta maaf la , sebab kalau kau orang baca blog ni , memang takde informasi dan tips - tips untuk blog , cuma sekadar yang aku ada cerita - cerita merapu je la . Ok .


Dah , sekarang dah pukul 3.30 petang . Aku nak mandi , penat tidur seharian . Semalam pergi gym lagi . Lepas ni kalau kau orang tengok badan aku berketak macam Fahrin Ahmad jangan jeles , hahahahak . Tapi jangan risau , aku tak akan nangis macam dia . Hahahahak .


Sekian .







23 comments:

B L O G D E T said...

berblog ikot keselesaan anda ya aus
bukan berblog ikot trend semasa
kalo ikot org lain je
camno nak buat anjakan paradigma kat blog sendiri kan?
betol tak aus?
tulis je n masokkan je ape2 pun-toksah duk skema sgt-haha
(boleh ke comment camni?)
sah2 kene pukul dgn otai2 nt-erkkk-larikkk ;D

B L O G D E T said...

dex commentator yg 1st ke tadi?
oh-tak caye dex rasenyaaaa-ekeke
hari ini dalam sejarah
(sah2 kene ketuk dgn aus nt-byk sgt buat kecoh kat sini-hahak)

Eyqa Zaque said...

tak best ke
best ke
tolak tepi.

kita yang tentukan.
orang yg nak baca its fine.
kita sekadar berkongsi.

ingatkan mengikut
bilet kelmarin post entri sedih2.
siap ada lagu plak tuh.
tak pasal2 laptop rosak kena
limpahan air mata.
huh.

zella y said...

kita yg tentukan apa yg kita tulis...
xkisah la jiwang ke x...

buat ms ni zella suka je bc blog aus... ;)

Unknown said...

kalau terasa nak berhenti berblog...earning ko transfer kat aku nanti aku inform timothy...hak3

Cik Lily Putih said...

pegi gym, hebatlah kawan. tengok badan sket

Matjoe said...

terbaek dari ladang gandum aus

deus X machina said...

memang tak best
aku baru nak bagitau kat fesbuk hari tu


kah kah kah kah kah
jangan nangis lak aus

Anna Boleyn said...

Blog aku lagilah perasan artis cakap pasal personal. Haha Tapi bukan aku tak nak bagi tips ke informasi apa2..aku tak reti nak 'goreng2' weyh. Lagipun kang takut salah pulak. hehe. Lg pn kurang masa lah. Insyaallah lepas ni akan ada kot sedikit tips2 or informasi sampah dari Hana Love Nest.

BTW, blog kau best ape! Aku suka bace! :) Kadang2 jadi stalker je. hehe :p

Unknown said...

hak3..alamak..kawan aku tacing ke ni??aku cakap kau jiwang bukan aku kutuk lahh dong..cuma aku cakap kau jiwang sebab tak sesuai perwatakan jiwang tu dengan kau..kau nak tak ubah dah macam muka rempit tapi dalam hati ada taman..hahah..tu je lahh weyh..jangan tacing2 lagi dehh..keep blogging..

p/s:weyh,aku sebelum ni malas nak bagitahu,tapi kali ni aku bagitahu,aku selalu juga weyh datang blog kau..kalau kau dah tak blogging,dah tak lengkap weyh aku punya rutin blogwalking..jangan stop weyh..(tapi kalau nak stop bagi aku kau punya akaun NN..tak payah bagi bean..dia punya dah kuat..)hjahhaahhaha..gurau.

misshelena said...

Peh aus badan berketul-ketul???Seksi gitu .. ko jgn aus ..nanti aku tergoda susah ko karang .. yee hee ... alaa apa pun ko tulis dalam ni aus aku suke sbb ko punye penulisan tu best je baca .. ngee~~

enyheartsdiamond said...

perghhh!aus nak berketul-ketul???
see u next gath ok :)))

Anonymous said...

alahai. mamat, jgn ler sedih2 mcm hari tu. hehehe. dont taching2. aku ketuk kepala ko nk?

tak kisah ler ko yea blog ade tips ke tk ada. jnji aku LAYAN! hohoho. :P

Aus MeLankoLik said...

@F U N F A B U L O S I T Y

hahahak , ok dex . thniah , kau 1st . hahaha

Aus MeLankoLik said...

@Billet-DOux

hahaahk , bilet ni klaka la..
hahahk

Aus MeLankoLik said...

@zella y

hahahak , mekasih zella . hehehe

Aus MeLankoLik said...

@Sendra

hahaahak , mane adela .
aku main2 je sbut name kau . hahhak

Aus MeLankoLik said...

@babyhel

hahahak .. aku buncit la .

Aus MeLankoLik said...

@enyheartsdiamond

mane ade la eny . hahahak .

Aus MeLankoLik said...

@maisyara Pot! Pot!

yela mai , mekasih . hahahak ..

cik.pija said...

no komen

Era said...

aus, ko minat fahrin ahmad eh? baik ngaku.haha~

btw,kalau ko merapu tak la aku jejak blog ko ni ha~

Unknown said...

wah pegi gym..... tengok badan sikit
hakhakhak

Anda Mungkin Meminati Juga